✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿

.............AhLAn WaSaHLaN............


..:::::::BERSABARLAH DUHAI HATI DALAM BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU:::::::..

Friday, January 27, 2012

Video Ustaz Azhar


video kali ni berkesinambungan dengan pos yang sebelum ni...
tentang aurat..
mai tengok..^^




Wednesday, January 25, 2012

fashionablenyewww...


'Fashionablenyewwwww' (Bahasa Rempit-ewww) Bak kata Anuar Hadi..kalau korang kenal la dia..dan tipu la kalau tak kenal kan...terlebih popular dah dia..

Ok..actually,bukan nak cerita pasal Anuar Hadi atau geng die Mat Lutfi...aku nak cerita tentang..
'Fashonablenyewww'...yelakan ,dah tajuk pown tu...

Meh aku nak cerita..pada hari ini,tercalitlah sudah satu sejarah dalam hidup aku di mana aku telah pergi ke
Perpustakaan Alor Star..bersama dengan adik aku..tapi apa kaitan dengan post kali ni??

Waktu  dalam library tu aku duk tingkat atas...kebanyakan yang duk situ geng2 budak Spm...kawan2 adik aku dan bukan kawan2 adik aku...kalau tengok  muka tu taw la kata budak SPM..

U know what...Aku rasa macam tersesat di dunia yang lain...nak habak mai..fashionablenyewww budak2 zaman sekarang...means..yang perempuan la...baju,seluar, tudung ,fuhh...macam artis...aku? xla fashinable sangat kan...biasa2 jew...low profile..haha..

Adakah salah kalau fashionable nie?? Asal yang heboh sangat aku nie?? Actualy, tak salah pown..
Islam tak melarang kita berpakain ikut peredaran zaman..pakaila ape2 pown..baju kurung,seluar,jubah, baju kurung moden dan sebagainya...

TAPI..
dengan syarat la sayang2 ku sekalian...
syarat apa?
TUTUP AURAT
terutamanya yang perempuanla..
sebab yang banyak buka aurat adalah perempuan..
lelaki ..aurat mana la sangat..dari pusat hingga lutut je..
kalau tak tutup lagi tak taw la nak kata...

Apa yang buat aku sedih ialah...kebanyakan yang fashionable ..
yang aku nampak tadi..tak menepati syarat2 yang Islam tetapkan..
terdapat beberapa kesalahan yang mngkin diorang tak tahu..
atau tahu..tapi buat2 tak tahu..
Apa kesalahan2nya...sila lihat dalam rajah di bawah..
lebih mudah untuk difahami kan...lagipun kesian la kat aku menaip...=.=






So... yang mana pulak yang betul??
Sila lihat gambar di bawah..



Jadi..sebagai nasihat buat diri aku sendiri dan kaum2 hawa sekalian..Sentiasalah behati2 dengan cara pemakain kita...Islam adalah agama yang sempurna..sehingga bab pakaian pown diambil berat...
Iman aku masih lagi lemah untuk menegur  secara direct kepada mereka yang tak menutup aurat dengan sempurna..jadi aku rasa inilah medan yang sesuai untuk aku menegur..kalaulah ada orang baca..

Kalau rasa kita ada buat kesalahan dalam aurat nie..masih ada masa lagi kita nak berubah..tapi jangan lengah2kan..sebab kita tak tahu bila ajal kita..Bila kita dah dapat satu kesedaran tu..perbaiki diri kita....Ubah sikit2..Dari tudung jarang..jadi tak jarang...dari bidang 45 jadi 50..then..meningkat2..sampaila yang sempurna aurat...Aku cakap nie berdasarkan pengalaman aku..Jadi tak de alasan kalau ada yang nak kata..'Kau senangla cakap,kau tak pernah alami'...Truly,aku pernah alami semua benda ni(kisah silam)..jadi aku tak nak diri aku sorang yang berubah ke arah yang lebih baik(bab aurat)..aku nak korang sekali..ok..^^

Last but not least...Pakailah fashionable taqa mana pown..yang penting..
TUTUP AURAT..ok..^^
Allah takkan mengubah sesuatu kaum..kecuali kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri....(13:11)

Jom Tutup Aurat dengan sempurna..=)
Tanda patuh,syukur dan cinta kita kepada Allah dan Rasulullah..





Monday, January 23, 2012

20 tahun dah?


