✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿

.............AhLAn WaSaHLaN............


..:::::::BERSABARLAH DUHAI HATI DALAM BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU:::::::..

Wednesday, June 12, 2013

Cara melembutkan hati.


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah , dapat pergi Ukir Mall dengar Kuliah Pak Long, Sheikh Zainul Asri.
Tapi post kali ni bukan nak gtaw tentang kuliah Pak long tapi tentang ilmu yang aku dapat dari TV Al-Hijrah.

Ha.taw kan Tv al-Hijrah,kalau Astro siaran 114. Setiap kali waktu solat akan ada kuliah solat.Ada ceramah ustaz dari Malaysia dalam 2 3 minit, Fattabiauni ,dan slot rancangan Arab..penceramah dia yang ada dalam 'Laukana bainana'  .xsurela tajuk ape slot tu.

So, kali ni ak nak tulis tentang ilmu yang aku dapat dari slot tu.

Tajuk:Antara cara untuk melembutkan hati.

1.Dengar bacaan al-Quran yang merdu pada waktu malam.
Sebab apa? sebab bacaan yang merdu ni boleh memberi kesan pada hati
kita.
Ada
ramai Qari yang bersuara merdu kat dunia ni..contoh yang terkenal ialah Saad al-Ghamdi,Abdur Rahman al-sudais,Yasser Al-Afasy, dan Mishary al-Fasy.Tapi nama yang biasa kita dengar ialah Saad  al-Ghamdi kan? yang lain pown banyak kita dengar alunan bacaan  al-Quran cuma tak taw sapa yang alunkan.Jadi, kalau nak tahu, boleh la search Qari2 kat internet.Syahdu je bila dengar waktu malam.Kadang2 ada Qari yang menangis bila baca,kita pown akan terasa sebak walaupun kita tak faham makna.Tapi seeloknya, kita fahami jugak makna bacaan al-Quran yang dibaca.

2.Baca Sirah Rasulullah s.a.w
Ada banyak buku yang menceritakan tentang sirah Rasulullah, jalan hidup, pengorbanan,halangan , cabaran dan lain2.Bila kita baca tentang pengorbanan yang Rasulullah lakukan untuk Islam, kita akan rasa sedih, terharu, bersyukur dan lain2 lagi.Susah nak describe perasaan tu,kalau nak tahu try na.Rasanya semua pernah alami perasaan macam ni bila baca Sirah Rasulullah s.a.w.

3.Mengingati mati.
Macam mana nak mengingati mati? Jawapannya dengan menziarahi kubur.Kita fikir balik ,bila kali terakhir kita melawat kubur selain kita pergi ketika kematian sanak-saudara? Bila kita ziarah, kita perlulah ambil iktibar daripada perkara tu.Ingatlah , yang kita juga akan mati .

4.Menziarahi orang sakit
Bila kita ziarah orang sakit, kita akan rasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Kita masih sihat walafiat dan dapat merasai nikmat yang Allah beri.

5.Menonton video yang melembutkan hati
Contoh video atau filem yang diberi ialah filem Omar Mokhtar. Kenal Omar Mokhtar? Beliau merupakan seorang pejuang di Libya yang akhirnya dihukum gantung. Kemana ja beliau pergi, beliau akan membawa al-Quran kecik sehinggakan waktu nak dihukum gantung pown beliau masih sempat membaca al-Quran lagi. Nie salah satu contoh video. 

Selain itu, boleh jugak tengok vidoe nasyid  yang menginsafkan.Contohnya Nasyid bertajuk Tafakur oleh kumpulan Zikraa.Ha...cer tengok video or dengar nasyid nie waktu malam. Waktu duk sorang2..ingat dosa2 yang selama ni duk buat..pastu dengar lagu nie..menginsafkan.Tak caye? Cer try.

6.Menonton kesakitan atau penderitaan orang di sekeliling.
Kita kena tengok penderitaan yang dialami oleh saudara kita seperti  di Palestin, Syria supaya kita sedar, insaf, bersyukur dengan apa yang Allah beri kat kita.
Search je kat youtube tntang kezaliman Basyar Assad laknatullah, ha..berjuta video tentang kekejaman dia. Hati mana tak tersentuh tengok kanak-kanak, perempuan disembelih, ditanam hidup2,dibakar dan lain-lain. Sedih. 

Jadi.inilah diantara cara nak melembutkan hati kita yang keras menurut penceramah di TV AL-Hijrah.Maaf sangat2 xsempat tulis nama penceramahnye.Jadi sama2lah ambil ilmu dan amalkan.Wallahua'lam.










No comments:

Blaja tentang blog kat sini..=)