✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿

.............AhLAn WaSaHLaN............


..:::::::BERSABARLAH DUHAI HATI DALAM BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU:::::::..

Saturday, March 6, 2010

Puisi dariku..

Semua manusia akan mati,
Hidup sendiri di alam kubur,
Bila mana dihidupka kembali,
Berhimpunlah pula di padang masyar.

Di sana nanti kehidupan berbeza,
Kita dihitung mengikut amalan,
Jika dosa melebihi pahala,
Masuklah kau ke neraka Jahannam.

Namun itu harap disimpang,
Syurga Jannah pilihan hati,
Bersama-sama kita terus berpegang,
Dengan Alquran dan sunnah Nabi.

Jadilah ikan dilaut masin,
Airnya masin namun ia tidak,
Walaupun kita hidup di zaman moden,
Janganlah hidup tiada akhlak.

Allah itu Tuhan yang Esa,
Memberi nikmat kepada kita,
Tapi mengapa ada yang leka,
Tidak bersyukur bahkan alpa.

Syaitan itu musuh yang nyata,
Menghasut manusia ke neraka,
Kuatkan iman jangan terpedaya,
Kelak bahagia di akhirat sana.

Bila manusia mula leka,
Yang haram ya,yang halal tidak,
Mohon kita pada yang Esa,
Moga dipelihara dijaga akhlak.

Blaja tentang blog kat sini..=)