✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿

.............AhLAn WaSaHLaN............


..:::::::BERSABARLAH DUHAI HATI DALAM BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU:::::::..

Tuesday, June 26, 2012

Ikhwanul Muslimin menang! Allahuakbar!


KAHERAH - Ikhwan Muslimin Mesir, pertubuhan politik paling tersusun di negara itu, memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum bebas pertama, sekali gus memberikannya peranan besar dan kedudukan kukuh untuk merangk perlembagaan baru.

Parti Salafist Nour berada di tempat kedua.

Ikhwan Muslimin yang diharamkan ketika kepimpinan bekas Presiden Hosni Mubarak muncul pemenang dalam pilihan raya umum Parlimen. Ia memperoleh dua pertiga kerusi sebagaimana diramalkan sebelum ini.

Parti Kebebasan dan Keadilan diterajui Ikhwan Muslimin memberi jaminan kepada kesemua rakyat Mesir bahawa setiap orang akan ada suara di Parlimen.

Di bawah sistem pilihan raya yang kompleks, dua pertiga atau 332 kerusi di dewan rendah ditentukan menerusi perwakilan berkadar, berdasarkan parti-parti bertanding. Baki satu pertiga ditandingi orang perseorangan.

Berdasarkan keputusan akhir diumumkan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya semalam.

Rakyat Mesir telah membuang undi dalam tiga peringkat sepanjang enam minggu lalu untuk memilih 498 wakil rakyat.

Seramai 10 lagi akan dilantik oleh pihak tentera yang memerintah.
 Sumber : http://www.sinarharian.com.my/global/parti-diketuai-ikhwan-muslimin-menang-besar-pru-mesir-1.19551


Pengasas Ikhwanul Muslimin: Imam As-Syahid Hassan Al-Banna


Sumber : facebook


     
         ISTERI MURSI ULANGI TOLAK GELARAN 'WANITA PERTAMA' TETAPI 'KHADAM PERTAMA'


Isteri Presiden Mesir, Puan Najla' Mahmud mengulangi pendirian beliau sebelum ini menolak gelaran 'Wanita Pertama' untuk dirinya. Beliau turut mengulangi ucapan suaminya semalam bahawa Presiden tidak memiliki apa-apa hak melainkan kewajipan yang mesti ditunaikan yang berbeza dengan rakyat yang mempunyai hak sambil menggelarkan dirinya sebagai 'Khadam Pertama' bagi menggantikan gelaran 'Wanita Pertama'.

Kata Najla' lagi, sesiapa boleh memanggilnya dengan "Ummu Ahmad" atau "Saudari Najla" atau juga "Hajah Najla" sambil mengingatkan bahawa Islam tidak pernah membezakan antara satu sama lain.

Selepas suaminya diumumkan sebagai Presiden, aktiviti pertama beliau ialah menziarahi ibu As-Syahid Mahmud Sulaiman, seorang pemuda yang terkorban dalam revolusi yang berasal dari wilayahnya, Syarqiyah

Kata Najla' lagi, sesiapa boleh memanggilnya dengan "Ummu Ahmad" atau "Saudari Najla" atau juga "Hajah Najla" sambil mengingatkan bahawa Islam tidak pernah membezakan antara satu sama lain.
Selepas suaminya diumumkan sebagai Presiden, aktiviti pertama beliau ialah menziarahi ibu As-Syahid Mahmud Sulaiman, seorang pemuda yang terkorban dalam revolusi yang berasal dari wilayahnya, Syarqiyah.
Sumber : Facebook.  

  ALLAHUAKBAR! Ikhwanul muslimin menang! Alhamdulillah. Sesungguhnya janji Allah itu pasti.



Pahala di facebook,





Ha..ni la antara salah satu cara kita nak tambah saham untuk akhirat.
Niat nak sebarkan ilmu.
Senang je kan.Just click 'Share'..
Kadang2 kita nak update status pasal agama takut salah..
So..kalau jumpa maklumat aku something yang bermanfaat untuk orang lain..
Tekan je share.
Sekurang2nya bila kawan kita baca..kita dapat pahala gak..
pastu kawan kita pulak share ilmu tu kat orang lain..

