✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿

.............AhLAn WaSaHLaN............


..:::::::BERSABARLAH DUHAI HATI DALAM BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU:::::::..

Monday, May 28, 2012

KEM


Alhamdulilah atas nikmat iman dan islam.

>>Mood: tak sempat update blog-jadi fasilitator kem Bina Insan kat SMA Tarbiah Diniah, Kulim.
Dari : 25-29 Mei 2012
Semoga Allah memudahkan urusan kami untuk mentarbiyah adik2.


Lagu tema :



http://youtu.be/qCwFpLUQ5w0

Lirik:

Iman... Bagaikan emas permata
Letaknya di dalam jiwa
Kemilau warnanya, bak cahaya
Menyuluh hidup seluruh manusia

Iman letaknya di hati, suburkanlah dengan ilmu
Bajainya dengan zikrullah, ia menunjukkan kita
Jalan diredhai allah
Iman harta yang paling berharga

Iman... Kurnian yang esa, 
Tanpa mengira bangsa dan rupa, 
Memberi benteng panghalang dosa

Orang yang teguh iman
Sabar dengan ujian
Di akhirat dia insan yang mulia

Tuesday, May 22, 2012

Usrah terakhir Ansarullah (Sem 2)


Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam yang Allah kurniakan.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. yang telah banyak berjasa kepada ummat seluruh alam.

Malam ni merupakan usrah penangguhan untuk Ansarullah bagi Sem 2 dan Alhamdulillah majlis berjalan lancar.Kali ni aku nak kongsikan beberapa nasihat yang diberikan oleh naqib kami,Ustaz Shikh sewaktu majlis tadi.

Perkara yang perlu ada sebelum,semasa dan selepas usrah :

Sebelum usrah :

1.Niat yang betul
Kita pergi usrah nie niat kena betul kerana Allah
Kalau muslimin bukan p sebab si 'dia' dan sebaliknya bagi muslimat.
Kalau niat kita tak betul sebelum ni..betulkan niat..
NIAT KERANA ALLAH S.W.T.

2.Ada sifat keterbukaan.
Kita kena berlapang dada apabila mendengar pendapat dan nasihat

3.Kena ada komitmen.
Kita sebelum p usrah kena ada komitmen.
Pandai uruskan masa dan luangkan masa untuk usrah.

Semasa usrah.

1.Ukhuwah
Ukhuwah antara ahli usrah kena kuat.
Kalau nak tengok sahabat-tengok waktu susah.
Ukhuwah bukan setakat dalam usrah ja,tapi kat luar usrah.
Satukan hati antara ahli usrah.
Jangan sebabkan perkara kecik,masam muka dan sebagainya.
Huznuzon dalam persahabatan.

2.Kena ada ilmu.
Ilmu fardu ain kena lepas.
Macam mana nak buat?
Menuntutlah daripada guru2.Nak belajar fardu ain ni kena ada guru,tak boleh blaja sorang2.
Lainla kalau dah ada basic.

3.Mujahadah.
Jangan bezakan antara Ansarullah 1 dan 2.
Mujahadahlah melawan nafsu.

Selepas usrah.

1.Kena ada rabitah hati.
'Bond of heart' kata ustaz shikh.
Kena selalu doakan ahli2 Ansarullah yang lain.

2.Muhasabah.
Lepas usrah,kena muhasabah.
Jangan lepas balik ,main games,yang ilmu dapat ntah kemana.
Muhasabah untuk menjadi insan yang lebih baik.

3.Perubahan
Selalunya kita akan nampak perubahan dari segi fizikal ja.
Tapi yang penting rohani.
Kalau sebelum ni kita pergi usrah kita jarang solat jemaah,tapi lepas usrah kita selalu solat jemaah.

4.Taat 
Taatlah kepada naqib dan naqibah.
Taat kepada amir dan amirah untuk Ansarullah.

Refleksi (dah macam esaimen ada refleksi =.='') :

Semoga ilmu yang kami peroleh ni akan memberikan manfaat untuk jadi insan yang lebih baik. Perkara yang paling terkesan bagi aku ialah 'perubahan'.

