✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿

.............AhLAn WaSaHLaN............


..:::::::BERSABARLAH DUHAI HATI DALAM BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU:::::::..

Tuesday, July 31, 2012

Delay masuk syurga?


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Nabi yang telah banyak berkorban dan berjuang untuk Islam dan ummat Baginda,kita.
Sebelum nak mula nak cerita sikit tentang Rasulullah dan sahabat menahan lapar.Sorang sahabat lapa,tak da makanan waktu tu,dia pown ikat seketul batu kat perut.sebab nak tahan lapar.lepas solat,para sahabt pakat tunjuk perut masing2...last sekali Rasulullah..dan Rasulullah ikat 2 batu kat perut..maknanya dah 2 hari Rasulullah tahn lapar..=') Semua nie untuk Islam, untuk ummat Baginda,kita.Bersyukurlah.

Ok..tajuk post kali ni..Kena tahan masuk syurga?

Actually,ni berkaitan dengan ceramah yang aku  dengar baru2 nie..aku lupa bila..alkisahnya begini..

Pernah marah kat orang?
Pernah buat salah kat orang?
Pernah mintak maaf kat orang?
Pernah tak nak maafkan orang?
Pernah?

Jawapannya..mestila pernah.tipu kalau tak pernah..kita nie kan manusia..ada sifat marah..sifat pemaaf..sifat geram..dan sifat lain2..


Pernah tak orang buat salah kat kita..pastu dia tak mintak maaf pown..or dia mintak maaf..tapi kita tak nak maafkan..??

Ustaz tu kata..kalau kita cakap macam nie:
'Aku maafkan dia,tapi aku doa Allah balas balik apa yang dia buat'

Opss.opss...nie maksudnya tak maafkan lagi.Kalau kita maafkan maknanya kita maafkan betul,dan tak harap Allah balas..tu baru dikira maaf..

Apa kaitan dengan tajuk post nie..

Ustaz tu cita..nanti kat akhirat..orang lain dah masuk syurga..kita tak dapat masuk lagi..
Pasaipa?
Pasaipa?

Pasai kes kita tak selesai lagi..kita tak maafkan kawan kita tuh..kita nak tunggu Allah adili..
Orang ajak p masuk syurga..
Kita kata..'xpa2..hang p dulu,kes aku tak selesai lagi nie'..

Tunggu..punya tunggu..
sampai la masa nak adili tuh..

Allah tanya..'hg nak tak maafkan dia'
'Tak mau,aku tak mau maafkan dia'

Allah tunjukkan kat kita..nikmat dan indahnya syurga..
'Hg nak masuk syurga tak?'
Kalau nak,ada syarat dia.Syarat dia,hang maafkan dia.

Sebabkan kita tak sabar nak rasai nikmat syurga tu..
kita pown akan kata..
'Aku maafkan dia'

Well..last sekali kita akn kata maafkan dia..
So..bek kita maafkan je orang yang sengaja buat salah or tak sengaja buat salah kat kita..
sebab nanti sebab kan tak nak maaf tu..
kita punya time nak masuk syurga kena delay..
sebab kes tak selesai lagi..


Kesimpulannya..maafkan orang .Manusia nie tak terlepas dari melakukan kesalahan .Tetapi orang yang paling baik ialah orang yang melakukan kesalahan tapi dia menginsafi dan tak mengulanginya lagi..

P/S: Cerita kat atas tu..aku cerita ikut apa yang aku ingat..tapi aku lupa yang detail punya..so..nanti aku try baca len note2 aku na..selamat berbuka=)



Friday, July 20, 2012

Sekali.


Salam Ramadhan.
Setahun hanya sekali.
Bulan digandakan pahala.
Bulan diturunkan Al-Quran.
Bulan adanya Malam Lailatul Qadar.
Malam adanya solat terawih.


Jom sama2 kita perbanyakkan amalan.
Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya.
InsyaAllah. 
=)

Monday, July 16, 2012

Saya suka awak.