Senang kan nak dapat pahala.
Kita amalan dah la tak banyak..kalau meninggal pown tak yakin cukup ke tak amalan nak ke syurga..
At least,benda kecil2 nie la yang insyaAllah dapat bantu tambah amalan kita.
InsyaAllah..Niat kerana Allah ..ok =)

Monday, June 25, 2012

Pernah jumpa tak?


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi yang mencintai kita sehingga kehujung nyawa.Ummati.Ummati.Ummati.

Pernah jumpa tak?

Pernah jumpa tak seorang sahabat atau senior atau sesiapa ja bila kita jumpa dengan dia..
lepas sembang2 dua tiga minit..dia akan tanya soalan macam ni :

Dah selawat hari ni selain waktu solat?
Qiamullail ada buat untuk minggu nie?
Dan solan2 yang sewaktu dengannya..

Pernah jumpa tak seseorang yang macam ni?

Ya atau tidak?
Jawapannya sila simpan dalam hati na sebab tak dapat dengar pown jawapan kalau cakap.

Jawapan aku: Ya

Aku telah berjumpa dengan seorang kak yang macam ni.
Kak ni Tesl jugak,dia diberi taujihad untuk jaga aku untuk usrah Ansarullah.
Kira seorang kak akan jaga seorang adik.
Kak ni banyak sangat bagi tunjuk ajar dan dorongan kat aku.
Bagi aku kak ni lah sumber rujukan utama aku bila aku ada masalah lebih2 lagi berkaitan Tesl.
Dia merupakan seorang mujahidah yang amat aku hormati.

Setiap kali aku jumpa kak ni.
Kak ni mesti akan tanya soalan2 yang macam kat atas tu..
Dan semua solan tu buat aku terseptap.
Terseptap sebab apa?
Sebab ada yang aku tak dapat buat pown.Aku kadangkala terlalu leka smpai terlupa dan lalai dari menambahkan amal ibadat aku..

Alhamdulillah..aku sangat bersyukur sebab Allah memperingatkan aku melalui kak ni.
Terima kasih kak ..
(Nama dirahsiakan.Tapi kalau budak IPGKTB mesti dah taw sapa kan..banyak dah bagi klu..)

Dan aku memang amat bersyukur sebab aku diberikan bukan seorng dua tapi ramai kak2 dan sahabat2 yang boleh membimbing aku kat maktab ni.
Memperingatkan, menasihati dan lain2.

Sesungguhnya rancangan Allah tu adalah yang terbaik untuk kita kan..
Sekarang sedikt demi sedikit hikmah aku dimasukkan ke maktab ni dah terungkai..
Dan suatu hari nanti,..aku akan nampak dengan lebih jelas hikmah Allah letakkan aku di sini..
InsyaAllah.

I'm grateful to be here.
Alhamdulillah..=')




Sunday, June 24, 2012

I miss them =)






I really miss them.

May Allah give us a chance to meet again.
Hope so.InsyaAllah.







Sunday, June 10, 2012

Bukan karpet merah.


Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Man qola lailahaillah fahuwa da'ie
Sesiapa yang mengucap Tiada tuhan melainkan Allah adalah daie

Apa maksud daie’ .Maksudnya ialah pendakwah. Sapa pendakwah ? Siapa yang mengucapkan lailahaillah..maknanya kita semua. Kita yang dilahirkan sebagai seorang muslim, yang mengaku Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.

Kadang2 kita meletakkan tugas sebagai pendakwah nie kepada ustaz2,kepada orang yang belajar agama sahaja tapi kita lupa yang kita semua adalah daie. Pendakwah. Kita lupa yang kita juga adalah daie.
Tapi sebagai seorang dai’,bukan sesuatu yang mudah. Mengajak kepada kebaikan bukan sesuatu yang mudah. Ya.susah.!


Menitiskan air mata, terasa hati itu perkara biasa. Ya, perkara biasa. Kadang2 kita nasihat orang ,bagi tau yang benda tu salah, tapi dia marah, tak pedulikan kita ,ambil masa yang lama nak terima. Tapi lepas tu dia buat balik salah tu. Apa perasaan korang kalau  orang yang kita tegur, buat balik salah tu. Rasa macam nak putus asa kan? Rasa geram dan fikir ‘Lantak pi kat hg la…suka hati hg nak buat apa.Lepas nie aku tak mau masuk campur dah.Lantak p nak jadi apa!’ Pernah pikir macam nie?