Ya..perubahan.Perubahan yang baik kepada yang lebih baik.
Aku terfikir,aku ni sama je ke macam dulu? ke dah berubah jadi lebih baik?
Or lagi teruk dari dulu?
Kalau sama ja..aku nak ke macam ni sampai ke tua.
Tak nak ke berubah jadi lebih baik?

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

Kita dalam golongan yang mana satu? Renung2kan dan selamat beramal.
Salam Rejab.
Banyakkan istiqfar,sedekah dan berpuasa.

Monday, May 21, 2012

Done with miss invisible.Teha.







The bookmark for our naqibah :


Front side.
Back side.



  The bookmark for our naqib.

Front side.


Back side.



These bookmarks are tokens of appreciation from us to our beloved naqib and naqibah.Although the present is simple, we made it from the bottom of our heart. Their deeds would never be forgotten. May Allah bless them forever.InsyaAllah.







Saturday, May 19, 2012

Selawat Thobibiyyah


Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam.

From Anas ibn Malik radi ‘anhu, he said that the Prophet sallallaahu’ alaihi wa sallam said,
من صلى علي صلاة واحدة, صلى الله عليه عشر صلوات, وحطت عنه عشر خطيات, ورفعت له عشر درجات
“Anyone who recites blessings on me one time, God will shalawat for him ten times, and aborted ten mistakes (sins) it, and exalted him ten degrees / levels (in heaven someday)”

Selawat Thobibiyyah.
Here,at IPGKTB we recite this solawat 3 times after perform our solah.
Lets listen to it:
The meaning :
There are others solawat that u can recite..this solawat is one of the exmple..=)
Some of the hadith that show the advantages of solawat :
Baginda bersabda, "Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat yang berlegar-legar di bumi, mereka menyampaikan kepadaku salam umatku."
 ( Riwayat Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim )
 “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” 
(Riwayat Tabrani).
 “Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” 
(Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).
 “Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).. Dari Ubai bin Ka ‘ab: “Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? ” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” la bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam).
Who is stingy people?
Narrated from ‘Ali bin Abi Talib, from the Prophet PBUH:
البخيل من ذكرت عنده فلم يصل علي
“The stingy one is who remembers me and doesn’t pray for me.
Lets solawat and may Rasulullah give us shafaat..insyaAllah.

Friday, May 18, 2012

Pantai Miami,Batu Feringgi




(Surah al-Kahfi,ayat 109)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

Say: "If the ocean were ink (wherewith to write out) the words of my Lord, sooner would the ocean be exhausted than would the words of my Lord, even if we added another ocean like it,for its aid."










Lautan luas yang menenangkan..



2PPISMP TESL

We bought things together. we cooked it together. we face the happy and hard time together.
We are family.=)









I love you so-Maher Zain




Maher Zain – I Love You So Lyrics



I pray to God
With my heart, soul and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for you
O Allah, you did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal
Oh I love you so
I love you so

Now I know how it’s like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong
O Allah, I’m forever grateful to You
Whatever I say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties
And stand firm against all the odds
You are the One who did revive my soul
You shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal
Oh I love you so
I love you so


My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for you 
And I swear that I will never put anyone
Or anything before You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for you


<<<>>>


solemnly  =adverb

 Solemn

Meaning 1 - very serious and not happy ,for example because something bad had happened or because you are an important occasion: a solemn expression

Meaning 2 - a solemn promise is one that is made very seriously and with no intention of breaking it : I give you my solemn word.

Meaning 3 - perform in a very serious way ,solemn ritual ceremony


Mawarku..=')


 Alhamdulillah..atas nikmat Iman dan Islam yang Allah kurniakan..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..



Mawarku..

Ingin aku nyatakan.

Peliharalah Akhlak dirimu dari 
percakapan ,penulisan mahupun tingkah laku,

Jadilah dirimu insan yang mampu taat pada arahan

dan tak punya banyak alasan untuk kebaikan,

Hiasilah dirimu dengan sifat khidmat 

meski hak dirimu diketepikan.

Cara ini dirimu akan cepat mengenali

Cinta Allah dan Nabi.