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

Saya suka awak.
Saya suka awak sekarang.
Saya suka awak sebab awak cuba berubah.
Saya suka awak bila saya nampak awak pakai handsock.
Saya suka awak bila awak pergi jalan-jalan pown dah pakai handsock.
Biarlah orang nak kata apa,yang penting awak teruskan berubah..
sikit-sikit..lepas ni stokin pulak ea. ;)
Awak,saya tak berani nak tegur depan-depan.
sebab awak kawan saya.saya takut awak terasa.
eh..tak,saya anggap awak lebih macam adik saya-walaupun kawan saya.
saya tak da kekuatan nak tegur depan-depan.
apa yang telah terjadi pada saya membuatkan saya tak berani nak tegur face-to-face.
saya takut dah.
saya tak berani.
so..kalau awak baca blog ni.
saya nak awak tahu yang saya suka perubahan yang awak buat.
biarlah perubahan tu sikit tapi berkekalan.
teruskan perubahan tu.
saya suka awak.
saya sayang awak kerana Allah.
maaf,saya bukan kawan yang baik,
yang mampu menegur awak waktu awak salah.
saya tak mampu.melainkan doa.-lemahnya iman saya.
semoga Allah sentiasa berikan awak kekuatan.

awak.semua anggota badan kita kecuali tapak tangan dan muka adalah aurat.
kadang2 saya nampak awak tak pakai stokin.
bila lelaki nampak,awak tahu tak azab neraka bagi yang tak tutup aurat amatlah pedih.
saya bukan nak takutkan,tapi saya sayang awak.
macam mana saya nak bagi tahu yang saya sayang awak.
sebab tu saya tegur.
saya tak mampu dah..-takut- nak tegur depan-depan macam orang lain.
saya sedih sebab tak dapat nak tegur. ='

biar siapa pown awak.
saya nak awak tahu yang saya sayang awak.
dan saya akan sentiasa doakan awak dan awak.
semoga awak dan saya akan menjadi wanita solehah.ameen.

p/s : awak,saya mintak maaf sebab tak mampu nak tegur awak.maafkan saya.
saya sayang awak.='

Kucing comey (^.^)




Comeynya (^.^)



Actually,duk blogwalking jumpa tentang kucing.Memandangkan tak pernah update pasal kucing..so..jom baca tentang kucing..~


Rasulullah dan kucing.


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza..

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada tuannya.
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.



Dalam peristiwa lain,Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumah, nabi selalu menggendong mueeza (nama kucingnya) dan diletak  dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling nabi suka: 'Mueeza selalu mengeong ketika mendengar azan, seolah-olah ngeongnya seperti mengikuti alunan suara azan.

Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.

 Nabi menekankan di beberapa hadis bahwa kucing itu tidak najis. Bahkan diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

Kisah yang lain mengatakan Nabi Muhammad kadangkala menggunakan air mutlak yang pernah menjadi minuman Muezza digunakan untuk tujuan berwuduk bagi menggambarkan sifat penyayang dan kemurahan hati Nabi Muhammad SAW keatas kucingKebanyakan Muslim pada hari ini telah banyak memelihara kucing dan menyayanginya. 



Kajian tentang kucing.

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.


Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji :
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacterstreptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.



5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.


Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.



(rupa-rupanya kucing tak suka air-patut la kalau renjis air pown lari.. O.o -sorry kucing-)
Lihatlah kebesaran Allah melalui ciptaanNya =) Allahuakbar.


Ramadhan is coming





Ramadhan is coming.Ahlan wasahlan Ya Ramadhan.









Friday, July 13, 2012

Kisah tudung labuh.



Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Dah selawat hari ni? Jom selawat dulu 10 kali..

Post kali ni adalah bertajuk :
Kisah tudung labuh.
(tudung bulat@tudung bidang 60@tudung yg sewaktu dengannya)

Ehem..ehem..actually,kisah ni kisah aku..pengalaman aku..yang aku nak kongsi..dan aku harap kita akan sama-sama menjadi wanita solehah.amin.InsyaAllah.