Ya, aku akui aku pernah rasa macam nie. Aku rasa nak give up…sedih sebab apa yang kita nasihat orang buat tak taw ja. Macam curah air kat daun keladi..
Tapi sebenarnyaapa yang aku pikir nie salah. Bila aku cerita masalah ni kat seorang kak ,dia nasihat aku..

Antara nasihat dia:

Hayatun:
Jalan nak mengajak kepada kebaikan, sebagai pendakwah nie
bukan dihamparkan dengan karpet merah.
Bukan kerja yang senang. Kalau kita rasa senang tu maknanya bukan jalan dakwah namanya.
 Dulu, zaman Rasulullah, betapa payahnya Rasulullah nak ajak orang kearah kebaikan .
 Macam2 dugaan kan?
Rasulullah yang maksum, yang mulia pown hadapi kepayahan,inikan pula kita sebagai manusia biasa.
Bersabarlah.Kita dah tegur sahabat kita tu, kita dah jalankan tugas kita. Ingatlah kita hanya mampu menyampaikan tapi Allah yang memberikan hidayah. Sama2lah kita mendoakan supaya orang yang kita tegur tu akan berubah.Bersabarlah. Jangan putus asa. Teruskan berdoa.Jalan dakwah memang payah. 
Tapi ingatlah‘Kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita. (Surah Muhammad ayat 7)
=’) Allahuakbar.

Tugas kita untuk menyampaikan,tapi Hidayah itu milik Allah s.w.t.

Kenapa aku nak kongsi kisah nie?? Sebab aku rasa bukan aku sorang alami perasaan nie. Jadi kowt2 la korang rasa apa yang aku rasa, mungkin nasihat kak tu  dapat bagi sedikit kekuatan.

‘Tiada istilah putus asa dalam perjuangan kerana jika Rasulullah putus asa dulu, sudah tentu kita tak dapat menikmati nikmat Iman dan islam sekarang’.
‘Kalau kita tak buat, sapa lagi? ‘ Kata sayang kat Rasulullah,tapi apa yang kita buat untuk teruskan perjuangan Nabi?’ Tepuk dada,tanya iman.

Semua yang tertulis ni bukan untuk mengingatkan orang lain ja, tapi untuk peringatan buat diri aku sendiri. Wallahua’lam.

Friday, June 8, 2012

Orang tua yang terpinggir.


Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

90% dihantar oleh anak2 dan dibiarkan tanpa sebarang follow up..!

Ada kisah- Sorang mak cik ni anak dia kata tunggu sat kat jalan ni, 2 3 jam lepas tu, tak mai2,taw lah rupanya nak tinggalkan dia.

Pak cik Iskandar-kudung kaki,banyak kali rawatan,mana pergi anak2 dia?

(Rancangan Imam Muda-lawatan ke rumah orang tua2 al-Ikhlas)

Mood: Sedih..kesian kat pak cik & mak cik kat rumah orang tua tu.='(
My wish : Teringin nak p melawat kat rumah orang tua2...
-impian lama yang masih belum tercapai.InsyaAllah,suatu hari nanti-

Semoga kita tak menjadi seperti si tanggang.


Ya Allah,ampunilah dosa kami,dosa kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami semasa kami kecil2 dahulu.amen.




Thursday, June 7, 2012

Kalaulah boleh tumbuk!!



Alhamdulillah atas nikmat iman dan ihsan.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w  dan keluarga Baginda.

Kalaulah boleh tumbuk!! Dush!Dush! Err..geram! Tak bolehka hg tak kacau hidup aku,dah aku kata tak suka,means tak suka la..aku benci hg!Benci hg!!
Awatla selalu sangat kacau hidup aku,time kat maktab kacau,waktu cuti lagi la dasyat.satu keja pown tak jadi.Huh!Awat hg suka kacau ak ha..Encik yang bernama  @##$#$%$&^%%$$### !!!!!!!

Susah sangat ka nak paham! P men jauh2 dah la.Aku taw la memang suma orang hg kacau tapi aku nie jenis lain.Kalau hg kacau aku,satu keja tak jadi.Macam mana aku nak buat tak taw,aku manusia.Aku tak tawla macam mana orang boleh tahan dengan hg,boleh plak buat tak tahu je,boleh je jadi keje macam biasa.Aku rasa aku ada dulu sifat macam ni,buat tak taw  je,tapi aku tak tahu la sekarang nie,hg semakin menghantui hidup aku..Benci! Benci!

