✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿

.............AhLAn WaSaHLaN............


..:::::::BERSABARLAH DUHAI HATI DALAM BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU:::::::..

Wednesday, June 12, 2013

Bahaya Syiah!


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad s.a.w.Pos kedua hari ni: Bahaya Syiah!

Siapa Syiah?

Recently, aku banyak baca tentang Syiah.

Tengok video kat youtube ..tengok apa sheikh2 Arab cakap tentang syiah.

Apa ustaz2 Malaysia cakap tentang syiah.

Jujur,sebelum ni aku kurang mengkaji dan baca tentang Syiah.

Baca macam biasa ja..

Rupanya dasyat jugak Syiah nie.

Kat Malaysia pown dah banyak puak2 syiah nie.Dulu, Jais ada buat tangkapan terbesar Syiah di Gombak!

Kenapa kena taw?

Supaya kita tak terpengaruh.

Kat u pown banyak.Dulu kalau kat sklah,senior2 selalu pesan..nak ikut mana2 group, hati2,takut ada golongan syiah sebab syiah makin banyak kat u.

Aku xnak tulis g tentang syiah nie sebab aku xhbeh baca dan xhbeh kaji btul2 g..yang aku taw, syiah adlh golongan yang mngangkat Saidina Ali dan menolak dan mnghina sahabat2 Nabi seperti Abu Bakar.Mereka menggelar Aisyah r.a. sebagai pelacur. Wlnauzubillah..


Sekarang bila ada isu yg jadi kat Syria, barulah nampak jelas sikit siapa syiah sebenarnya.

Iran-Ahmadenejat(eja xtaw btul ke dak) ..Hizbussyaitan(dlu yang org pnggil Hizbullah)..semua tu Syiah.Syiah! 

Syiah yang membunuh sunni di Syria.

Yusof Qardawi pown dah menggelar Hizbullat tu sbagai Hibussyaiton!Dulu aku tertipu ingat depa nie pjuang Islam..

Lama jugak tertipu dengan puak syiah Iran dan Hizbussyaiton nie.

Jadi, janganlah jadi macam aku.
Bacalah..bacalah tentang syiah nie ,supaya tak kena tipu.
Kena sedar,kat Malaysia puak syiah semakin merebak.

Semoga Allah pelihara kita.



Cara melembutkan hati.


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah , dapat pergi Ukir Mall dengar Kuliah Pak Long, Sheikh Zainul Asri.
Tapi post kali ni bukan nak gtaw tentang kuliah Pak long tapi tentang ilmu yang aku dapat dari TV Al-Hijrah.

Ha.taw kan Tv al-Hijrah,kalau Astro siaran 114. Setiap kali waktu solat akan ada kuliah solat.Ada ceramah ustaz dari Malaysia dalam 2 3 minit, Fattabiauni ,dan slot rancangan Arab..penceramah dia yang ada dalam 'Laukana bainana'  .xsurela tajuk ape slot tu.

So, kali ni ak nak tulis tentang ilmu yang aku dapat dari slot tu.

Tajuk:Antara cara untuk melembutkan hati.

1.Dengar bacaan al-Quran yang merdu pada waktu malam.
Sebab apa? sebab bacaan yang merdu ni boleh memberi kesan pada hati
kita.
Ada
ramai Qari yang bersuara merdu kat dunia ni..contoh yang terkenal ialah Saad al-Ghamdi,Abdur Rahman al-sudais,Yasser Al-Afasy, dan Mishary al-Fasy.Tapi nama yang biasa kita dengar ialah Saad  al-Ghamdi kan? yang lain pown banyak kita dengar alunan bacaan  al-Quran cuma tak taw sapa yang alunkan.Jadi, kalau nak tahu, boleh la search Qari2 kat internet.Syahdu je bila dengar waktu malam.Kadang2 ada Qari yang menangis bila baca,kita pown akan terasa sebak walaupun kita tak faham makna.Tapi seeloknya, kita fahami jugak makna bacaan al-Quran yang dibaca.

