✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿

.............AhLAn WaSaHLaN............


..:::::::BERSABARLAH DUHAI HATI DALAM BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU:::::::..

Saturday, July 23, 2011

Ah!!Bisinglah ayah dengan ibu nie!!


assalamualaikum...=)

'Ah! Bisinglah ayah dengan ibu nie...saya dah besar..saya tahu la apa yang saya buat...yang sibuk sangat ni kenapa??!!!!...'

Astaqfirullahalazim....ha,korang mesti pernah dengar kan orang cakap macam  ni kat filem2 melayu....bukan main derhaka lagi..ish2...nie baru sikit nie..kalau kat dalam tv tu lagi la panjang lebar dia maki mak dia..ops...nie ciri2 anak derhaka..jadi aku ingatkan diri aku dan korang..jangan buat ok...=)


Ok..apa tujuan aku sebenarnya untuk post kali ni...tujuan aku ialah untuk mengingatkan diri aku dan korang supaya menghargai ibu dan ayah kita sementara mereka masih ada..

Kenapa aku tetiba nak cerita tentang nie...??sebabnya aku ada mendengar beberapa cerita yang buatkan aku tersentuh dan bersyukur sebab mak ayah aku masih ada..


Kisah 1...sahabat aku ni aku kenal kat IPG..nama 'R'..(bukan nama sebenar)..ayah dia merupakan seorang penjual roti..mak dia merupakan seorang suri rumah sepenuh masa...ayah dia sekarang berada di India...sebab ada buat rawatan kat situ...sebelum nie..ayah dia hampir2 strok..penyakit ayah dia serius la jugak..tapi kan kawan aku ni  bila cerita tu biasa ja..tak la menangis2..tapi boleh nampak yang dia cuba sembunyikan perasaan sedih dia tu...Ya Allah..tabahnya kawan aku nie..India bukannya dekat..bukan boleh balik selalu...kalau nak jumpa ayah dia mesti kadang2 je boleh.....Bila aku dengar kisah dia ni...aku rasa bersyukur sangat2 sebab ayah aku sihat walafiat...aku tak tahu macam mana keadaan aku kalau aku yang alami...Ya Allah..kau berilah kekuatan dan ketabahan kepada sahabat aku nie...dan sama2lah kita sedekahkan al-fatihah agar ayah dia cepat sembuh...


Kisah 2...kisah sahabat2 aku yang kematian mak atau ayah..aku rasa ramai dalam kalangan kawan2 aku yang merupakan seorang yatim piatu...ada yang kematian mak dia lima belas minit lepas lahirkan dia..tak sempat pown dia nak merasai kasih sayang seorang ibu yang membesarkan dia...ada yang kematian ayah setahun lepas...ada yang tahun nie...Ya Allah..aku sangat bersyukur yang ayah dan ibu aku masih hidup....

gambar hiasan


Ayah dan ibu...orang yang banyak berjasa kepada kita..kalau kita mintak sesuatu,diorang akan cuba sedaya upaya untuk bagi apa yang kita nak..kalau belajar,nak pakai duit..diorang jugak yang support....dan nak dapat duit bukannya senang..diorang terpaksa berhempas pulas ,korbankan tenaga,masa..lepas tu nak kena bayar duit ni,duit tu..dan tanggungan bukan sorang je...pernah tak korang tengok mak ayah korang merungut macam nie.'.ish,penat betulla kerja nie..nie semua sebab koranglah,menyusahkan aku je'.....pernah ke?? Kalau mak ayah aku tak pernah..dan terutamanya ayah aku..kalau balik..macam biasa ja..ayah aku tak pernah pown tunjuk kepenatan yang dia rasa...tak pernah  aku dengar ayah aku merungut sebab penat kalau balik kerja...walaupun aku tahu yang sebenarnya..penat sangat..pergi pagi..balik hampir2 senja..

Sebab apa mak ayah kita buat semua nie??kerja ..cari duit???sebab apa.???sebab KITA!!!