                                                                                       Salam sayang dariku..(Kak Zayani)

=') Terima kasih Kak Yani...kak Usrah Mashitah..

    Sesuatu nasihat yang kita terima...terimalah dengan hati terbuka..
    Yakinlah bahawa,semua itu datangnya dari
    Allah dan yang menasihati itu adalah sebagai perantaraan sahaja..

=') Terima kasih Ya Allah s.wt.

     Alhamdulillah..
   


p/s : Mujahadah melawan nafsu..Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis..Jaga hati..
        

Monday, May 14, 2012

Selamat Tinggal Dunia. =')







Alhamdulillah di atas nikmat Iman dan Islam yang Allah kurniakan.Selawat dan salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad s.a.w,penyeri sekalian alam.
Alhamdulillah,Allah masih berikan aku nikmat nyawa untuk aku terus hidup..



Selamat tinggal dunia.. =')

Actually,post kali ni aku nak cakap tentang kematian.Kematian yang pasti tapi kita tak tahu bila.

Minggu lepas aku balik naik bas,dari IPG nk blik rumah dengan kawan2..
Waktu naik bas tu hati rasa tak sedap.
Aku terpikir..'Aku nak mati dah ke'
Tetiba air mata aku mengalir..
Lepas doa2 ..aku sedapkan hati..
tak de pape nie..perasaan je..


Alhamdulillah,aku selamat sampai ke rumah..
Alhamdulillah.aku hidup lagi.

Waktu dalam bas hari tu..banyak sangat soalan keluar dalam minda aku.

Antaranya:

Macam mana kalau aku mati lepas ni?
Tak sempat nak mintak maaf kat ayah ibu..
Solat aku dah habis ganti ke?
Kalau pernah tinggal dulu2.
Puasa?
Hutang aku ada lagi tak yang tak bayar?
Macam mana keadaan adik2 aku kalau aku mati?
Kalau aku mati sekarang,cukup dah ke amalan aku?
Aku dah mintak maaf ke kat semua orang? 
Kalau pernah mengumpat ke ape?

Dan aku rasa bertuah sebab aku masih hidup sekarang .Bersyukurlah sebab Allah masih bagi aku dan korang nyawa untuk terus hidup. Alhamdulillah.Alhamdulillah,Allah masih bagi aku ruang untuk aku memperbaiki apa yang patut.


Ya Allah,ampunilah dosa kami,dosa kedua ibu bapa kami.Dosa sahabat2 kami,Dosa guru2 kami.
Sesungguhnya Kami hambaMu yang lemah.
Tanpa bantuan dan rahmat dariMu siapalah kami.
Ya Allah,kuatkanlah iman kami.
Peliharalah kami dari tipu daya dunia.
Peliharalah kami dari dugaan syaitan yang di rejam.
Ya Allah,
Berilah kami rahmat dan prtunjuk ke jalan yang lurus.
Berilah kami penghujung usia yang baik.
Terimalah taubat kami.

Ameen..=')

P/S: Aku nak mintak maaf kalau aku pernah buat salah ,samada sedar atau tidak..
Aku adalah insan biasa.Tak lari dari buat salah.
Kalau perbuatan aku ada sakitkan hati sapa2,aku mintak maaf..







Saturday, May 12, 2012

Semoga berjaya!!







Bittaufiq wannajah....=)




Memori 4IHSAN..


Alhamdulillah..bersyukur kehadrat Ilahi atas nikmat Iman dan Islam ..bersyukurlah 
jika kita dilahirkan dalam Islam ..




