✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿

.............AhLAn WaSaHLaN............


..:::::::BERSABARLAH DUHAI HATI DALAM BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU:::::::..

Saturday, December 13, 2014

Welcome back Hayatun :p



Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam buat Rasul Junjungan Nabi 

Muhammad s.a.w. 

Sollu a'lannabiy 


Welcome back Hayatun :p
buat2 poyo.Maaf kalau ada yang nak termuntah.hehe


Kali terakhir ambe menulis entri pada 12/8/ 2013.

dan hari ini 13/12/2014

Tudia..tudia..lama blog kesayangn ambe ni ditinggalkan. T.T

Mintak maaf cik blog.

Dengan semangat baru dan azam baru,Cik Hayatun dah kembali semula.
*bajet retis sikit.haha

Ambe rasa minat ambe memang menulis sebab dengan menulis ni boleh lontarkan idea dan sharing information with the easy way.Kalau nak p ceramah depan orang ramai memang tak lah...hee.so..why not we use this medium to express our feeling, sharing d opinions, and others.kan?

Actually, ambe agak sedih dan terkilan dengn diri sendiri?
Hmmmm..


sebab? sebab?

Aku rasa aku x banyak membantu saat orang lain g berkhidmat kat merata tempat.huuu.
Kalau tahun lepas,ada jugak join fesi kat Kedah time cuti....Tahun ni xdapat sebab clash dgn tarikh lain..huk2..

Orang memang akan tengok aku ni rajin keluar, program ni program tu...kalau kat maktab..memang kaluar je selalu..sebab bagi aku tu je cara aku nak sumbangkan untuk Islam...
Kalau nak harapkan maktab saja, aku rasa dunia aku tak berkembang...sebab aku duk ngedap esaimen, kelas, esaimen, kelas..
Aku rasa kosong. Sebab tu aku join program2 luar, sukarelawan or etc..

Tapi ni bagi akulah..apa yang aku rasa.
Orang lain mungkin xrasa mcm ni..sebab org lain character berbeza..minat pon berbeza..so it sokey..

Contoh :

A . suka makan karipap
B . suka makan kuih kacang, tak suka karipap
A kena marah B ke? B kena marah A ke?
Tak perlu :)
Sebab dua2 pon mengenyangkan. A hormat B. B hormat A .makan je lah yg mna minat.
 :)

So I need to do something !
Jom manfaatkan cuti yangberbaki.

Cukuplah entri WELCOME BACK.haha
Banyak lak potpet.

As conclusion : Fikir2kan..:
#Hidup kita untuk bahagiakan diri kita saja k?
#Apa yang kita sumbangkan untuk agama?
#Nabi akan tersenyum ke kalau dapat ummat macam kta?


Pasakkan tauhid dalam diri.Sebarkan kasih sayang.















Monday, August 12, 2013

Ucapan



Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Dah 4 jemputan kenduri kawen yang aku dapat cuti raya ni. Jadi apa perlu kita ucap kalau kita g kenduri kawen.?

Jom bace na :

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata,
“Semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mendengar yang demikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”

Aqil menjawab, “Katakan
barakah2.jpg
 (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu)

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, “Apakah ini?”Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”

Rasulullah s.a.w. bersabda
barakah1.jpg
(semoga kamu diberkati). 

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata

barakah3.jpg
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak.”

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL =)

Then, bagi yang tak kawen lagi cam aku :



Hat nie, for future husband : 


Kembaq cek nak kawen dah. Jumaat nie dah bertukar status.
Whatever happen, i will be there for u.

Miss u iman.
Selamat menjadi isteri yang solehah.
Jangan lupakan cek walaupun dah kawen.
Waaaaa...rindu nak p rumah Pak Long sama2.
Bila balik je Kedah, mesti kita jumpa Pak Long, pastu bila balik dari rumah Pak Long, mesti kita akan nangis sama2, seronok n bersyukur sebab Allah pilih kita jumpa Pak Long.
Lepas nie, boleh lagi tak macam ni iman?

Dulu, kita melawak, nak kenduri sama2, nak g honeymoon skali,tapi nampaknya jodoh iman tiba dulu.Kenduri dah xleh buat skali la nampaknya.heee.