Nie baru dari segi duit..banyak lagi pengorbanan yang diorang buat...kalau cerita tak kan habis...TAPI..kita nie??apa yang kita buat nak balas jasa mereka...nak suruh study,ada yang buat main2 je..ponteng kelas la  apa la..aku bukan apa...korang nak ponteng kelas tu tak fikir ke mak ayah korang yang susah payah cari duit..semata2 nak tengok korang berjaya..(nie untuk orang yang ponteng je la ye..emo nye aku)..tolonglah sedar..akan pengorbanan yang mak ayah buat..


Mmm...jadi kesimpulannya...aku sayang mak ayah aku..dan aku tahu korang sayang mak ayah korang..hargailah mereka sementara mereka masih hidup...Jadilah anak yang soleh dan solehah agar mereka tak berasa sia2 membesarkan kita..kita merupakan saham amanah  kepada mak ayah kita..so,jadikan diri kita sebagai saham yang menguntungkan....Jom sama2 jadi anak yang soleh dan solehah...

'''Keredhaan Allah terletak pada keredhaan Ibu bapa''





Seorang ayah mampu menjaga sepuluh orang anak..tapi sepuluh orang anak,belum tentu dpat menjaga seorang ayah..


Wednesday, July 20, 2011

Antara DUA??


assalamualaikum...=)

Alhamdulillah...Allah masih campakkan rasa kasih dan sayang  kepada Rasulullah dalam hati dalam jiwa yang kerdil ini...

Antara DUA...?? Agak-agak apa yang aku nak sampaikan kali ni??...

Sebenarnya kisah dia bermula begini apabila aku terpaksa membuat keputusan samada nak pergi ke ceramah atau coral speaking...Cermah tu pulak bukan ceramah yang biasa2,..kali ni pengajian kitab hadis oleh Ustaz Afif..dua malam akan berlangsung dan akan diijazahkan kitab hadis tu...coral speaking pulak untuk persembahan hari guru nanti..dan aku memang teringin nak sertai...




Pada mulanya aku tak mendaftar pun untuk ke coral speaking..so,pada malam isnin...waktu pelajar2 yang beri nama untuk masuk,buat latihan..jadi malam tu..aku dapat dengar qasidah dan ceramah...tapi masalah mula timbul bila aku rasa nak masuk sangat2 untuk coral speaking tu...memandangkan hampir semua ahli kelas aku masuk....jadi untuk malam selasa...iaitu malam ni...aku terpaksa membuat pilihan samada nak pergi ceramah atau coral speaking..

Nie gambar waktu orientasi,coral speaking....kumpulan kami TESL dapat first place...hehe..alhamdulillah...

Petang tadi..aku ada menelefon ibu..dan ibu kata..pergilah masuk coral speaking..ceramah tu..hari2 ada..(aku terlupa nak bagi tahu yang ceramah ni ceramah khas..ada dua malam je..kalau hari lain memang ada ceramah)..jadi aku memang tekad waktu tu nak ikut kata mak aku..nak pergi coral speaking...walau macammanapun..aku tetap nak dengar qasidah sebelum aku pergi coral speaking...kan aku dah jatuh cinta kat Qasidah

Lepas maghrib..aku bersiap2 nak pergi ke surau dan perancangannya..aku akan pergi latihan coral speaking lepas dengar Qasidah..hati aku mula berbelah bagi bila aku jumpa seorang kak..kak tu kata..kalau dia,dia akan pilih ceramah nie...aku rasa sebersalah sangat..sebab malam ni malam last ceramah..aku sayang nak tinggal tapi...aku nak masuk coral speaking...