Tudung labuh.
Keimanan tak diukur berdasarkan selabuh mana tudung yang kita pakai.Tapi aku pernah baca tulisan seorang senior ni.(a man).dia kata macam nie,aku rasa ada yang tahu siapa senior tu.

Dia kata:
'Orang yang pakai tudung labuh tak semestinya beriman,tapi orang yang beriman semestinya akan pakai tudung labuh'

Bila aku baca statement ni,lama aku pikir..apa yang dia nak sampaikan sebenarnya.Tapi pikir punya pikir,then,aku paham dah.Kalau korang nak paham..korang kena pikir la jugak..=)

Alhamdulillah,sekarang aku dah mula pakai tudung labuh.Tapi aku ingin jelaskan sejelas-jelasnya,bila pakai tudung labuh nie,tak bermakna aku sempurna.Aku pown manusia,sama ja macam korang,aku banyak kekurangan,dan aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar Allah kuatkan dan istiqamahkan aku bertudung labuh.Aku bukannya baik,cuma Allah tutup keaiban aku..Ya,tanpa Allah,aku lemah.Tanpa Allah,kita lemah.Aku share kisah nie so..aku nak korang tahu yang perubahan takkan berlaku secara drastik.Sapa yang tak nak berubah kan? Semua nak..so..kita berubah sikit-sikit..=) Sama-sama jadi wanita solehah.kita kena usaha.~

Ok..dulu waktu sekolah rendah,aku sekolah kat Selangor.Pagi sekolah kebangsaan,petang sekolah rendah agama.Kat situlah start aku blaja agama.Tapi tak ingat sangat pown.Yang aku ingat,blaja Bahasa Arab, alif arnabun itu arnab,ba babun itu pintu, ....(lagu blaja arab)..yang nie tak da kaitan dengan tudung pown sebenarnya..=D

Then,bila aku pindah Kedah,aku pown sekolah kat Sharifah Rodziah.Kat situ tudung aku tudung macam budak sekolah biasa,tak la macam budak sekolah agama.Dulu pernah sekali ,tengah belajar subject agama,ada gambar orang pakai tudung labuh kat dalam page tu.Lepas tu,ustaz yang ajar aku cakap,Ustaz Solahuddin nama dia,dia cakap'
'Ha,Hayatun,nanti kamu pulak pakai macam ni ye'

Waktu tu aku hanya mampu tersenyum je..Aku tak ingat aku pikir apa masa tu.Tapi alhamdulillah,mungin kata2 ustaz tu adalah doa,aku sekarang dah mula pakai.Doakan aku untuk istiqamah.

Then,bila tingkatan 4,aku masuk SMKAK.Ya.disinilah segalanya bermula.Bermulanya satu titik perubahan yang amat besar dalam hidup aku.-Aku sayang SMKAK-

Bila masuk sekolah agama,komfemla kan tudung pown kena pakai yang labuh,stokin kena pakai,handsock kena pakai,tapi waktu mula2 tu aku rasa macam satu peraturan sekolah je.Tapi bila dah lama2 pakai,dah jadi biasa,dan aku tahu yang semua tu adalah suatu tuntutan syariat Islam.

Bila kat SMKAK,aku jumpa ramai orang yang baik2,pakai tudung labuh.Ada seorang kak ni,nama dia Kak Lin,lembut,baik,aku suka tengok dia.Dia pakai tudung labuh.Bila tengok dia,aku teringin nak jadi macam dia,teringin nak tudung labuh.Waktu tu aku berdoa semoga Allah jadikan aku macam dia.Aku ada jugak jumpa sahabat2 yang baik2 kat SMKAK,especially yang dari Islah.Salah satunya,Humairak,aku panggil,Myrak,aku nak sangat jadi macam dia,,keluar pakai tudung labuh,or bidang 60.Baik sangat!Aku teringin nak jadi macam tu.Start dari situ aku try2 pakai.Kadang-kadang kalau keluar,aku pinjam tudung dia.Aku teringat lagi,aku pernah pinjam tudung colour merah kat dia nak keluar,bidang 60.

