Subscribe Us

header ads

Aku jabat tangan dengan lelaki =HALAL


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Berjabat tangan dengan lelaki adalah halal.Aku sebagai perempuan halal je nak berjabat tangan dengan lelaki KALAU lelaki tu adalah ayah aku,abang aku(tapi aku tak da abang),suami aku(aku belum ada suami lagi),pak cik aku(yang ni ramai)..ha.hat ni halal..




TAPI
Kalau dengana tunang?boleh dak? kalau dengan kekasih?boleh dak? kalau dengan kawan lelaki?boleh dak?boleh dak murid2?

Ha..nampak dah duk geleng2 kata tak boleh.Alhamdulillah,korang suma taw hukum kata tak boleh.HARAM.dosa.tak mau buat na..


Sat sebelum tu,nak cerita dulu.
Aku sangatla meminati satu rancangan memasak kat Astro ni,kira rancangan realiti la,kali ni hat lawan2 tu artis,kira lawakla la depa ni kan.Best jugakla tengok.

TAPI(tapi yang ke-2)
Aku pelikla bila artis laki dengan perempuan ni duk salam sesama depa.Ada hat kalah p salam dengan juri lelaki sebelum keluar sedangkan dia perempuan.Pastu kalau kumpulan menang duk peluk sama2 depa lelaki pompuan.Pastu duk anggap seorang yang tua sikit sebagai mak,p peluk,jabat tangan. 
Aku pelik.adakah mereka tak taw hukum dia Haram.Ya,maybe mereka tak taw.Tapi perasan dak budaya@culture ni semakin merebak kat negara kita.


Hat bek kita ikut,hat tak bek jangan ikut.



Aku bagi example yang lagi senang.waktu hari raya.Time nak p melawat rumah saudara mara dan jiran2.Kalau tengok sekarang,(apa yang aku  nampak) ,orang duk relaks ja salam2 sedangkan bukan mahram.Pernah sekali ni, aku p melawat rumah jiran kat kampung.Anak mak cik ni suma lelaki,kat luar sebelum masuk tu dia p hulur tangan kat aku,aku pun angguk je dengan senyum je  la,tak salam.sebab aku taw kata haram.Lelaki tu mungkin tak taw kowt.tak pala..

Contoh lain pulak,tengok rancangan Melayu sekarang,what i mean is drama or filem Melayu.Jabat tangan tu kira biasa dah.Macam duk promte pulak budaya@culture tu.

Hmm..sedih2.Kenapa la kita nak ikut culture orang putih ni.Taw dak culture tu ape? Kalau ikut Social Studies yang aku blaja,culture is the way of thinking, acting,behaviour and material object that together form the way of life.Example, macam orang Melayu ada buday die sendiri macam tu jugak la Indian and Chinese.

WALAUBAGAIMANAPUN(tukar la pulak,cek guna Tapi je)
Kita sebagai orang Islam,kenala ikut budaya Islam.bukan ikut SESETENGAH budaya Melayu,orang putih yang tak menepati syariat Islam.

Kes berjabat tangan nie,jom tengok apa kata Islam:

   Beberapa riwayat dari ‘Aisyah r.a. :

Telah berkata ‘Aisyah: “Tidak pernah sekali-kali Rasulullah Saw menyentuh tangan seorang wanita yang tidak halal baginya.” 
[HR. Bukhari Muslim].

Telah berkata ‘Aisyah: “Tidak! Demi Allah, tidak pernah sekali-kali tangan Rasulullah Saw menyentuh tangan wanita (asing), hanya ia ambil bai’at mereka dengan perkataan.” 
[HR. Bukhari Muslim].

Hadis tentang larangan menyentuh wanita:

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” [HR. Thabrani].

Hadis kat atas ni merupakan antara hadis2 yang berkaitan dengan berjabat tangan dengan bukan mahram ni.Kalau nak keterangan lebih lanjut boleh tanya pak cik google,banyak lagi hadis yang berkaitan or boleh tanya dekat ustaz2 .

As a conclusion, ikutla sunnah Nabi.Ikut apa yang Nabi dah ajar kat kita.Kalau sesuatu tu Nabi kata jangan buat,jangan buat.Kalau Nabi kata haram berjabat tangan dengan perempuan yang bukan mahram,maknanya Haram.(mungkin ada sesetengah situasi dibolehkan or diharuskan-sila rujuk ustaz)


p/s : Untuk keterangan lebih lanjut,sila rujuk ustaz2 or ustazah2 or mereka yang lebih arif tentang agama berdekatan anda. Renung2kan dan selamat beramal.=)

Post a Comment

1 Comments

Anonymous said…
hebat laa cik atun ni. . terbaekkkk

*ak nk guna anonymous gak wpun hg xsuka