Akhirnya aku buat keputusan yang aku akan dengar ceramah ni....dan aku yakin dengan Allah....dan sepatutnya dari awal lagi aku kena yakinkan diri aku...aku kata dalam hati aku..kalau Allah izinkan aku masuk coral speaking,esok mesti boleh masuk lagi...maknanya,tak pe kalau aku tak pergi malam ni....Sepanjang aku berada dalam ceramah tu..aku begitu asyik sampai tak perpikir langsung tentang ni..banyak sangat ilmu yang aku dapat dan yang paling bahagia ialah aku dapat dengar Qasidah...=)








Taw apa jadi lepas tu..bila aku balik ke asrama...ada sahabat bagi tau yang coral speaking ni wajib masuk..esok semua wajib pergi..alhamdulillah..aku dapat masuk...maknanya esok aku kena pergi la..dan malam ni..aku dpat dengar ceramah...dua2 aku dapat.alhamdulillah...=)

Apa yang aku nak sampaikan di sini ialah...bila kita terpaksa buat keputusan yang tak pasti macam ni...dahulukan Allah..insyaAllah..Allah akan bantu kita..aku ingin ingatkan diri aku dan juga korang...semoga kita sentiasa berada dalam keredhaan Allah..amin..=)

Monday, July 18, 2011

Keberanian Mahmoud Ahmadinejad



assalamualaikum...=)

Alhamdulillah...atas nikmat iman dan Islam yang Allah berikan...
President Iran Mahmoud Ahadinejat...salah seorang pemimpin islam yang amat aku kagumi kerana keberanian beliau dalam menengakkan penderian  lebih2 lagi yang berkaitan dengan Islam...Sebenarnya,dah lama aku tak mendengar berita terbaru tentang beliau..duduk di maktab ni buatkan aku rasa seperti katak di bawah tempurung..huhu..=.=..Tapi itu bukan alasan sebab zaman sekarang nie,maklumat di hujung jari..kalau nak baca berita boleh je baca secara online...so..salah aku la kan..hehe..

Sebabkan dah lama tak baca tentang beliau..aku pown tanya Pak cik google..then i found this...aku rasa berita nie dah lama sebab dalam berita ni waktu Bush masih memerintah tapi aku tak pernah kongsi dengan orang lain..so,why not i post it here,so that the other people can read it...

Lets read.....

IRAN KINI NEGARA BERKUASA NUKLEAR

Meskipun Iran dikenakan sekatan oleh beberapa negara-negara barat dan eropah namun negara tersebut tidak berdiam diri malah lebih berusaha keras untuk terus bangun berdiri megah setanding dengan kemajuan kuasa kuasa besar lain.

Hebatnya lagi apabila presiden Mahmoud Ahmadinejad dengan berani mengeluarkan statement begitu keras di dalam dewan Persidangan PBB :
Quote:
" Jika Nuklear dianggap Keji dan kami tidak boleh menguasai dan memilikinya, Mengapa negara kamu menyimpannya..? Sebaliknya jika Teknologi Nuklear ini baik bagi negara kamu, Mengapa negara kami juga tidak boleh untuk menggunakannya..? "
Inilah hebatnya kata-kata Presiden Iran.
ImageImage
Ulama kelahiran Mesir yang cukup terkenal di dunia antarabangsa, Syaikh Yusuf Qaradawi menyatakan akan memberi dukungan pada Iran untuk mempertahankan program nuklearnya dan akan berpihak pada Iran jika AS dan sekutunya Israel, menyerang negara republik Islam itu.

Quote:

"Semua negara, termasuk Iran, punya hak membangun program nuklearnya untuk keperluan damai. Jika Washington mengobarkan perang dengan Tehran, kita selayaknya membela Iran," kata Syaikh Qardawi seperti disiarsurat akhbar al-Watan.
Qaradawi yang juga mengetuai Asosiasi Cendikiawan Muslim Antarabangsa ini juga mengatakan bahawa Sunni secara keseluruhan mengakui Iran yang majoriti penduduknya Muslim Syiah, sebagai negara Islam. Meski demikian, ia tetap mengkritik Tehran yang dianggapnya sedang berupaya menyebarkan doktrin Syiah ke Timur Tengah. Tudingan yang dibantah Iran.
Syeikh Qaradawi satu suara dengan Iran yang menuntut agar para pegawai AS dan Israel harus diadili kerana telah melakukan jenayah perang di sejumlah negara Muslim. Secara khusus, Qaradawi mengecam Mahkamah Kriminal Internasional yang bersikap diam melihat kejahatan perang AS di Iraq dan kejahatan perang Israel di Gaza, Palestin.
Qaradawi menegaskan bahawa bekas presiden AS, George W. Bush harus diseret ke pengadilan atas invasinya ke Iraq yang telah mengorbankan ratusan ribu rakyat awam di Iraq. Hal serupa juga harus dilakukan terhadap mantan PM Israel, Ehud Olmert yang telah melakukan jenayah perang di Gaza.



