Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata,
“Semoga berbahagia dan ramai anak.”
“Semoga berbahagia dan ramai anak.”
Mendengar yang demikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”
Mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”
Aqil menjawab, “Katakan
Aqil menjawab, “Katakan
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, “Apakah ini?”Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”
Rasulullah s.a.w. bersabda,
(semoga kamu diberkati). |
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata,
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.) |
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak.”
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL =)
Kembaq cek nak kawen dah. Jumaat nie dah bertukar status.
Whatever happen, i will be there for u.
Miss u iman.
Selamat menjadi isteri yang solehah.
Jangan lupakan cek walaupun dah kawen.
Waaaaa...rindu nak p rumah Pak Long sama2.
Bila balik je Kedah, mesti kita jumpa Pak Long, pastu bila balik dari rumah Pak Long, mesti kita akan nangis sama2, seronok n bersyukur sebab Allah pilih kita jumpa Pak Long.
Lepas nie, boleh lagi tak macam ni iman?
Dulu, kita melawak, nak kenduri sama2, nak g honeymoon skali,tapi nampaknya jodoh iman tiba dulu.Kenduri dah xleh buat skali la nampaknya.heee.
Ingat lagi pesan Pak Long :
'selagi belum terucap lafaz aku terima nikahnya, kena solat hajat, doa , bagi jadi'
Awatla tetiba aku sedih nie, nanti p tengok akad nikah mesti lagi sedih kan.Bukan sedih sebab kecewa, sedih sebab gembira. Setelah semua cabaran , dugaan yang korang dua hadapi, dari awal sampaila sekarang, nak kawen dah kan..Alhamdulillah.Happy =)
0 Comments