Aku nak buat keja.Tolongla paham.Aku cuba nak buat tak taw ja kat hg.tapi asal nak buat keja ja,hg mai.Nak cocentrate pown tak boleh!Kalaula aku boleh tumbuk hg.Dush! Dush!

Tapi aku tawla nak atasi hg,aku yang kena kuatkan diri aku.Ya,aku kena lawan dengan hg.Buat tak taw je kat hg then sambung keja macam biasa.

Well, keja aku dahla tak start lagi,suma sebab hg! Benci!Tinggal seminggu je lagi cuti taw!

Ok,fine.memang salah aku.Hg suma betulkan? Kalau aku salahkan hg pown,orang akan kata,'hg la salah Hayatun.Awat hg p duk ikut dia,layan dia'.

Ok.fine.Aku salah.Aku pown malas nak masuk campur hal hg.Aku manusia.Hg...? Entah,bukan manusia sudah pasti.

K,fine.Aku salah.Aku berazam,Esok klau hg tetiba kacau aku bila aku nak start buat keja,aku buat tak taw je.Ish,kalau la aku boleh tumbuk hg.Memang lama aku tumbuk p masuk jel.tak yah kacaw aku dah.

Huh! =.=''

p/s : Kalaulah aku boleh tumbuk Encik _ _ _ _ _ ! Boleh tak korang tolong bagi tips macam mana nak buat tak taw kat Encik _  _ _ _ _  !!!!!












 
Satu tips oleh cik Roza yg comel !
Nak atasi Encik ? ? ? ? ?..tulis besar2 kat keja yang lecturer bagi..'AWAT AKU NI ? ? ? ? ? SANGAT AH?''..

Thanks 4 the tip ..haha..=D



? ? ? ? ? 

ENCIK MALAS

p/s : Encik Malas bukanlah seorang manusia.


Wednesday, June 6, 2012

Aku jabat tangan dengan lelaki =HALAL


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Berjabat tangan dengan lelaki adalah halal.Aku sebagai perempuan halal je nak berjabat tangan dengan lelaki KALAU lelaki tu adalah ayah aku,abang aku(tapi aku tak da abang),suami aku(aku belum ada suami lagi),pak cik aku(yang ni ramai)..ha.hat ni halal..




TAPI
Kalau dengana tunang?boleh dak? kalau dengan kekasih?boleh dak? kalau dengan kawan lelaki?boleh dak?boleh dak murid2?

Ha..nampak dah duk geleng2 kata tak boleh.Alhamdulillah,korang suma taw hukum kata tak boleh.HARAM.dosa.tak mau buat na..


Sat sebelum tu,nak cerita dulu.
Aku sangatla meminati satu rancangan memasak kat Astro ni,kira rancangan realiti la,kali ni hat lawan2 tu artis,kira lawakla la depa ni kan.Best jugakla tengok.

TAPI(tapi yang ke-2)
Aku pelikla bila artis laki dengan perempuan ni duk salam sesama depa.Ada hat kalah p salam dengan juri lelaki sebelum keluar sedangkan dia perempuan.Pastu kalau kumpulan menang duk peluk sama2 depa lelaki pompuan.Pastu duk anggap seorang yang tua sikit sebagai mak,p peluk,jabat tangan. 
Aku pelik.adakah mereka tak taw hukum dia Haram.Ya,maybe mereka tak taw.Tapi perasan dak budaya@culture ni semakin merebak kat negara kita.


Hat bek kita ikut,hat tak bek jangan ikut.



Aku bagi example yang lagi senang.waktu hari raya.Time nak p melawat rumah saudara mara dan jiran2.Kalau tengok sekarang,(apa yang aku  nampak) ,orang duk relaks ja salam2 sedangkan bukan mahram.Pernah sekali ni, aku p melawat rumah jiran kat kampung.Anak mak cik ni suma lelaki,kat luar sebelum masuk tu dia p hulur tangan kat aku,aku pun angguk je dengan senyum je  la,tak salam.sebab aku taw kata haram.Lelaki tu mungkin tak taw kowt.tak pala..

Contoh lain pulak,tengok rancangan Melayu sekarang,what i mean is drama or filem Melayu.Jabat tangan tu kira biasa dah.Macam duk promte pulak budaya@culture tu.

