Subscribe Us

header ads

Bukan karpet merah.


Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Man qola lailahaillah fahuwa da'ie
Sesiapa yang mengucap Tiada tuhan melainkan Allah adalah daie

Apa maksud daie’ .Maksudnya ialah pendakwah. Sapa pendakwah ? Siapa yang mengucapkan lailahaillah..maknanya kita semua. Kita yang dilahirkan sebagai seorang muslim, yang mengaku Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.

Kadang2 kita meletakkan tugas sebagai pendakwah nie kepada ustaz2,kepada orang yang belajar agama sahaja tapi kita lupa yang kita semua adalah daie. Pendakwah. Kita lupa yang kita juga adalah daie.
Tapi sebagai seorang dai’,bukan sesuatu yang mudah. Mengajak kepada kebaikan bukan sesuatu yang mudah. Ya.susah.!


Menitiskan air mata, terasa hati itu perkara biasa. Ya, perkara biasa. Kadang2 kita nasihat orang ,bagi tau yang benda tu salah, tapi dia marah, tak pedulikan kita ,ambil masa yang lama nak terima. Tapi lepas tu dia buat balik salah tu. Apa perasaan korang kalau  orang yang kita tegur, buat balik salah tu. Rasa macam nak putus asa kan? Rasa geram dan fikir ‘Lantak pi kat hg la…suka hati hg nak buat apa.Lepas nie aku tak mau masuk campur dah.Lantak p nak jadi apa!’ Pernah pikir macam nie?

Ya, aku akui aku pernah rasa macam nie. Aku rasa nak give up…sedih sebab apa yang kita nasihat orang buat tak taw ja. Macam curah air kat daun keladi..
Tapi sebenarnyaapa yang aku pikir nie salah. Bila aku cerita masalah ni kat seorang kak ,dia nasihat aku..

Antara nasihat dia:

Hayatun:
Jalan nak mengajak kepada kebaikan, sebagai pendakwah nie
bukan dihamparkan dengan karpet merah.
Bukan kerja yang senang. Kalau kita rasa senang tu maknanya bukan jalan dakwah namanya.
 Dulu, zaman Rasulullah, betapa payahnya Rasulullah nak ajak orang kearah kebaikan .
 Macam2 dugaan kan?
Rasulullah yang maksum, yang mulia pown hadapi kepayahan,inikan pula kita sebagai manusia biasa.
Bersabarlah.Kita dah tegur sahabat kita tu, kita dah jalankan tugas kita. Ingatlah kita hanya mampu menyampaikan tapi Allah yang memberikan hidayah. Sama2lah kita mendoakan supaya orang yang kita tegur tu akan berubah.Bersabarlah. Jangan putus asa. Teruskan berdoa.Jalan dakwah memang payah. 
Tapi ingatlah‘Kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita. (Surah Muhammad ayat 7)
=’) Allahuakbar.

Tugas kita untuk menyampaikan,tapi Hidayah itu milik Allah s.w.t.

Kenapa aku nak kongsi kisah nie?? Sebab aku rasa bukan aku sorang alami perasaan nie. Jadi kowt2 la korang rasa apa yang aku rasa, mungkin nasihat kak tu  dapat bagi sedikit kekuatan.

‘Tiada istilah putus asa dalam perjuangan kerana jika Rasulullah putus asa dulu, sudah tentu kita tak dapat menikmati nikmat Iman dan islam sekarang’.
‘Kalau kita tak buat, sapa lagi? ‘ Kata sayang kat Rasulullah,tapi apa yang kita buat untuk teruskan perjuangan Nabi?’ Tepuk dada,tanya iman.

Semua yang tertulis ni bukan untuk mengingatkan orang lain ja, tapi untuk peringatan buat diri aku sendiri. Wallahua’lam.

Post a Comment

1 Comments

betul tu...

selain iman yg kuat, daie mesti punya ilmu yang meluas serta intelek yg hebat..

terutamanya dalam generasi Muslim hari ni, yang banyak cabaran dan dugaannya... :)