Alhamdulillah..Allah masih berikan aku nyawa untuk terus hidup di muka bumi ini..
Ingatlah!..Semua ni hanyalah pinjaman..

'20 tahun dah?'
Itulah tajuk post aku kali ni..
20 tahun..ermm..tua dah tu..
klau ikut orang dulu2..dah boleh kawen dah ni..
tapi..aku tak nak kawen lagi..
why? rahsia..haha..
ok..bukan nak cerita pasal kawen..

Sebenarnya kali ni aku nak kongsikan persoalan2 yang timbul..
di kotak fikiran aku...yang aku nak korang fikir sekali..
especially,yang sebaya dengan aku..
tak kira besday bulan 1 ke 3 ke..
yang penting ikut masihi 2012 dah 20 tahun..

Persoalan2nya ialah...::::

1.Selama 20 tahun ni..cukup dah ke amalan aku?
Macam mana kalau Allah tarik roh aku sekarang?
dah sedia?
Cukup ke kalau nak masuk syurga?

2.Selama 20 tahun ni..apa yang telah aku sumbangkan untuk Islam?
'Dakwah?'

3.Selama 20 tahun ni sempurnakah solat aku?
Adakah betul bacaan aku?
Inikah kualiti solat yang aku akan bawak sampai ke tua?
Adakah solat aku sempurna?

4.Selama 20 tahun ni...dah berapa kali aku khatam Quran?
20?
Same tak dengan bilangan khatam novel?
Kenapa makin besar makin kurang khatam..sedangkan baca makin lancar?

5.Selama 20 tahun ni..dah berapa surah aku hafal?
Kalau lagu bukan main banyak..surah?
Kalau jadi imam solat jamaah..nak ulang 4 Qul je ke?

6.Selama 20 tahun nie..apakah persediaan aku untuk menjadi isteri?
Ada ustaz habak..nak jadi isteri kena sedia 20 tahun lebih awal..
sebab nanti kita nak didik anak..perangai kenala bek..
anak nak ikut..n len2..perangai mana boleh ubah sekelip mata..

7.Selama 20 tahun ni..dah habis dah ke sirah nabi aku baca?
Kalau suruh cerita tentang sirah nabi..
at least biodata nabi..
Boleh tak aku nak terang dengan terperinci?

Dan banyak lagi persoalan2 yang lain..
Cuma kali ni..cukuplah setakat ni dulu..

Sama2lah kita muhasabah..
Allah bagi kita otak untuk fikir..telinga untuk dengar..
mata untuk lihat..
Jadi..
Gunakan otak untu fikir yang baik..
Telinga untuk dengar yang baik2..
Mata untuk lihat benda yang bek2..


Sunday, January 15, 2012

Thursday, January 12, 2012

Selawat dan doa.


Alhamdulillah..hari ni dah lepas 2 presentation dalam kelas..dan aku ingin berkongsi pengalaman aku tentang presentation tadi..

Alhamdulillah..untuk presentation Social Studies tadi, inilah kali pertama kali aku rasa presentation yang paling baik  aku pernah buat. Seriously,sebelum ni kadang2 aku blurr dan tak da keyakinan untuk bercakap.Tapi tadi alhamdulillah...Allah permudahkan..




Aku selalu ingat pesan cikgu aku,kalau rasa gelabah dan takut, selawat dan doa. InsyaAllah,Allah permudahkan.

Dan sebelum presentation tadi,aku berdoa supaya Allah permudahkan dan banyakkan berselawat.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Aku tak rasa takut dan apa yang aku nak cakap ..aku berjaya cakap.

Jadi, aku ingin berkongsi kat sini...kalau korang mengelami situasi macam aku..Takut,berdebar dan sewaktu dengannya..
Berdoalah sepenuh hati dan berselawat.
Berdoalah supaya Allah permudahkan kerja korang selepas segala preparation yang dah korang buat.

Ha...baca dengan teliti ayat yang aku tulis atas ni..^
'Berdoalah supaya Allah permudahkan kerja korang selepas segala PREPARATION yang dah korang buat'

Selepas PREPARATION,..means..of coz la korang kena prepare dulu..kalau tak prepare betul-betul and then berdiri kat depan macam kerang busuk..of coz takkan smooth presentation korang(Aku pernah alami benda ni,tu yang boleh cakap ni..hehe..)







Blaja tentang blog kat sini..=)