Depan: Dari kiri korang:
Naemah,Hazirah,Izzati,Izzati Yusof,Amirah,Fatimah,Hamizah,Humairak,Hayatun(aku),Alwani.
Belakang: Dari kanan korang:
Nizarman,Qusyairi,Awiz,Ku,Hafifi,Izzat,Sidqie,Asyraf,Hazran,Aizuddin,Et,Hafiz


Ok..apa kaitan dengan gambar fb atas ni? Actually,tengah2 masak tadi..aku rindu zaman sekolah..especially,
my ex-lovely class, 4 Ihsan...5 Ikram pown best jugak tapi 4 Ihsan best lagi...weewit..hehe

Jap..apa kaitan kalau ingat pown? Tak..tetiba aku rasa nak mention aku rindu kat kelas 4Ihsan tapi...aku mention kat blog je la..sebab kawan aku kata..len kali mention la sekali...(tu kat facebook)

Tapi aku nak cakap apa pasal 4 Ihsan eh?...banyak sangat kenangan sampai aku tak tahu nak cakap mana satu..Tak pela..post kali ni aku nak cerita tentang peribadi kawan aku..pada pandangan aku..dan of course yang baik2 je la..tak baik bukak keaiban orang...tapi semua baik..tak de yang jahat pown...=)

Jap sebelum tu...kelas kitorang dulu selalu menang kelas tercantik..tak caya..nah tengok bukti..>>



Ok...first...kita mulakan dengan kaum hawa dulu ye..ladies first..=)

 Naemah:
  • Seorang yamg pendiam
  • Terel Kimia.
  • Aku selalu pinjam buku dia kalau tak siap keje..haha
  • Aku suka dengar dia gelak..lain daripada yang lain..hehe
Hazirah:
  • Budak paling comel dalam kelas aku..weewit..hehe
  • Smart berpakaian KRS.
  • Happy go lucky girl
  • Sekarang study BI..sama macam aku ..tapi dia masuk maktab awal..kat IPDA..
  • Aku selalu tanya dia kalau ada pape tentang TESL nie..kira jadi panduan aku la..
  • Thanks Hazirah sebab banyak tolong aku..=)
Izzati
  • Seorang yang sangat kemas.Buku dia..fuhh..memang kemas..tulisan lawa.
  • Rajin...kerja sekolah tu..jarang kalau tak siap.
Izzati Yusof
  • Seorang yang sangat lemah-lembut.
  • Pendiam jugak..kadang2..
  • Aku tak pernah dengar dia marah..
Amirah Ahmad
  • Tinggal kat Kuala Kedah.
  • Pandai jahit2 nie..kalau tak silap aku la..
  • Dia rapat dengan cikgu Ruslah..
Fatimah
  • Penolong kelas 4Ihsan.
  • Terel Add Math ,Biology,Fizik..
  • Semua la senang cerita..
  • Jauh beza dengan aku yang Add Math selalu dapat markah cukup2 makan..=.=''

Hamizah.
  • Terel Fizik.
  • Suka dengar lagu Korea.
  • Budak laki tak berani kacau dia..garang.
  • Tapi bagi aku tak garang pown..kan mizah? hehe
  • Dulu tinggal kat Pahang.sekolah TAHAP
  • Putih macam Cina.muka macam Korea pown ada..hehe
Humairak
  • Orang Sungai Petani.
  • Sekarang study kat UIA.
  • sweet person.
  • Selalu nasihat aku dulu.
  • Tempat luahan perasaan aku.
  • Yela,katil tepi je dalam bilik.
  • Dia yang banyak mendorong aku untuk jadi muslimah yang lebih baik..Terima kasih myrak..=)
Alwani
  • Tulisan lawa ..macam tulisan komputer.
  • Terel debat dan pantun.
  • BM terel nie.
  • Dulu duduk tepi ak dalam kelas.
  • Kalau bab2 jaga suiz lampu..dia la..hehe

Ok...kaum Adam pulak..(malasla pulak aku nak taip..haha.)

Tak pe2..teruskan perjuangan Hayatun..sikit lagi..!!

Nizarman
  • Aku tak tahu nak cakap apa tentang dia.
  • Dia penah cakap kat aku dulu..'Hg orang Melayu ke apa,BM pown boleh fail?'
  • Terasa kowt hat nie...tapi nie la yang bagi aku semangat dan kesedaran...waktu tu first exam..aku fail..huu..malu...tapi sekali tu je la..Start dari tu..aku g tusyen sebelah rumah..Tusyen BM..huu..dasyat!
Qusyairi.
  • Orang panggil Kucai.
  • Satu matrik dengan aku.KMPP.