Kat SMKAK jugak,aku jadi BADAR.Aku rasa tak layak.Tapi takdir Allah itu ada hikmahnya.BADAR kena pakai tudung colour biru dan labuh.Aku nie mana la reti nak jahit tudung labuh(bhagian tengah),then aku mintak myrak jahitkan.

Myrak pernah kata kat aku, 'Yatun nak tolong Myrak tak,kalau nak,Myrak nak Yatun belajar jahit tudung labuh ni'.Aku pun angguk2 je masa tu.Tapi tak belajar pown.Duk tengok Myrak jahit je.Sampai sekarang tudung yang Myrak jahit tu aku pakai.Tudung colour biru.Terima kasih myrak.sayang Myrak. 
Tapi sekarang ,aku dah belajar.Aku dah reti jahit tudung labuh. =') 
Alhamdulillah,semua kerana Allah.

Seterusnya,akan bersambung.....

Maassalamah wailalliqa'





Wednesday, July 11, 2012

Apa benda nie?


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Ytconv.net.

Selalunya,masalah utama kat ipg nie,youtube tak leh bukak,nak tengok video pown payah.so..guna cara nie la nak tengok video tu...tak yah guna broadband..guna wifi je..download video tu guna ytconv.net nie..and it is free..~

Ok..sekarang aku nak ajar cara2 nak guna.

1.Bukak laman web nie:

http://www.ytconv.net/



2.Then,bukak google and type nama video yang korang nak.Contoh:



Then,copy link video tu.


Then,paste dekat ytconv.net .


Nak download tu...korang bleh pilih nak dalam bentuk apa.kalau nak dengar ja,amikla mp3..kalau nak video,mp4..or len2..


so..nanti dia akan keluar macam kat bawah nie..clik 'SKIP AD'



Lastly,bila korang dah tekan..dia akan download macam kat bawah ni.








Then,enjoy the video =)







Dah habih download..=D

So..sekarang boleh la download video yang korang nak tengok..kalau aku kat bainun ni...youtube kena block.so..kalau nak tengok video tu..aku download guna ni la..Video ustaz Azhar,Ustaz Don,Mat Lutfi,Anuar Hadi...mostly katam dah..weeee..=)



Friday, July 6, 2012

Aku tak layak!


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ,kekasih Allah,yang telah banyak berkorban untuk kita , hingga ke hujung nyawa Baginda.
Dah selawat hari ni? Jom selawat dulu,sepuluh kali.


Actually,pos kali ni aku cuma nak luahkan perasaan ja.Bagi aku,bila aku tulis kat blog,ada orang baca ke tak da ke..dapat mengurangkan apa yang aku rasa,sedih ke,apa2 je la...

PENAT!

Apa makna penat? Penat adalah letih.Aku sekarang ni agak sibuk la jugak.
1.Jadi ajk ihya' Ramadhan,jadi banyakla jugak benda nak diuruskan.
2. Usrah Ansarullah..ada bebarapa dugaan yang Allah berikan kepada kami dari segi kewangan dan tenaga,jadi sekarang ni,agak sibuk untuk atasi dugaan ni.
3.Ada task yang kena buat -subjeck berkaitan dengan kos yang aku ambil-lds,ldv,Pengantar pendidikan n lain2(bukanla banyak sangat,tapi ada)

Jadi memandangkan aku agakla bizi, ke sana ke mari,kadang2 tu,petang ada perjumpaan,malam ada lagi,kat bilik kadang2 ada,kadang2 tak da..macam chipsmore(tapi aku tak paham kenapa orang selalu kaitkan dengan chipsmore-sat ada sat tak da..=.='')

PENAT!

Ya,kadang2 aku rasa penat la jugak..TAPI..aku tak layak kata macam tu:::

SEBAB..

Apalah sangat penat aku nie kalau dibandingkan dengan penat Rasulullah.Rasulullah sebarkan Islam dengan susah payah-tak pernah kata penat.

