Subscribe Us

header ads

Kisah tudung labuh.



Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Dah selawat hari ni? Jom selawat dulu 10 kali..

Post kali ni adalah bertajuk :
Kisah tudung labuh.
(tudung bulat@tudung bidang 60@tudung yg sewaktu dengannya)

Ehem..ehem..actually,kisah ni kisah aku..pengalaman aku..yang aku nak kongsi..dan aku harap kita akan sama-sama menjadi wanita solehah.amin.InsyaAllah.

Tudung labuh.
Keimanan tak diukur berdasarkan selabuh mana tudung yang kita pakai.Tapi aku pernah baca tulisan seorang senior ni.(a man).dia kata macam nie,aku rasa ada yang tahu siapa senior tu.

Dia kata:
'Orang yang pakai tudung labuh tak semestinya beriman,tapi orang yang beriman semestinya akan pakai tudung labuh'

Bila aku baca statement ni,lama aku pikir..apa yang dia nak sampaikan sebenarnya.Tapi pikir punya pikir,then,aku paham dah.Kalau korang nak paham..korang kena pikir la jugak..=)

Alhamdulillah,sekarang aku dah mula pakai tudung labuh.Tapi aku ingin jelaskan sejelas-jelasnya,bila pakai tudung labuh nie,tak bermakna aku sempurna.Aku pown manusia,sama ja macam korang,aku banyak kekurangan,dan aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar Allah kuatkan dan istiqamahkan aku bertudung labuh.Aku bukannya baik,cuma Allah tutup keaiban aku..Ya,tanpa Allah,aku lemah.Tanpa Allah,kita lemah.Aku share kisah nie so..aku nak korang tahu yang perubahan takkan berlaku secara drastik.Sapa yang tak nak berubah kan? Semua nak..so..kita berubah sikit-sikit..=) Sama-sama jadi wanita solehah.kita kena usaha.~

Ok..dulu waktu sekolah rendah,aku sekolah kat Selangor.Pagi sekolah kebangsaan,petang sekolah rendah agama.Kat situlah start aku blaja agama.Tapi tak ingat sangat pown.Yang aku ingat,blaja Bahasa Arab, alif arnabun itu arnab,ba babun itu pintu, ....(lagu blaja arab)..yang nie tak da kaitan dengan tudung pown sebenarnya..=D

Then,bila aku pindah Kedah,aku pown sekolah kat Sharifah Rodziah.Kat situ tudung aku tudung macam budak sekolah biasa,tak la macam budak sekolah agama.Dulu pernah sekali ,tengah belajar subject agama,ada gambar orang pakai tudung labuh kat dalam page tu.Lepas tu,ustaz yang ajar aku cakap,Ustaz Solahuddin nama dia,dia cakap'
'Ha,Hayatun,nanti kamu pulak pakai macam ni ye'

Waktu tu aku hanya mampu tersenyum je..Aku tak ingat aku pikir apa masa tu.Tapi alhamdulillah,mungin kata2 ustaz tu adalah doa,aku sekarang dah mula pakai.Doakan aku untuk istiqamah.

Then,bila tingkatan 4,aku masuk SMKAK.Ya.disinilah segalanya bermula.Bermulanya satu titik perubahan yang amat besar dalam hidup aku.-Aku sayang SMKAK-

Bila masuk sekolah agama,komfemla kan tudung pown kena pakai yang labuh,stokin kena pakai,handsock kena pakai,tapi waktu mula2 tu aku rasa macam satu peraturan sekolah je.Tapi bila dah lama2 pakai,dah jadi biasa,dan aku tahu yang semua tu adalah suatu tuntutan syariat Islam.

Bila kat SMKAK,aku jumpa ramai orang yang baik2,pakai tudung labuh.Ada seorang kak ni,nama dia Kak Lin,lembut,baik,aku suka tengok dia.Dia pakai tudung labuh.Bila tengok dia,aku teringin nak jadi macam dia,teringin nak tudung labuh.Waktu tu aku berdoa semoga Allah jadikan aku macam dia.Aku ada jugak jumpa sahabat2 yang baik2 kat SMKAK,especially yang dari Islah.Salah satunya,Humairak,aku panggil,Myrak,aku nak sangat jadi macam dia,,keluar pakai tudung labuh,or bidang 60.Baik sangat!Aku teringin nak jadi macam tu.Start dari situ aku try2 pakai.Kadang-kadang kalau keluar,aku pinjam tudung dia.Aku teringat lagi,aku pernah pinjam tudung colour merah kat dia nak keluar,bidang 60.

Kat SMKAK jugak,aku jadi BADAR.Aku rasa tak layak.Tapi takdir Allah itu ada hikmahnya.BADAR kena pakai tudung colour biru dan labuh.Aku nie mana la reti nak jahit tudung labuh(bhagian tengah),then aku mintak myrak jahitkan.

Myrak pernah kata kat aku, 'Yatun nak tolong Myrak tak,kalau nak,Myrak nak Yatun belajar jahit tudung labuh ni'.Aku pun angguk2 je masa tu.Tapi tak belajar pown.Duk tengok Myrak jahit je.Sampai sekarang tudung yang Myrak jahit tu aku pakai.Tudung colour biru.Terima kasih myrak.sayang Myrak. 
Tapi sekarang ,aku dah belajar.Aku dah reti jahit tudung labuh. =') 
Alhamdulillah,semua kerana Allah.

Seterusnya,akan bersambung.....

Maassalamah wailalliqa'





Post a Comment

0 Comments