  • Awiz
  • Sekarang blaja kat maktab IPG Perlis,sama dengan Hazran.
  • Budak laki paling rajin kemas kelas.
  • Kalau hari dia bertugas..memang nampak la pagi2 pegang penayapu.
  • Dan aku rasa budak laki paling rajin dalam kelas.
Ku
  • Orang panggil dia Pak Ku.
  • Muka macam pak arab.
  • Duduk depan Alwani.tepi Awiz dalam kelas.
Hafifi
  • Dulu jadi ketua aku waktu BADAR.
  • Exco Tamrin.
  • Geng2 nasyid.
  • Sekarang study Pendidikan Islam kat IPDA.
  • Duk tepi Hazran dalam kelas.
  • Garang gila dalam kelas..tambah2 kalau pakai baju kadet polis( kata Hazirah)
Izzat
  • Suka menyanyi dalam kelas.
  • Duduk tepi Asyraf. depan sekali.
Sidqie
  • Ketua kelas 4Ihsan.
  • Dulu aku satu matrik dengan dia.KMPP.
  • Budak laki paling kamcing..bagi aku la.
  • (kamcing=senang klo ade pape hal ak nk gtaw dlu kat klas)
    (jgn slh anggap !. )
Asyraf
  • Terel Arab nie.
  • Pelajar cemerlang STPM Smkak.Tahniah!
  • Pandai debat.Kalau kat kelas..aku cukup takut nak debat dengan dia.tobat kalah.
  • Tapi Alwani dia boleh lwan dengan Asyraf.
  • Err...pelik panggil Asyraf..orang panggil die KJ..
Hazran
  • Suara sedap.Tu yang selalu jadi tekong nasyid.
  • Terel Arab jugak .
  • Orang panggil Yan.
  • Sekarang kat IPG Perlis..sekali dengan Awiz.
Aizuddin.
  • a.k.a Pak Din.
  • Kawan sekolah lama Humairak.Sekolah Al-Islah.
  • Rapat dengan Siqqie.
  • (sidqie-salah eja atas tuh-pak din habak)
Et
  • Et..nama penuh hg ape?aku lupa..haha..sorry..
  • Terel IT..buat2 video,pebaik2 komputer, serah kat dia..
  • Kalau lepas dia dapat pebaik something kat kelas..satg..suma akan sebut 'ETTTTT'....haha..
    Sorry et...aku ingt dah nama  hg..zahir~
Hafiz
  • Aku jarang sembang dengan dia dulu.
  • Pendiam.
  • Dia ada kakak..belajar kat SMKAK dulu..kak dia selalu datang kat SMKAK dulu..
  • tu yang taw tu..

Ok..cukup la tuh..penat taip banyak2 nie...
btw,aku teringat time jamuan kelas dulu..
Best .. kitorang budak pompuan relaks je..
laki la yang sediakan bahan2 makanan nie..
ha..best kowt..macam puteri..haha..TQ kawan2..
waktu tu jugak..kitorang ada buat luahan perasaan..
Ada yang nangis..
Tapi  bagi aku..
Nie la kelas yang paling best waktu sekolah dulu..
Best sebab apa...sebab banyak sangat sebab sampai aku tak tahu nak cakap mana satu..hehe

Walau kat mana pown korang berada sekarang..Aku akan ingat korang selalu.
Walaupun aku jarang contact..pompuan ke laki ke..tapi..
tak bermakna aku lupakan korang..
Terima kasih sebab jadi kawan2 aku waktu Form 4 dulu sampai sekarang..

Lastly, aku mintak maaf kalau pernah buat salah dulu..=')
Semoga ukhuwah berkekalan dunia dan akhirat..












Thursday, May 10, 2012

Shukran atas nasihat itu.


Alhamdulillah..atas nikmat Iman dan Islam yang Allah berikan.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang telah banyak berkorban untuk kita.
Tanpa pengorbanan baginda,sudah pasti kita tidak dapat menghidu nikmat Iman dan Islam.