Image
Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad

Quote:
DOHA: Presiden Iran berkata semalam, sebarang serangan Israel terhadap negaranya akan bermakna kemusnahan terhadap negara Yahudi itu.

Kedua-dua negara saling mengancam satu sama lain berhubung sengketa mengenai program nuklear Iran.

Israel dan Amerika Syarikat serta beberapa negara lain percaya Iran berhasrat menghasilkan senjata atom menerusi program berkenaan meskipun Teheran menafikannya.

“Sebarang serangan terhadap Iran akan bermakna kemusnahan bagi wilayah Yahudi itu,” kata Mahmoud Ahmadinejad ketika melawat Dubai.

“Iran tidak peduli mengenai wilayah itu kerana ia kini menuju kepada kehancuran,” kata Mahmoud.

Pemimpin itu juga berkata, beliau sangsi Israel atau Amerika Syarikat berani menyerang Iran kerana mereka tahu negara itu sudah bersiap sedia untuk melancarkan serangan balas secara besar-besaran
sumber.....:..http://pikiaq.freeforums.org/

Usrah 'MASHITHAH'


Assalamualaikum...=)

Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana aku masih diberi peluang untuk merasai nikmat berusrah...

Erm..gambar kat atas tu aku cilok kat facebook lajnah dakwah Tuanku Bainun..eh,tak sedap la perkataan cilok,macam jahat sangat la pulak..aku ambil je..nak mintak sendiri..tak tahu nak mintak kat siapa..so,aku download sendiri je la..independent sikit..hehe..=.=''

Usrah kat Ipg memang best sangat2...berbeza dengan kat Smkak dan kat Matrik Peneng dulu...bukan la maksud aku dulu tak best..cumanya kat sini lagi best dan aku dapat rasa nikmat usrah tu...alhamdulillah..

Ha..aku teringat Kak Zayani pernah bagi tau...macam nie...mula2 kitorang diberi makan buah kurma sorang sikit..lepas tu Kak Zayani tanya...rasa kat mana manis kurma tu??erm...semua pakat tak tahu...mestila rasa manis kat mulus..tapi tu bukan jawapan die...rasa manis tu sebenarnya kita tak tahu kat mana..memangla rasa manis...tapi tak tahu nak cakap kat mana...maknanya...macam tu la nikmat usrah dan ukhuwah...kita rasa tapi tak tahu nak cakap macam mana...nie apa yang aku faham la..kalau silap...betul2 kan lah...hehe




Tuesday, July 12, 2011

Kena tegur dengan Kak senior..≧✯◡✯≦

assalamualaikum...=)

Alhamdulillah...atas nikmat iman dan islam yang telah Allah berikan....

Jam sekarang tepat pukul 11.50 pm...ish2,,,tengah2 malam tak tidur lagi..hehe..actually,aku baru selesai menghadiri Majlis Perlantikan Nuqaba sesi 2011...upss...aku bukan naqibah,tapi aku ahli usrah...kami pelajar2 baru ambilan tahun nie dibahagikan kepada beberapa kumpulan usrah....dan kumpulan aku terdiri daripada 6 orang ahli usrah dan 2 orang naqibah...kak Usrah aku diberi nama Kak Zayani dan Kak Nurol Hidayah.....seriously,aku agak segan dengan kak2 naqibah aku sebab diorang berpurdah...Ya Allah,sejuk mata memandang..

Tapi tujuan aku nak menulis malam nie bukan sebab tu..tapi sebab teguran salah seorang kak senior  yang aku kenal ..namanya Kak Hidayah...kak Hidayah tinggal kat Alor Star,sebelum ni ada la jugak dia tolong hantarkan aku ke Butterworth..muka bersih...subhanallah...orang kata ada nur la...sejuk mata memandang...duk ulang ayat tu je dari tadi..hehe..aku dah anggap kak Dayah nie macam kak aku sendiri...