Hmm..sedih2.Kenapa la kita nak ikut culture orang putih ni.Taw dak culture tu ape? Kalau ikut Social Studies yang aku blaja,culture is the way of thinking, acting,behaviour and material object that together form the way of life.Example, macam orang Melayu ada buday die sendiri macam tu jugak la Indian and Chinese.

WALAUBAGAIMANAPUN(tukar la pulak,cek guna Tapi je)
Kita sebagai orang Islam,kenala ikut budaya Islam.bukan ikut SESETENGAH budaya Melayu,orang putih yang tak menepati syariat Islam.

Kes berjabat tangan nie,jom tengok apa kata Islam:

   Beberapa riwayat dari ‘Aisyah r.a. :

Telah berkata ‘Aisyah: “Tidak pernah sekali-kali Rasulullah Saw menyentuh tangan seorang wanita yang tidak halal baginya.” 
[HR. Bukhari Muslim].

Telah berkata ‘Aisyah: “Tidak! Demi Allah, tidak pernah sekali-kali tangan Rasulullah Saw menyentuh tangan wanita (asing), hanya ia ambil bai’at mereka dengan perkataan.” 
[HR. Bukhari Muslim].

Hadis tentang larangan menyentuh wanita:

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” [HR. Thabrani].

Hadis kat atas ni merupakan antara hadis2 yang berkaitan dengan berjabat tangan dengan bukan mahram ni.Kalau nak keterangan lebih lanjut boleh tanya pak cik google,banyak lagi hadis yang berkaitan or boleh tanya dekat ustaz2 .

As a conclusion, ikutla sunnah Nabi.Ikut apa yang Nabi dah ajar kat kita.Kalau sesuatu tu Nabi kata jangan buat,jangan buat.Kalau Nabi kata haram berjabat tangan dengan perempuan yang bukan mahram,maknanya Haram.(mungkin ada sesetengah situasi dibolehkan or diharuskan-sila rujuk ustaz)


p/s : Untuk keterangan lebih lanjut,sila rujuk ustaz2 or ustazah2 or mereka yang lebih arif tentang agama berdekatan anda. Renung2kan dan selamat beramal.=)

Tuesday, June 5, 2012

Kawin lari.


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Alhamdulillah atas nikmat kesihatan yang Allah berikan.

Kawin lari.
Kalau kawin lari nie rasanya tak payah nak explain dah kan..paham dah rasanya.Tapi kowt2 la kan tak paham..meh nak bagi taw maksud.Kawin lari bermaksud kawin dalam keadaan berlari. Means kawin waktu kita sedang berlari.Paham tak?

Gambar hiasan.
Hoho...tak eh,Kawin lari .kawin lari la.kawin kat tempat lain .lari dari keluarga or kenalan2 yang terdekat sebab nak kawin.Satu perkahwinan yang dirahsiakan kebiasaannya dan diakad nikahkan di negara luar seperti Thailand dan Indonesia.(Ini tafsiran aku sendiri.hat betul2 punya kena tanya kamus dewan..=D)

Actually(ayat biasa nak mula ayat),post kali ni berdasarkan rancangan Soal Asyraf kat Astro Oasis. Ini refleksi aku(err...sebab kan setiap assignmnt ade refleksi,so aku keja nak buat refleksi je..ni suma salah assgnmnt.=.='')

Ok..pada pandangan aku..aku amatla menentang kawin lari nie.Sebab apa? Sebab tak dapat keredhaan ibu bapa seterusnya tak dapat keredhaan Allah.

Redha Allah fi redha alwalidain.
Redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.

Selalunyalah orang yang kawin lari ni sebabnya dia tak dapat persetujuan dari ibu dan ayah dia untuk mengahwini pasangan dia. Or mungkin jugak dia takut nak bagi taw kat parents, dia nak kawin, dia pown kawin lari.Kadang2 ada yang kawin lari sebab ikut kata2 kekasih dia.Ah,satu perbuatan yang tak dapat diterima akal.

Bayangkan ea,seorang wanita sanggup meninggalkan mak ayah dia yang menjaga,mendidik, beri kasih sayang dari kecik sampaila besar,Then,sebabkan cinta kat kekasih hati yang baru kenal2 nie,sanggup tinggalkan mak ayah!What? I can't accept this.x x x 

Ya,nie la yang orang panggil, cinta itu buta. Bila cinta semuanya yang salah pown jadi betul.Yang haram pown jadi halal sebab cinta tu buta. Ya, cinta yang buta mata hati.Cinta yang buta sampaikan tak nampak salah yang dilakukan.Cinta yang dibutakan mata hati oleh syaitan.