Usrah Ansarullah baru ja habis dan malam ni banyak ilmu yang aku peroleh.
dan banyak jugak teguran yang kami terima.
Teguran yang menusuk kalbu aku.
Terima kasih kepada naqib kami yang menegur.
Terima kasih kerana menanggalkan kalajengking di belakang kami.
Walaupun engkau mungkin terluka.
Terima kasih.Shukran.

Antara teguran beliau:

Kalau kita tak buat kerja dakwah,siapa lagi? Nak harap kat siapa?
Jagalah adab dalam berilmu.
Solatlah berjemaah.Korbankanlah kesenangan dunia sementara untuk dunia.
Dengar azan subuh ,solat jemaah ,
Nak tidur sangat,tidur lepas subuh!
Macam mana dengan bacaan Quran?
Mujahadahlah melawan hawa nafsu.
Kita tahu sesuatu benda tu baik,tapi kenapa kita tak buat?
Cakap pandai,guna ayat Quran dan hadis,tapi amalkan tak?
Kita redha dengan maksiat,boleh pulak seronok maksiat berlaku depan mata!
Tinggalkan dunia,ambillah sekadarnya.
Berapa ramai yang yakin kalau dia meninggal dunia malam nie, dia akan masuk syurga?
Muhasabahlah diri.
Kenapa pentingkan tidur daripada akhirat!
Kita doa macam2..tapi kita tak amalkan..tak buat apa yang patut.
Lembutkan hati,banyakkan istighfar.
Ansarullah,bukan tempat nak manja dengan dunia,nie untuk perjuangan Islam,untuk dakwah.

Shukran ustaz atas nasihat yang telah diberikan.Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik ini.

#Ya Allah,janganlah kau pesongkan hati kami setelah engkau memberi hidayah kepada kami#

Wednesday, May 9, 2012

My first work =)


Alhamdulillah..aku berjaya menyiapkan iklan pertama untuk Solat Hajat Perdana.
Actually, this is my first experience..making the poster/advertisement for BKS.
Truly, i feel butterflies in my stomach..nervous kowt..
Hala..satu maktab baca dan tengok iklan aku buat..kat fb pulak tu.hoho.

Tapi Alhamdulillah..aku berjaya siapkan.
Walaupun aku tak pernah buat..tapi tahu la jugak basic2 tu..
aku guna Photoscape dengan Xuixui.
Dan hasilnya tak la sehebat mana..
tak sehebat orang2 yang expert..
Tapi tak pe..aku akan belajar bagi expert..
so..lepas ni aku boleh buat yang lebih baik..InsyaAllah..=)








Tuesday, May 8, 2012

Edit.edit.edit..^^








I am in seventh heaven  as i know how to use the xiuxiu application to edit pictures. A thousand appreciation  to my friend Fatihah binti Anuar who had tought me all these..=) 

The first picture:

BEFORE

AFTER


The second picture: 

BEFORE
AFTER

The next poster was made by her(Teha) who already expert to use this application.










Fatimah Syarha =)






Gambar ni diambil waktu Fatimah Sharha mai maktab..dah lama dah..
tapi baru berkesempatan nak update tentang ni..

Semua buku yang dia tulis best2 belaka..
yang paling aku minat..

Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul
(yang nie kawan2 duk promote waktu matrik)

Tautan Hati

Seindah mawar berduri..

Buku2 lain belum berkesempatan nak baca..^^

Senarai buku tulisan Fatimah Sharha :

1. Seindah Mawar Berduri 
2. Tautan Hati 
3. Sebarkan Cinta-Mu 
4. Cinta High Class 
5. Petua Membuat Orang Jatuh Cinta .
6. Duhai Teman Sejatiku 
7. Palestin, Kami Datang 
8. Palestin Tak Pernah Gentar 
9. Syabab Musafir Kasih 
10. Kisah Haiwan Makkah 
11. Kisah Haiwan Madinah.
12. Mak, Abah Redhailah Anakmu 
13. Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul 

Jom baca buku Fatimah Sharha..
or boleh melawat blog beliau..:

                                                                             http://sebarkanbahagia.blogspot.com/

Blaja tentang blog kat sini..=)