Ok..berbalik kepada topik asal..tadi lepas selesai pengambaran untuk ahli usrah..Kak Hidayah datang jumpa aku..salam,tanya khabar...then....mmmm...tetiba kak Hidayah tanya..
'Lame tak nampak kat surau..oo...pergi waktu minggu orientasi je ye'...
Aku pown terkejut la jugak..aku  tanya kat Kak Hidayah..'Kak Dayah,banyakkan la aktiviti lepas maghrib kat surau..'
Pastu kak Dayah cakap balik..'Eh,memang setiap maghrib ada kuliah..'..
pastu sambung sembang...bla...bla...bla...

Seriously..terkejut aku...aku perasan dalam jadual tu ada tulis KULTUM..yang bermaksud Kuliah lepas Zohor..
Bawah tu aku tak perasan sangat...then..lepas tu,aku cek balik kat jadual...Ya Allah..dah banyak majlis ilmu aku tinggal...dah nak masuk 2 minggu..aku tak perasan langsung ada KULMA...Kuliah Lepas Magrib...setiap malam ada...ish2...kantoi la aku jarang pergi masjid...aku duk tingkat tiga.(alasan je niee..ish2..)...lepas magrib kalau tak da kuliah magrib,selalunya duk saja kat surau..so,memandangkan aku ingat tak da kuliah magrib...aku dengan kawan2 aku duk buat keja sikit dalam dorm..selalunya study group...pastu berhenti solat isyak and then sambung balik study...memang aku jarang pergi masjid lepas magrib sejak 2 minggu nie...sebab ingat tak da kuliah maghrib..so,memandangkan aku dah tahu..insyaAllah,aku akan pergi...

Ya Allah...memang aku sangat bersyukur sebab ada kak senior yang ingatkan aku tentang KULMA nie.....Alhamdulillah...Aku memang bersyukur sangat2 Allah masih ingatkan aku melalui kak senior...Dan aku akan cuba memperbaiki diri aku....

So...buat apa penat2 aku cerita benda nie??actually,aku nak bagi pengajaran untuk korang2 yang baca nie..jangan jadi macam aku..ambil pengajaran daripada apa yang terjadi kat aku...kalau dapat maklumat macam jadual..baca betul2...jangan main langkau2 je...tengok..dah banyak majlis ilmu aku tinggal..Then,kita kena rapat or kalau tak rapat at least kenal la jugak dengan diorang..supaya kalau korang dah makin jauh,or macam pelik sikit..ada orang yang akan tegur dan nasihat korang...macam apa yang jadi kat aku...tapi tak semestinya kak la..kengkawan pown sama jugak la...

Dan sebelum aku nak tutup..aku nak ingatkan kembali diri aku dan korang yang majlis ilmu terutamanya majlis agama nie... adalah antara taman2 syurga dan para malaikat menaunginya...kita sebagai pelajar especially TESL macam aku...kita tak boleh tinggal majlis2 macam nie...Ya memang betul apa yang kita belajar kat kelas pown ilmu..dan termasuk la jugak dalam majlis ilmu tapi....tak sama maklumat yang kita dapat..kuliah maghrib lebih kepada nilai2 kerohanian...kalau kat kelas lebih kepada keduniaan...so..jangan tinggal majlis macam nie....(ingatkan diri aku dan korang..)

-Learn from mistakes...Thanks to Allah..-..... 
(¯`v´¯)♥
.......•.¸.•´
....¸.•´
... (
☻/
/▌♥♥
/ \ ♥♥

Thursday, July 7, 2011

Teringat pesan cikgu....

assalamualaikum...=)

Alhamdulillah...bersyukur kepada Allah kerana aku masih diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi ini..insyaAllah...akan aku lakukan sebaiknya untuk menambah bekalan untuk akhirat kelak...