'Ahh,hang pandaila cakap.Kena kat hg baru hg taw'.=.='' Tak.tak.saya hanya menyampaikan refleksi saya.saya tak benci  orang yang buat tu.cuma saya benci kat perbuatan salah yang dia lakuakan.


Iklan sebentar bersama UAI.xoxo.Klik untuk besarkan .



Ok.sambung balik.Jadi apa yang perlu kita buat kalau tak nak kawin lari. 
First, if u dah berkenan kat someone dan someone tu jugak sudi menerima u,means dia pown suka kat u. P jumpa mak bapak dia.

'mak cik dan pak cik, sebenarnya saya ni dah lama berkenan kat anak mak cik dan pak cik.Jadi, saya datang hari ni nak merisik. Kalau dia tak de sape2 , sya nak mai petik' 

' La..tu ka...hg nak mai merisik ka. Oh, tak da spa lagi nak mai petik anak mak cik. Dia habak dah,suh terima hg, hg sorang ja hat dia cinta'..

Huu..line clear nie. 
Eh, tapi waktu mai merisik ,keluarga yang mai ka, bakal suami kita yang mai??..Haha,maafla tak de pengalaman.

So..kalau dah berkenan, bawak jumpa mak ayah.Kalau mak ayah kita kata ok.Ok la tu,teruskan dengan masuk minang pastu kawin terus.Tok sah duk kawin lari..
Mak ayah nie,depa taw la nak analisis bakal suami kita tu lagu mana.Depa makan garam banyak dah. Nak berlakon pown payah la kecuali dia Aaron Aziz.Kalau menipu pown tak sedaq sebab terel sangat berlakon.

'Alhamdulillah,kalau ni la bakal menatu aku,insyaAllah,aku pown rasa senang hati nak lepaskan anak aku'..(kata mak cik Faridah dan Pak cik Latif dalam hati)(sedihla pulak nak tinggal mak ayah)
=.=''





TAPI..
klau mak ayah kata ..
TAK BOLEH!!!

Ha,luquh jantung .kita sama2 berkenan tengok2 mak ayah kata TAK BOLEH! sedih2..ha,nie nak kwin lari nie...!!
Wait!! Inilah masanya kita nak mulakan teknik musyawarah.
Habak kat mak ayah kita dia nie lagu mana.habak cara bek2.
Bincang bek2,kowt depa kata OK plak..

Kalau tak ok jugak.
Terima jelah.Redha.mungkin mak ayah kita nampak smthing yang tak kena kat dia.
Kita orang muda mana nak taw,kita waktu tu tgah buta. cinta kan buta.
So..selamat tinggal..kekasih hatiku..
Xpa..percayalah.Ada yang terbek untuk kita masa kedpan nie..
Kadg2 mak ayah nie sebnqnya nak uji ja..haha(pandai2 je aku kan)

Tapi aku tak mau lagu nie. InsyaAllah, ibu dan ayah aku berkenan kat orang yang aku berkenan,bakal suami aku la..insyaAllah.takut jugak kan kalau diuji lagu nie.


While blog walking, i found this. It really a good advice for me and those girls out there.




Ok..dah la tu..kiranya..kalau tak mau kawin lari .Sebelum apa2,kita bagi pekenai dulu kat mak ayah.
dan lelaki yang baik,kalau betul2 la dia tu cinta kita.Dia mesti jumpa mak ayah kita dulu.
Kalau dia tak mau jumpa tuh..something wrong somewhere..
Ha la, bukan nanti nak kawin kena jumpa jugak kan..nak akad lagu mana.Nak lari taqa mana sampai tak mau jumpa mak ayah..Ish2..ingat na orang laki,dah berkenan tuh,p jumpa mak ayah pompuan tu dulu na.


