✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿

.............AhLAn WaSaHLaN............


..:::::::BERSABARLAH DUHAI HATI DALAM BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU:::::::..

Tuesday, November 1, 2011

Pesanan Sheikh Ahmad Yassin =')


assalamualaikum...=)

alhamdulillah...subhanallah...allahuakbar....

Post kali ini aku nak cerita tentang program yang diadakan kat maktab aku semalam..Program bersama MAPIM...dan 2 orang muslimah daripada Gaza ..

Program tu dimulakan dengan ucapan pendahuluan oleh pengacara majlis..ustaz dari maktab aku...dan kemudian diteruskan dengan ceramah oleh 2 orang pejuang Palestin..bahasa yang digunakan pulak..bahasa arab dan English...alhamdulillah,aku masih boleh faham sikit2 bila dia cakap arab...nasibla  blaja arab kat sekolah menengah...dan memang aku sangatla jeles bila budak2 arab sembang dengan diorang..lancar je...(aiseh,tak habes2 jeles...hehe..xpe2,jeles benda baik)..Tapi bila cakap arab tu,yang lagi sorang tolong translate ke bi...kalau tak memang tak sampai la message kan...

ha,ni boleh masuk bab communication ni under Social Study...barrier of communication which is language..ok...tak mau cakap pasal ni...=.=''



Antara mesej yang disampaikan...tentang berita2 terbaru tentang Gaza...sebelum diorang nak mai Malaysia...rakyat Palestin tengah bergembira menyambut kepulangan tahanan dari Penjara Israel...kan diorang ada buat pertukaran tahanan tu..Israel sekarang nak cuba sedaya upaya keluarkan askar diorang yang ditahan di Palestin.....ceh,menyampah aku kat Israel..dia yang duk tahan ramai rakyat Paletin ..duk hingaq lebih!!!!!!!!!!


Mereka juga memohon kita untuk sentiasa mendoakan mereka dan ucapan terima kasih juga diberikan kepada organisasi dari Malaysia seperti Aman Paletin ,Aqa Syarif dan rakyat Malaysia yang banyak membantu Palestin..=)

Seterusnya,ceramah diberikan oleh seorang pensyarah kami,...dan seperti biasa,video tentang paletin ditunjukkan...(betul bm aku nie..huhu)...sedih video tu,tentang anak yatim...first time aku tengok video tu...='(

Then,sesi soal jawab..memandangkan banyak bahasa yang digunakan waktu program ni..banyak bahasa jugakla yang digunakan untuk bertanya soalan..sorang tanya dalam arab...sorang bi...dan yang last bm...hehe...

Dan akhirnya,warga dewan dibacakan wasiat Sheikh Ahmad Yassin..peringatan yang beliau berikan...tersentuh dengar walaupun itu bukan pertama kali aku dengar...
Jadi..sesuailah dengan tajuk post kali ni...aku sertakan pesanan beliau kat bawah ni..
..
...
.........

SYEIKH AHMAD YASSIN 1938-2004
Assyahid Shikh Ahmad Yassin...Allahuakbar...!!
Wahai anak-anakku, 
telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mu1ia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, 
aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.




Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. 







Wahai anak-anakku, 
aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, 
aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, 
aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.



Blaja tentang blog kat sini..=)