Subscribe Us

header ads

Usrah terakhir Ansarullah (Sem 2)


Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam yang Allah kurniakan.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. yang telah banyak berjasa kepada ummat seluruh alam.

Malam ni merupakan usrah penangguhan untuk Ansarullah bagi Sem 2 dan Alhamdulillah majlis berjalan lancar.Kali ni aku nak kongsikan beberapa nasihat yang diberikan oleh naqib kami,Ustaz Shikh sewaktu majlis tadi.

Perkara yang perlu ada sebelum,semasa dan selepas usrah :

Sebelum usrah :

1.Niat yang betul
Kita pergi usrah nie niat kena betul kerana Allah
Kalau muslimin bukan p sebab si 'dia' dan sebaliknya bagi muslimat.
Kalau niat kita tak betul sebelum ni..betulkan niat..
NIAT KERANA ALLAH S.W.T.

2.Ada sifat keterbukaan.
Kita kena berlapang dada apabila mendengar pendapat dan nasihat

3.Kena ada komitmen.
Kita sebelum p usrah kena ada komitmen.
Pandai uruskan masa dan luangkan masa untuk usrah.

Semasa usrah.

1.Ukhuwah
Ukhuwah antara ahli usrah kena kuat.
Kalau nak tengok sahabat-tengok waktu susah.
Ukhuwah bukan setakat dalam usrah ja,tapi kat luar usrah.
Satukan hati antara ahli usrah.
Jangan sebabkan perkara kecik,masam muka dan sebagainya.
Huznuzon dalam persahabatan.

2.Kena ada ilmu.
Ilmu fardu ain kena lepas.
Macam mana nak buat?
Menuntutlah daripada guru2.Nak belajar fardu ain ni kena ada guru,tak boleh blaja sorang2.
Lainla kalau dah ada basic.

3.Mujahadah.
Jangan bezakan antara Ansarullah 1 dan 2.
Mujahadahlah melawan nafsu.

Selepas usrah.

1.Kena ada rabitah hati.
'Bond of heart' kata ustaz shikh.
Kena selalu doakan ahli2 Ansarullah yang lain.

2.Muhasabah.
Lepas usrah,kena muhasabah.
Jangan lepas balik ,main games,yang ilmu dapat ntah kemana.
Muhasabah untuk menjadi insan yang lebih baik.

3.Perubahan
Selalunya kita akan nampak perubahan dari segi fizikal ja.
Tapi yang penting rohani.
Kalau sebelum ni kita pergi usrah kita jarang solat jemaah,tapi lepas usrah kita selalu solat jemaah.

4.Taat 
Taatlah kepada naqib dan naqibah.
Taat kepada amir dan amirah untuk Ansarullah.

Refleksi (dah macam esaimen ada refleksi =.='') :

Semoga ilmu yang kami peroleh ni akan memberikan manfaat untuk jadi insan yang lebih baik. Perkara yang paling terkesan bagi aku ialah 'perubahan'.

Ya..perubahan.Perubahan yang baik kepada yang lebih baik.
Aku terfikir,aku ni sama je ke macam dulu? ke dah berubah jadi lebih baik?
Or lagi teruk dari dulu?
Kalau sama ja..aku nak ke macam ni sampai ke tua.
Tak nak ke berubah jadi lebih baik?

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

Kita dalam golongan yang mana satu? Renung2kan dan selamat beramal.
Salam Rejab.
Banyakkan istiqfar,sedekah dan berpuasa.

Post a Comment

0 Comments