✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿

.............AhLAn WaSaHLaN............


..:::::::BERSABARLAH DUHAI HATI DALAM BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU:::::::..

Monday, August 12, 2013

Ucapan



Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Dah 4 jemputan kenduri kawen yang aku dapat cuti raya ni. Jadi apa perlu kita ucap kalau kita g kenduri kawen.?

Jom bace na :

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata,
“Semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mendengar yang demikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”

Aqil menjawab, “Katakan
barakah2.jpg
 (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu)

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, “Apakah ini?”Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”

Rasulullah s.a.w. bersabda
barakah1.jpg
(semoga kamu diberkati). 

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata

barakah3.jpg
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak.”

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL =)

Then, bagi yang tak kawen lagi cam aku :



Hat nie, for future husband : 


Kembaq cek nak kawen dah. Jumaat nie dah bertukar status.
Whatever happen, i will be there for u.

Miss u iman.
Selamat menjadi isteri yang solehah.
Jangan lupakan cek walaupun dah kawen.
Waaaaa...rindu nak p rumah Pak Long sama2.
Bila balik je Kedah, mesti kita jumpa Pak Long, pastu bila balik dari rumah Pak Long, mesti kita akan nangis sama2, seronok n bersyukur sebab Allah pilih kita jumpa Pak Long.
Lepas nie, boleh lagi tak macam ni iman?

Dulu, kita melawak, nak kenduri sama2, nak g honeymoon skali,tapi nampaknya jodoh iman tiba dulu.Kenduri dah xleh buat skali la nampaknya.heee.

Ingat lagi pesan Pak Long :
'selagi belum terucap lafaz aku terima nikahnya, kena solat hajat, doa , bagi jadi'

Awatla tetiba aku sedih nie, nanti p tengok akad nikah mesti lagi sedih kan.Bukan sedih sebab kecewa, sedih sebab gembira. Setelah semua cabaran , dugaan yang korang dua hadapi, dari awal sampaila sekarang, nak kawen dah kan..Alhamdulillah.Happy =)



Wednesday, August 7, 2013

Kesufian


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Dah sebulan berpuasa. Esok raya. Alhamdulillah,Allah bagi bernyawa sampai hari ni.
Tak da lagu raya nak tuju, cuma nak bagi lagu nie:
Nyanyi
 ikut rentak IKLIM-DI PINTU MAHLIGAI.

Di dalam kesunyian
Ku rasa gelombangnya
Menyintaimu satu kewajipan
Tapi tak terluah dengan perkataan

Tika fajar menyinsing
Ku sentuh sinar kasih
Dari matamu dekat dan terasing
Aku menanti singkapan tabir cinta
Aku menanti saat menjadi nyata

Kesufian ini terlalu indah
Walaupun pahit untuk ku telan
Walaupun pedih sanggupku tahan
Dan ku relakannya

Ku cari di pintu makrifat
Ku lihat kasihmu melambai
Walaupun jauh tapi jelas
Jiwaku menyentuh jiwamu

Ku cari di pintu makrifat
Nyatakan segala impian
Sambutlah tangan sambutlah
Semoga terlepas segala siksaan

Dengan sayap impian
Ingin terbang ke sana
Membawa cinta sebesar dunia
Apa jua milikku dan kutahu
Hanya untukMu.

Faham dan Hayati liriknya ,ok...diubah sikit lirik oleh seorang yang amat bermakna dalam hidup aku...Moga dibuka pintu makrifat.Moga terbuka hijab yang menghalang kita daripada mengenal cinta Allah.Setiap yang berlaku,adalah takdir Allah.Bersyukurlah dengan apa yang Allah bagi dan ikutlah jalan yang Allah dah 
bagi.Semoga dapat memahami dan bersama-sama menyusuri jalan ini. InsyaAllah.




Blaja tentang blog kat sini..=)