Ok.kesimpulannya..(panjang cek berucap hari ni..hoho)

Kalau dah suka kat cek. Habak kat cek,mak ayh cek..
(pada msa yg sesuai,untuk tjuan perkhwinan only-no couple-not now)..kalau cek kata cek suka,maila masuk merisik.kalau tak suka-sorry na,Pastu kita bertunang then kawin.Kita kenal lebih2 lepas nikah na.Cinta after married.
Cek tak mau la kawin2 lari.Kesian mak ayah cek jaga dari kecik,cek nak redha mak ayah cek.
SAY NO TO KAWIN LARI.
Cek tak larat lari.penat.hoho.(lakonan semata2)







Sampai di sini sajalah aku berucap untuk post ni. I just want to share my opinion and it is up to you whether u like it or not because i don't care.Yea, i don't care.This is my blog, so.. i have the right to post anything that i want .If you don't like it, do not read it.Huu..dasyat dak ayat tu..just joking. =D..Aku akan sentiasa menapis apa yang aku tulis..Segala kata2 nasihat amatlah dialu2kan.Dan ini semua hanyalah pandangan aku yang aku nak share.
 This is my way to express the things that come out from  my mind..=)


K.salam..May Allah bless us.Always.InsyaAllah.

Saturday, June 2, 2012

Refleksi Kem.


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ,penghulu sekalian Nabi.

SMA Tarbiah Diniah



Actually post kali ni berkaitan dengan Kem Bina Insan yang aku pi kat SMA Tarbiah Diniah,Kulim.Banyak aktiviti yang kami lakukan dengan adik-adik dan antara aktivitinya ialah muhasabah.


Riadah.


Yes. Muhasabah diri. Kebanyakan kem yang islamic akan adakan muhasabah kan?
Waktu muhasabah adik2..
Aku teringat waktu dulu.
Waktu dimana aku dimuhasabah oleh kakak2.
Waktu tu aku form 2, 3..kak2 buat aktiviti yang sama.
Perkara yang dimuhasabah  pown lebih kurang sama.
Dan sekarang aku pulak yang memuhasabah adik2.


Malam muhasabah.


Menitis air mata.
Ya.menitis air mata.
Kerana takdir Allah itu indah.
Aku tak sangka yang aku akan ambil alih tempat kak2.
Jalan nie.
Jalan untuk aku mentarbiyah orang tapi dalam masa yang sama aku mentarbiyah diri aku.


Dulu, sorang ustaz pernah cakap kat aku.
'Kita bukan ja nak jadi soleh,kita nak jadi musleh!'
Dulu bila aku di sponser untuk terlibat dalam benda2 macam nie..
aku tolak.banyak alasan aku bagi.
sebab waktu tu aku baru form 5.
ilmu agama pown baru nak belajar dengan mendalam.


As time goes, Allahuakbar,Allah temukan aku dengan jalan ni.
Jalan yang pernah aku tolak dulu.
Ya,mungkin dulu aku tak bersedia.
Tapi sekarang.aku takkan tolak lagi.
Aku kena libatkan diri aku dengan benda nie.
at least aku dapat mentarbiyah diri aku.
nak harapkan kat maktab je. dah tentu tak cukup.

Dan aku berpegang  dengan kata2 ustaz tu.
'Kita bukan ja nak jadi soleh,tapi nak jadi musleh!'
Ma makna musleh?
Musleh bermaksud..mengajak orang kepada kebaikan.
Ya, insyaAllah.
Sama2 kita jadi soleh dan musleh..!

p/s :  Jom jadi fesi untuk kem2 anjuran kerajaan negeri.Ade kem bina insan n len2.Isi je borang.

Then, kat kem nie ramai gak senior smkak yang aku jumpa:
Mostly muslimin la mcm ustaz Azhar, ketua fasi kami,skrg kat Ipda.
Yang len macam pernah tngok,tapi tak brape ingat.
Waktu kursus fesi plak,jumpa Izzati. Die jadi fesi jugak.Tapi tempat kem berbeza.

Ukhuwah yang terjalin antara fasilitator muslimat mmg erat.
Seriously, seronok dengan diorang.
Nak buat keje same2 pown  best.
Ada yang dari insaniah,unisza,n ipg lain.


Nak bagi gmbar semua org ada.so amik depan cermin.
Nabila.ummi.ida.wani.hajar.k.nad/k.yani.aku.




Dan aku rindu adik2..
adik2 kumpulan iman.kumpulan 4.

Waktu presentation adik2.

Semoga ukhuwah yang terbina berkekalan dunia akhirat..
ameen.

Blaja tentang blog kat sini..=)