2.Baca Sirah Rasulullah s.a.w
Ada banyak buku yang menceritakan tentang sirah Rasulullah, jalan hidup, pengorbanan,halangan , cabaran dan lain2.Bila kita baca tentang pengorbanan yang Rasulullah lakukan untuk Islam, kita akan rasa sedih, terharu, bersyukur dan lain2 lagi.Susah nak describe perasaan tu,kalau nak tahu try na.Rasanya semua pernah alami perasaan macam ni bila baca Sirah Rasulullah s.a.w.

3.Mengingati mati.
Macam mana nak mengingati mati? Jawapannya dengan menziarahi kubur.Kita fikir balik ,bila kali terakhir kita melawat kubur selain kita pergi ketika kematian sanak-saudara? Bila kita ziarah, kita perlulah ambil iktibar daripada perkara tu.Ingatlah , yang kita juga akan mati .

4.Menziarahi orang sakit
Bila kita ziarah orang sakit, kita akan rasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Kita masih sihat walafiat dan dapat merasai nikmat yang Allah beri.

5.Menonton video yang melembutkan hati
Contoh video atau filem yang diberi ialah filem Omar Mokhtar. Kenal Omar Mokhtar? Beliau merupakan seorang pejuang di Libya yang akhirnya dihukum gantung. Kemana ja beliau pergi, beliau akan membawa al-Quran kecik sehinggakan waktu nak dihukum gantung pown beliau masih sempat membaca al-Quran lagi. Nie salah satu contoh video. 

Selain itu, boleh jugak tengok vidoe nasyid  yang menginsafkan.Contohnya Nasyid bertajuk Tafakur oleh kumpulan Zikraa.Ha...cer tengok video or dengar nasyid nie waktu malam. Waktu duk sorang2..ingat dosa2 yang selama ni duk buat..pastu dengar lagu nie..menginsafkan.Tak caye? Cer try.

6.Menonton kesakitan atau penderitaan orang di sekeliling.
Kita kena tengok penderitaan yang dialami oleh saudara kita seperti  di Palestin, Syria supaya kita sedar, insaf, bersyukur dengan apa yang Allah beri kat kita.
Search je kat youtube tntang kezaliman Basyar Assad laknatullah, ha..berjuta video tentang kekejaman dia. Hati mana tak tersentuh tengok kanak-kanak, perempuan disembelih, ditanam hidup2,dibakar dan lain-lain. Sedih. 

Jadi.inilah diantara cara nak melembutkan hati kita yang keras menurut penceramah di TV AL-Hijrah.Maaf sangat2 xsempat tulis nama penceramahnye.Jadi sama2lah ambil ilmu dan amalkan.Wallahua'lam.










Tuesday, June 4, 2013

Monday, June 3, 2013

Bawalah aku.


Jika aku ditanya..apakah saat paling bahagia yang pernah aku alami.
Saatnya apabila aku bertemu para ulamak.
Para ulamak pewaris Nabi.

Setiap kali aku bertemu ulamak.
Air mata akan mengalir kerana kata-kata mereka menyentuh ke hati sanubari.
Kata-kata mereka mengetuk aku dan menyedarkan aku tentang hidup sebagai insani.
Sungguh..aku merindui saat bertemu ulamak.

Biar jauh bermusafir tetapi nikmat bertemu ulamak tidak mampu di gambarkan dengan kata-kata.
Bahagia.Terlalu bahagia.

Setiap kali bertemu ulamak.
Kata-kata mereka merupakan penyelesaian dan jawapan kepada segala masalah yang aku alami.
Sungguh aku merindui saat bertemu ulamak.

Rindu.
Rindu mendengar kata-kata yang mengingatkan aku tentang Cinta Nabi.
Rindu dengan suasana tenang dan tenteram.
Rindu dengan suasana dimana segala masalah aku terbang entah ke mana.

Rindunya.
Jika ingin buatkan aku bahagia.
Cukuplah dengan membawa aku bertemu ulamak.
Cukuplah itu untuk membahagiakan aku.