Ingat lagi pesan Pak Long :
'selagi belum terucap lafaz aku terima nikahnya, kena solat hajat, doa , bagi jadi'

Awatla tetiba aku sedih nie, nanti p tengok akad nikah mesti lagi sedih kan.Bukan sedih sebab kecewa, sedih sebab gembira. Setelah semua cabaran , dugaan yang korang dua hadapi, dari awal sampaila sekarang, nak kawen dah kan..Alhamdulillah.Happy =)



Wednesday, August 7, 2013

Kesufian


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Dah sebulan berpuasa. Esok raya. Alhamdulillah,Allah bagi bernyawa sampai hari ni.
Tak da lagu raya nak tuju, cuma nak bagi lagu nie:
Nyanyi
 ikut rentak IKLIM-DI PINTU MAHLIGAI.

Di dalam kesunyian
Ku rasa gelombangnya
Menyintaimu satu kewajipan
Tapi tak terluah dengan perkataan

Tika fajar menyinsing
Ku sentuh sinar kasih
Dari matamu dekat dan terasing
Aku menanti singkapan tabir cinta
Aku menanti saat menjadi nyata

Kesufian ini terlalu indah
Walaupun pahit untuk ku telan
Walaupun pedih sanggupku tahan
Dan ku relakannya

Ku cari di pintu makrifat
Ku lihat kasihmu melambai
Walaupun jauh tapi jelas
Jiwaku menyentuh jiwamu

Ku cari di pintu makrifat
Nyatakan segala impian
Sambutlah tangan sambutlah
Semoga terlepas segala siksaan

Dengan sayap impian
Ingin terbang ke sana
Membawa cinta sebesar dunia
Apa jua milikku dan kutahu
Hanya untukMu.

Faham dan Hayati liriknya ,ok...diubah sikit lirik oleh seorang yang amat bermakna dalam hidup aku...Moga dibuka pintu makrifat.Moga terbuka hijab yang menghalang kita daripada mengenal cinta Allah.Setiap yang berlaku,adalah takdir Allah.Bersyukurlah dengan apa yang Allah bagi dan ikutlah jalan yang Allah dah 
bagi.Semoga dapat memahami dan bersama-sama menyusuri jalan ini. InsyaAllah.




Wednesday, June 12, 2013

Bahaya Syiah!


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad s.a.w.Pos kedua hari ni: Bahaya Syiah!

Siapa Syiah?

Recently, aku banyak baca tentang Syiah.

Tengok video kat youtube ..tengok apa sheikh2 Arab cakap tentang syiah.

Apa ustaz2 Malaysia cakap tentang syiah.

Jujur,sebelum ni aku kurang mengkaji dan baca tentang Syiah.

Baca macam biasa ja..

Rupanya dasyat jugak Syiah nie.

Kat Malaysia pown dah banyak puak2 syiah nie.Dulu, Jais ada buat tangkapan terbesar Syiah di Gombak!

Kenapa kena taw?

Supaya kita tak terpengaruh.

Kat u pown banyak.Dulu kalau kat sklah,senior2 selalu pesan..nak ikut mana2 group, hati2,takut ada golongan syiah sebab syiah makin banyak kat u.

Aku xnak tulis g tentang syiah nie sebab aku xhbeh baca dan xhbeh kaji btul2 g..yang aku taw, syiah adlh golongan yang mngangkat Saidina Ali dan menolak dan mnghina sahabat2 Nabi seperti Abu Bakar.Mereka menggelar Aisyah r.a. sebagai pelacur. Wlnauzubillah..


Sekarang bila ada isu yg jadi kat Syria, barulah nampak jelas sikit siapa syiah sebenarnya.

Iran-Ahmadenejat(eja xtaw btul ke dak) ..Hizbussyaitan(dlu yang org pnggil Hizbullah)..semua tu Syiah.Syiah! 

Syiah yang membunuh sunni di Syria.

Yusof Qardawi pown dah menggelar Hizbullat tu sbagai Hibussyaiton!Dulu aku tertipu ingat depa nie pjuang Islam..

Lama jugak tertipu dengan puak syiah Iran dan Hizbussyaiton nie.

Jadi, janganlah jadi macam aku.
Bacalah..bacalah tentang syiah nie ,supaya tak kena tipu.
Kena sedar,kat Malaysia puak syiah semakin merebak.

Semoga Allah pelihara kita.



Cara melembutkan hati.