Malam ni ...aku  teringat pesan-pesan cikgu2 aku waktu kat sekolah dan matrik dulu...

'Kamu jadilah apa-apa pun yang kamu nak...,nak jadi cikgu ke,nak jadi doktor ke,nak jadi engineer,jadilah...cikgu akan sentiasa doakan kejayaan kamu...tapi kamu mesti ingat...walau apa pun pekerjaan yang kamu lakukan.. ingatlah Allah...kalau nak jadi doktor,jadilah doktor yang beragama,supaya nanti bila pesakit kamu sakit,kamu akan mengingatkan dia supaya bersabar dan ingat kepada Allah...kalau kamu menjadi engineer,jadilah engineer yang ingat kepada Allah supaya nanti kamu takkan makan rasuah...kalau kamu nak jadi cikgu,jadilah cikgu yang bukan saja mengajar tapi juga mendidik..'




Erm...aku sangat tersentuh bila teringat balik pesanan cikgu2 aku...aku dapat rasakan yang mereka inginkan anak2 murid mereka berjaya...bukan sahaja di dunia tapi juga di akhirat...InsyaAllah cikgu,saya akan ingat pesan cikgu...saya takkan sia-siakan pengorbanan cikgu yang telah banyak mengajar dan mendidik saya...

InsyaAllah,5 tahun setengah lagi,aku akan menjadi seorang guru...aku nak jadi seperti cikgu2 aku,yang bukan sahaja mengajar tapi mendidik...terima kasih cikgu kerana berikan saya contoh tauladan yang baik....saya doakan cikgu sentiasa berada dalam keredhaan Allah di dunia dan di akhirat...


✿◕ ‿ ◕✿ Copy and paste je...

assalamualaikum...=)

✿◕ ‿ ◕✿       ❀◕ ‿ ◕❀_


ha..comel tak gambar kat atas nie...of course la comel kan...mula2 dulu aku sendiri tak tahu macam mana la nak buat simbol comel2 kat facebook...sampai sekarang aku hanya tau buat satu je...♥...kena tekan..<3...so nanti dia akan jadi bentuk love..hehe..


actually,ada banyak lagi simbol2 kat facebook...kalau korang seorang yang sangat rajin untuk mengingat semua simbol2 kat facebook supaya korang boleh guna..so,silakanla menghafal...tapi kalau korang malas macam aku..just copy paste je...nak copy paste kat mane??


Copy paste kat link bawah nie
http://text-symbols.com/....
http://facebook-emoticons-symbols.blogspot.com/2009/04/cool-figures-made-with-symbols.html

then,korang boleh jugak copy and paste kat blog..yela,korang mesti boringkan guna simbol...=) je...macam aku..hehe 


____________________@__________@@@@@@
_________@________@________@@@@@@
________@___________@_____@_________@
________@_____________@@@__________@
_________@___________________________@
__________@_______@@@@@___________@
___@@@@@@____@@@@@@@_________@
__@_____________@@@@@@@_________@
_@_____________@@@@@@@@_______@
_@_____________@@@@@@@@_____@
_@_____________@@@@@@@______@
___@____________@@@@@_________@
_____@@@@@_______________________@
_________@@_________________________@
_________@___________@@___________@
__________@________@@__@@@@@@@
___________@_____@@
____________@@@@_@
____________________@
____________________@
____________________@
_____________________@
______________________@
______________________@____@@@
______________@@@@__@__@_____@
_____________@_______@@@___@@
________________@@@____@__@@
_______________________@
______________________@
_____________________@

sebabkan aku sangat suka bunga...so...of course aku nak promote bunga...hehe
dan selamat mencuba....(kepada mereka yang tak pernah cuba lagi la.hehe)

Wednesday, July 6, 2011

‎~Jika manusia mengecewakanmu,
Jangan berduka kerna Allah selalu menunaikan harapanmu.
~Jika manusia menzalimimu,
Jangan berduka kerna Allah selalu berlaku adil terhadapmu.
~Jika manusia melukaimu,
Jangan berduka kerna Allah selalu menitipkan penyembuh buatmu.
~Jika manusia menyayangimu,
ketahuilah bahwa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tidak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu.~~




Friday, July 1, 2011

Aku dah jatuh cinta..=)

                                                                     assalamualaikum...=)

Alhamdulillah..dah hampir dua minggu kat IPTB...cepatnya masa berlalu...pejam celik pejam celik dah 2 minggu...tak da perkataan lain yang terucap..alhamdulillah..Allah memudahkan segalanya...

