✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿

.............AhLAn WaSaHLaN............


..:::::::BERSABARLAH DUHAI HATI DALAM BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU:::::::..

Sunday, February 17, 2013

Baca.

Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Semalam dah update,hari ni update lagi..well.bila tak da kerja.jadi lagu ni.
Tak menulis.membaca.tak membaca. menulis.tidoooo.
Ok..actually, aku nak promote buku.
Buku yang aku beli dan pinjam.

Buku yang  baru dibeli :



1.Kiamat bukti dan alamat : oleh Pak Long.
2.Bingkisan Fikrah Pejuang :oleh Pak Long.

3.Embun Padang Pasir : oleh Ustaz Muhammad Mujahid.

4.Mahabbatur Rasul



Tapi hat baru dibaca ialah buku yang bawah nie..yang bertajuk Mahabbatur Rasul.Dalam buku nie ditulis  tentang ceramah2 yang diberikan oleh penceramah waktu Lantunan Mahabbah.Antaranya ialah Ustaz Haron Din, Sheik Zainul Asri dan lain2.



First chapter tentang mimpi Ustaz Haron Din mimpi bertemu dengan Rasulullah.Allah.walaupun aku hanya baca,tapi menitis jugak air mata aku.sedih.=' Bertuahnya dapat jumpa Rasulullah.



Chapter 2 . Bakal dibaca.Excited.



Antara isi kandungan buku nie:



So..buku nie #MUST READ#
Boleh beli kat Pejabat Paksi, atau kedai2 yang ada jual.Harga RM 26.
Boleh jugak dipinjam dari kawan2 yang ada =)


Then buku yang dipinjam dari Library IPG KTB.
Memandangkan kena mengkaji sebuah buku untuk assignment BM ,jadi aku dengan rajinnye(pulun) =.='' telah meminjam 5 buah buku.Konon2 nak pilih yang terbaik.


1.Qasidah untuk Kekasih.
2.Hakikat Cinta.
3.Nian Hati Salsabila.
4.Demi Duha.
5.Tumbuh di tengah Badai.

Buku yang telah dibaca :

1.Qasidah untuk Kekasih.
Buku nie best,kisah tentang pelajar yang ingin menubuhkan kumpulan Qasidah kat universiti. Depa nie kira orang hebat2 kat U. Buku nie jugak memaparkan dugaan dan halangan yang diorang hadapi untuk menyemai cinta kepada Nabi.Banyak jugak lirik Qasidah dalam buku nie.Kesimpulannya, best.

2.Demi Duha.
Well..well...Buku nie telah dipilih untuk aku kaji bagi assignment BM. Jalan cerita yang sangat interesting. Kisah seorang lelaki,pak cik Hamdan dan keluarga yang hidup susah tapi sebabkan beliau seorang yang alim dan tidak pernah meninggalkan solat Duha,jadi Allah sentiasa menolong beliau ketika menyusuri kehidupan. Beliau merupakan seorang pemungut barangan terpakai je.Best sangat2 buku nie, Banyak pengajaran dan insaf aku baca buku nie.='

3. Nian Hati Salsabila.
Hat nie pown best jugak , tentang seorang muslimah yang berjuang di jalan dakwah.Dia mengambil jurusan kejururawatan tapi sangatla minat ilmu2 agama. P usrah dan lain2.

Hat lagi 2..insyaAllah bakal di baca.Tapi setakat nie, buku Demi Duha yang berjaya menarik perhatian aku 100%.



Kesimpulannya : 

Membaca itu sangat BEST..!! =D







Saturday, February 16, 2013

Campur campur.


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.( Surah al-Ahzab: ayat 56)

Muhasabah : Adakah kita sudah berselawat pada hari ni?


♥ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ


Rabu lepas aku dan beberapa orang sahabat berkesempatan pergi rumah Pak Long, Sheikh Zainul Asri..alhamdulillah..kali ke-2 Allah bagi peluang g rumah Pak Long.

Alhamdulillah.

Allah bagi peluang.
Aku insan yang hina dan lemah ni bertemu dengan ulama' yang aku hormati.


Alhamdulillah.='

Hari tu Pak Long tanya..amik kos ape kat Maktab?

Tesl, Bahasa Inggeris.

Pak Long kata..bagus2..Bahasa Inggeris kalau belajar boleh guna untuk berdakwah.

InsyaAllah Pak Long.
Saya akan ingat pesanan tu.

Bila masuk degree nie,amik Tesl xla as easy as i thought.
yup.agak sukar jugak.
tengah adapt dengan culture baru.
ada subject baru and ada yang dah belajar basic waktu foundation:

Major :
Child development.
Philosophy of Education.
Literature in English.
Linguistic.

Minor:
TITAS
Bahasa Melayu Komunikatif.
Gerko.

Bila belajar Bahasa Melayu, semangat nak memelihara dan mendaulatkan Bahasa Melayu nie meningkat dalam diri aku..tengok lecture la..mantop.!

Jadi ..sebersalah pulak nak tulis dalam English kat blog nie..Bahasa Melayu pown lintang pukang..aiseh..ape nak jadi..=.='

So, as a muslim, kita kena belajar sungguh2 untuk agama, bangsa,negara , family.
Study kerana Allah pown jihad kan.

Dalam masa yang sama, kena selari dengan ilmu agama. =)
Kena ingat : Fardu Ain : Wajib untuk setiap orang Islam untuk belajar.


..::Assignment'S' datang bagai air hujan.semoga Allah memudahkan pemahaman dan urusan untuk menyiapkan assignment'S' ::..
Usaha kena ada beb. mana boleh nak berjaya kalau goyang kaki ja kan.



Wallahua'lam.

Renung2kan dan selamat beramal.






Monday, February 11, 2013

Cinta Rasulallah


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,Kekasih Allah yang amat dicintai,Penghulu segala Nabi..Nabi yang kita cintai dan rindui..
Dah selawat hari ni..? Jom selawat dulu na...

Tanda kita cinta kepada seseorang ialah kita akan buat apa yang dia suka..
Jadi..
tanda cinta kita kepada Nabi ialah kita lakukan apa yang Nabi suka..
apa yang Nabi buat,Nabi kata..
yg kita panggil sebagai sunnah..kita cuba lakukan..

Tanda cinta kepada Nabi bukan sekadar dengan selawat dan Qasidah ja..
tapi jugak dengan perbuatan kita..

Makan kita macam mana..ikut sunnah Nabi tak?
Tidur kita?
Jalan kita?
Pakaian kita?
Jadi...sama2lah kita ikut sunnah Nabi..

Kadang2 kita kata je cinta Nabi..
Tapi sunnah Nabi..kita tak buat pown..
#muhasabah#

Rasa cinta kepada Rasulallah..
rasa keindahan bila mengingati Rasulallah..
Rasa bahagia bila mengikut sunnah Rasulallah..
Tersangatlah indah..
='
Semoga kita semua dapat bertemu dengan Baginda..='
Mendapat syafaat Baginda s.a.w.

InsyaAllah..

#Teringat skrip Qasidah Melayu..

Ya Rasulallah.. salam kerinduan untukmu..
Engkaulah Nabi Allah yang terpuji..
Engkaulah kekasih Allah yang amat dicintai..
Selawat dan salam dari Allah untukmu..


♥ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ



Qasidah 'Madad Madad' with English substitle =)


Blaja tentang blog kat sini..=)