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah , dapat pergi Ukir Mall dengar Kuliah Pak Long, Sheikh Zainul Asri.
Tapi post kali ni bukan nak gtaw tentang kuliah Pak long tapi tentang ilmu yang aku dapat dari TV Al-Hijrah.

Ha.taw kan Tv al-Hijrah,kalau Astro siaran 114. Setiap kali waktu solat akan ada kuliah solat.Ada ceramah ustaz dari Malaysia dalam 2 3 minit, Fattabiauni ,dan slot rancangan Arab..penceramah dia yang ada dalam 'Laukana bainana'  .xsurela tajuk ape slot tu.

So, kali ni ak nak tulis tentang ilmu yang aku dapat dari slot tu.

Tajuk:Antara cara untuk melembutkan hati.

1.Dengar bacaan al-Quran yang merdu pada waktu malam.
Sebab apa? sebab bacaan yang merdu ni boleh memberi kesan pada hati
kita.
Ada
ramai Qari yang bersuara merdu kat dunia ni..contoh yang terkenal ialah Saad al-Ghamdi,Abdur Rahman al-sudais,Yasser Al-Afasy, dan Mishary al-Fasy.Tapi nama yang biasa kita dengar ialah Saad  al-Ghamdi kan? yang lain pown banyak kita dengar alunan bacaan  al-Quran cuma tak taw sapa yang alunkan.Jadi, kalau nak tahu, boleh la search Qari2 kat internet.Syahdu je bila dengar waktu malam.Kadang2 ada Qari yang menangis bila baca,kita pown akan terasa sebak walaupun kita tak faham makna.Tapi seeloknya, kita fahami jugak makna bacaan al-Quran yang dibaca.

2.Baca Sirah Rasulullah s.a.w
Ada banyak buku yang menceritakan tentang sirah Rasulullah, jalan hidup, pengorbanan,halangan , cabaran dan lain2.Bila kita baca tentang pengorbanan yang Rasulullah lakukan untuk Islam, kita akan rasa sedih, terharu, bersyukur dan lain2 lagi.Susah nak describe perasaan tu,kalau nak tahu try na.Rasanya semua pernah alami perasaan macam ni bila baca Sirah Rasulullah s.a.w.

3.Mengingati mati.
Macam mana nak mengingati mati? Jawapannya dengan menziarahi kubur.Kita fikir balik ,bila kali terakhir kita melawat kubur selain kita pergi ketika kematian sanak-saudara? Bila kita ziarah, kita perlulah ambil iktibar daripada perkara tu.Ingatlah , yang kita juga akan mati .

4.Menziarahi orang sakit
Bila kita ziarah orang sakit, kita akan rasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Kita masih sihat walafiat dan dapat merasai nikmat yang Allah beri.

5.Menonton video yang melembutkan hati
Contoh video atau filem yang diberi ialah filem Omar Mokhtar. Kenal Omar Mokhtar? Beliau merupakan seorang pejuang di Libya yang akhirnya dihukum gantung. Kemana ja beliau pergi, beliau akan membawa al-Quran kecik sehinggakan waktu nak dihukum gantung pown beliau masih sempat membaca al-Quran lagi. Nie salah satu contoh video. 

Selain itu, boleh jugak tengok vidoe nasyid  yang menginsafkan.Contohnya Nasyid bertajuk Tafakur oleh kumpulan Zikraa.Ha...cer tengok video or dengar nasyid nie waktu malam. Waktu duk sorang2..ingat dosa2 yang selama ni duk buat..pastu dengar lagu nie..menginsafkan.Tak caye? Cer try.

6.Menonton kesakitan atau penderitaan orang di sekeliling.
Kita kena tengok penderitaan yang dialami oleh saudara kita seperti  di Palestin, Syria supaya kita sedar, insaf, bersyukur dengan apa yang Allah beri kat kita.
Search je kat youtube tntang kezaliman Basyar Assad laknatullah, ha..berjuta video tentang kekejaman dia. Hati mana tak tersentuh tengok kanak-kanak, perempuan disembelih, ditanam hidup2,dibakar dan lain-lain. Sedih. 

Jadi.inilah diantara cara nak melembutkan hati kita yang keras menurut penceramah di TV AL-Hijrah.Maaf sangat2 xsempat tulis nama penceramahnye.Jadi sama2lah ambil ilmu dan amalkan.Wallahua'lam.










Tuesday, June 4, 2013

Blaja tentang blog kat sini..=)