Sungguh.
Rindu ini menyakitkan.
Jika inilah rindu kepada ulamak pewaris Nabi..bagaimana pula jika rindu kepada Rasulullah.
Sungguh,aku kini mengerti bagaimana seseorang insan itu hanyut dengan rindu kepada Rasulullah.
Semuanya Rasulullah.

Ya Allah, kekalkanlah perasaan ini dalam diri aku kerana aku tidak merasainya dulu.
Ya Allah, berilah kami peluang untuk bertemu dengan ulamak ,ulamak pewaris Nabi,mereka yang dekat dengan Habibuna Rasulullah s.a.w.

Dekatkanlah kami dengan para ulamak, supaya hati kami yang keras boleh dilembutkan,supaya hati kami yang kotor, boleh dibersihkan, supaya hati kami yang gelap, boleh diterangkan.
Ya Allah, berilah kami kesempatan untuk bertemu dengan kekasih hati kami.Rasulullah s.a.w, berilah kami kesempatan untuk bertemu dengan insan yang mencintai kami walaupun tidak pernah berjumpa kami.Berilah kami kesempatan untuk bertemu dengan insan yang sentiasa mendoakan kami.
Ampunilah dosa kami dan bimbinglah kami ke jalan yang benar.

Allah.Allah.Allah.
Sungguh kami lemah.kami jahil.kami lalai.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
Bantulah kami.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Maafkan diri ini yang kurang mengingati mu.

Taujihad pak su mit gunung


Alhamdulillah.
Atas nikmat iman dan Islam
Masih bernyawa.
Masih diberi peluang untuk bertaubat.

Bagi pos kali ini, nak share tentang nasihat dan taujihad yang diberikan oleh Pak su mit gunung, Kelantan.Alhamdulillah,Allah pilih untuk jumpa beliau.

Antara nasihat beliau :

Cintalah kepada Allah s.w.t

Dunia sekarang ditimpa dengan banjir maksiat dan lain2..jika ingin selamat, carilah bangunan tinggi.

Bangunan tinggi itu ialah ulamak.

Setiap insan pasti merasai mati.
Bila kita hidup di dunia, Allah berikan jasad untuk roh.
Bila kita mati, hanya roh yang akan tinggal.

Allah ciptakan kita untuk merasai nikmat Allah dan kembali 
kepadaNya.

Hikmah Allah ciptakan kita adalah untuk beribadat kepadaNya.

Sebelum kita melakukan sesuatu perkara..
Ingatlah Allah,ingatlah tujuan Allah ciptakan kita.

Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Allah ciptakan pokok untuk binaan.Matahari untuk menyinari.Awan untuk melindungi.Haiwan untuk di makan.
(paksu mit banyak ulang tentang keindahan alam)
Semua nie Allah ciptakan untuk kita mengenali Allah.
Untuk kita lihat sifat kesempurnaan Allah.
Kita manusia,nak cipta nyamuk pown tak boleh.

Tanya diri kita..Adakah kita sudah melakukan ibadat kepada Allah .
Sudahkah ibadat kita cukup?
Kita hidup kat dunia, kerja berpuluh tahun untuk  hidup senang, ni kan pula akhirat yang selama-lamanya.
Kita tak boleh berasa cukup dengan amalan kita.
Ibadat ni umpama makanan dan minuman untuk rohani kita.
Jangan halai balai melaksanakan ibadat.

Buatlah persiapan untuk bertemu dengan Allah.Itulah tujuan hidup kita di dunia.

Biarlah kita susah di dunia dari kita susah di akhirat.
Kita ingin mati dalam iman atau tak?


Ada dua jalan di dunia.
Satu jalan kebenaran yang membawa kita ke syurga.
Satu lagi jalan yang bawa kita ke neraka.

KEMBALILAH KEPADA ALLAH.

Inilah antara pesanan yang sempat aku catat waktu bertemu pak su mit.Sewaktu bertemu beliau, dengar kata2 taujihad, air mata tak berhenti menitis..teringat akan dosa-dosa, betapa Allah masih beri peluang dan nikmat walaupun diri ini bergelumang dengan maksiat.Allah.

Wallahua'lam. 




Blaja tentang blog kat sini..=)