So..selama hampir dua minggu kat sini macam2 benda baru yang  aku belajar..antaranya ialah Qasidah..actually,bukan la baru sangat pown,sebelum2 nie tau la jugak..tapi kali ni hati aku memang betul2 terpaut la kat Qasidah...ceeewah,ayat macam orang jatuh cinta...hehe..tapi memang betul pown..Aku dah jatuh cinta kat Qasidah...


Opss..sebelum nak bercerita lebih lanjut nie..korang tahu tak apa makna Qasidah tu??Kalau tak tahu,baca yang kat bawah ni..hat nie..copy paste kat iluvislam.com...
Sebenarnya  maksud "qasidah" itu dalam makna yang lebih tepat ialah "puisi". Kalau dalam bahasa inggeris "poetry". Secara kebiasaannya qasidah adalah "puisi" berbentuk luahan hati yang rindu, atau kekaguman dan puji-pujian kepada Tuhan atau seseorang. Qasidah sangat terkenal di kalangan ahli-ahli sufi sebagai satu cara mereka meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya, Para Sahabat Nabi, Wali-wali Allah dan guru-guru mereka yang Mursyid. Antara qasidah-qasidah yang terkenal ialah"Qasidah Burdah yang bertemakan Ketuhanan dan memuji junjungan Rasulullah S.A.W.", dan "Qasidah Ghausiah yang juga bertemakan Ketuhanan dan memuji Sultan Auliya' Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani" 

Kenapa aku boleh jatuh cinta kat Qasidah kat IPTB nie ye??Mungkin ini adalah sebab2nya..
1..Rentak iringan Qasidah dia memang menarik..
2..Semangat ahli2 kumpulan Qasidah nie waktu alunkan Qasidah buatkan aku lagi bertambah semangat nak ikut sekali...
3..Lirik yang aku dengar mula2 waktu minggu orientasi sangatla senang....senang sebab dia  tunjuk lirik tu kat LCD...maknanya,senang aku nak berqasidah sekali...hehe...yela,dapat sama2 ikut...tak delah buat dont know je kan...
4..Suara ketua kumpulan Qasidah nie sedap la...merdu gitu..subhanallah..kurnian Allah,suara sedap macam tu....best la kiranya dengar..ala,macam kita dengar lagula...kalau penyanyi tu suara dia sedap...jadi minat nak dengar lagu tu bertambah kan....nie kalau aku la...


Apa-apa pown...aku sangat bersyukur sebab aku dapat mengenal dengan lebih mendalam tentang Qasidah kat IPTB...Lagipun,bagus kalau kita dengar Qasidah nie sebabnya ia memuji Nabi Muhammad...insyaAllah..ada keberkatannya...dan aku dah pown beli buku yang mengumpulkan lirik2 Qasidah yang disampaikan oleh kumpulan Qasidah IPTB nie...happy..=)

Sebelum aku terlupa..kumpulan Qasidah kat IPTB nie diberi nama Al-Ihya'..To Al-Ihya' members...selamat meneruskan perjuangan dalam memartabatkan Qasidah di muka bumi Allah...


Nie antara Qasidah yang paling aku minat...kalau tengok dalam video tak berapa feel..tapi kalau dengar live...subhanallah...sedap..tersentuh...kalau boleh nak suruh je kumpulan Qasidah tu tak payah berhenti..hehe..banyak songeh betul..=.='''..hehe..(cadangan : Buatla album..komfem i will be the first one that will buy it..heheh)

selamat mendengar...=)




Yang nie aku suka sangat2..sebab lirik dia mudah2...

Blaja tentang blog kat sini..=)