Sahabat2 Rasulullah yang berjuang dengan Rasulullah,berperang,tak pernah kata penat.

Apalah sangat penat aku ni kalau dibandingkan dengan naqib dan naqibah aku,yang kena fikirkan pasal adik2,ada komitmen lain lagi,tapi sanggup luangkan masa dan mentarbiyah kami adik2.

Apalah sangat penat aku ni,ada ja masa nak makan,rilek2,facebook,
kalau bandingkan dengan Palestin yang sampai sekarang masih berjuang menegakkan Islam.

AKU TAK LAYAK NAK KATA PENAT!!!

Aku baru sibuk sikit ,dah kata penat..aku baru susah sikit..dah kata penat..So,say no too PENAT!

Allah lah sumber kekuatan .Bila kadang2 perasaan penat nie datang..Allah lah sumber kekuatan .Rasulullah lah sumber kekuatan.
=sumber kekuatan bg semua umat Islam=

Antara ayat al-Quran yang menjadi sumber kekuatan aku:
-ayat yang mengetuk dan menyedarkan aku-
=')

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh  menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
(As-Saff 61:10)

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(As-Saff 61:11)

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.
(As-Saff 61:12)


Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
(As-Saff 61:13)

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

Surah Muhammad:

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.


Kesimpulannya,kita especially aku tak layak kata penat..macam mana bizi pown kita,sibuk taqa mana pown..SABARLAH..dugaan dari segi DUIT ka TENAGA ka...SABARLAH..ingatlah yang semua yang berlaku adalah takdir Allah-ketentuan Allah-semua dari Allah..so..
BE STRONG - say no too penat!
AND
I'M GRATEFUL AND HAPPY DOING ALL THIS ~
it is a TARBIYAH...=)


p/s: 
Sahabat,BERSABARLAH dan INGATLAH,Allah kan ada..=)







Wednesday, July 4, 2012

Sorry.


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.aw.

Malam ni nisfu sya'ban.malam di mana amalan kita diangkat.tutup buku lama dan buka buku baru.
Jadi...
 saya..

Nur Hayatun Syamila binti Abdul Latif..

Ingin memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap.sengaja or tak disengajakan.
Kepada:

saudara mara,
Kawan2 n cikgu2(tadika,skkkb,srakkb, smktsr, smkak.kmpp,ipgktb),
n yang mengenali diri ini..

Ampun maaf dipinta.

Sanah helwah budak kecik!


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Sanah helwah budak kecik!

Dah cukup sebulan rupanaya adik aku ni,Nur Maisarah.Rasa macam baru je jaga mak aku kat hospital.Lepas bersalin,kena tahad wad,jangkitan kuman dalam darah,nak berjalan pown payah..

Sekarang Maisarah setahun,aku 20 tahun..nnti bila Maisarah 20 tahun aku pulak 40.InsyaAllah waktu tu,dia pulak yang jaga anak aku..tapi 
waktu tu ayah aku dah 70 tahun lebih,mak aku 60 tahun lebih..dah makin meningkat usia..
Semoga Allah memanjangkan umur ayah and ibu.love u forever~



My youngest cute sis! 




Kek besday Maisarah.














Nur Nabilah,5 years old,' nie besday adik jugak,ibu dah janji nak smbut 2 kali'...=D

To Maisarah:

Nanti dah besar jadi anak yang solehah,dapat tolong ayah and ibu.Dulu,waktu lahirkan Maisarah,akak dapat tengok susah payah ibu jaga Maisarah,ayah ambil cuti,bayar bil hospital.So..walaupun akak taw yang Maisarah memang tak boleh baca lagi,baru setahun=.='', tapi kowt la nanti kalau dah besar,boleh baca..=)

Bila dah besar cam ni,jaga adik,baru dapat rasa macam mana susah payah ayah dan ibu jaga kami semua,6 orang anak kowt! waa..sayang ayah and ibu..forever..dunia akhirat..


Blaja tentang blog kat sini..=)