Subscribe Us

header ads

Keberanian Mahmoud Ahmadinejad



assalamualaikum...=)

Alhamdulillah...atas nikmat iman dan Islam yang Allah berikan...
President Iran Mahmoud Ahadinejat...salah seorang pemimpin islam yang amat aku kagumi kerana keberanian beliau dalam menengakkan penderian  lebih2 lagi yang berkaitan dengan Islam...Sebenarnya,dah lama aku tak mendengar berita terbaru tentang beliau..duduk di maktab ni buatkan aku rasa seperti katak di bawah tempurung..huhu..=.=..Tapi itu bukan alasan sebab zaman sekarang nie,maklumat di hujung jari..kalau nak baca berita boleh je baca secara online...so..salah aku la kan..hehe..

Sebabkan dah lama tak baca tentang beliau..aku pown tanya Pak cik google..then i found this...aku rasa berita nie dah lama sebab dalam berita ni waktu Bush masih memerintah tapi aku tak pernah kongsi dengan orang lain..so,why not i post it here,so that the other people can read it...

Lets read.....

IRAN KINI NEGARA BERKUASA NUKLEAR

Meskipun Iran dikenakan sekatan oleh beberapa negara-negara barat dan eropah namun negara tersebut tidak berdiam diri malah lebih berusaha keras untuk terus bangun berdiri megah setanding dengan kemajuan kuasa kuasa besar lain.

Hebatnya lagi apabila presiden Mahmoud Ahmadinejad dengan berani mengeluarkan statement begitu keras di dalam dewan Persidangan PBB :
Quote:
" Jika Nuklear dianggap Keji dan kami tidak boleh menguasai dan memilikinya, Mengapa negara kamu menyimpannya..? Sebaliknya jika Teknologi Nuklear ini baik bagi negara kamu, Mengapa negara kami juga tidak boleh untuk menggunakannya..? "
Inilah hebatnya kata-kata Presiden Iran.
ImageImage
Ulama kelahiran Mesir yang cukup terkenal di dunia antarabangsa, Syaikh Yusuf Qaradawi menyatakan akan memberi dukungan pada Iran untuk mempertahankan program nuklearnya dan akan berpihak pada Iran jika AS dan sekutunya Israel, menyerang negara republik Islam itu.

Quote:

"Semua negara, termasuk Iran, punya hak membangun program nuklearnya untuk keperluan damai. Jika Washington mengobarkan perang dengan Tehran, kita selayaknya membela Iran," kata Syaikh Qardawi seperti disiarsurat akhbar al-Watan.
Qaradawi yang juga mengetuai Asosiasi Cendikiawan Muslim Antarabangsa ini juga mengatakan bahawa Sunni secara keseluruhan mengakui Iran yang majoriti penduduknya Muslim Syiah, sebagai negara Islam. Meski demikian, ia tetap mengkritik Tehran yang dianggapnya sedang berupaya menyebarkan doktrin Syiah ke Timur Tengah. Tudingan yang dibantah Iran.
Syeikh Qaradawi satu suara dengan Iran yang menuntut agar para pegawai AS dan Israel harus diadili kerana telah melakukan jenayah perang di sejumlah negara Muslim. Secara khusus, Qaradawi mengecam Mahkamah Kriminal Internasional yang bersikap diam melihat kejahatan perang AS di Iraq dan kejahatan perang Israel di Gaza, Palestin.
Qaradawi menegaskan bahawa bekas presiden AS, George W. Bush harus diseret ke pengadilan atas invasinya ke Iraq yang telah mengorbankan ratusan ribu rakyat awam di Iraq. Hal serupa juga harus dilakukan terhadap mantan PM Israel, Ehud Olmert yang telah melakukan jenayah perang di Gaza.



Image
Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad

Quote:
DOHA: Presiden Iran berkata semalam, sebarang serangan Israel terhadap negaranya akan bermakna kemusnahan terhadap negara Yahudi itu.

Kedua-dua negara saling mengancam satu sama lain berhubung sengketa mengenai program nuklear Iran.

Israel dan Amerika Syarikat serta beberapa negara lain percaya Iran berhasrat menghasilkan senjata atom menerusi program berkenaan meskipun Teheran menafikannya.

“Sebarang serangan terhadap Iran akan bermakna kemusnahan bagi wilayah Yahudi itu,” kata Mahmoud Ahmadinejad ketika melawat Dubai.

“Iran tidak peduli mengenai wilayah itu kerana ia kini menuju kepada kehancuran,” kata Mahmoud.

Pemimpin itu juga berkata, beliau sangsi Israel atau Amerika Syarikat berani menyerang Iran kerana mereka tahu negara itu sudah bersiap sedia untuk melancarkan serangan balas secara besar-besaran
sumber.....:..http://pikiaq.freeforums.org/

Post a Comment

0 Comments