Subscribe Us

header ads

Shukran atas nasihat itu.


Alhamdulillah..atas nikmat Iman dan Islam yang Allah berikan.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang telah banyak berkorban untuk kita.
Tanpa pengorbanan baginda,sudah pasti kita tidak dapat menghidu nikmat Iman dan Islam.


Usrah Ansarullah baru ja habis dan malam ni banyak ilmu yang aku peroleh.
dan banyak jugak teguran yang kami terima.
Teguran yang menusuk kalbu aku.
Terima kasih kepada naqib kami yang menegur.
Terima kasih kerana menanggalkan kalajengking di belakang kami.
Walaupun engkau mungkin terluka.
Terima kasih.Shukran.

Antara teguran beliau:

Kalau kita tak buat kerja dakwah,siapa lagi? Nak harap kat siapa?
Jagalah adab dalam berilmu.
Solatlah berjemaah.Korbankanlah kesenangan dunia sementara untuk dunia.
Dengar azan subuh ,solat jemaah ,
Nak tidur sangat,tidur lepas subuh!
Macam mana dengan bacaan Quran?
Mujahadahlah melawan hawa nafsu.
Kita tahu sesuatu benda tu baik,tapi kenapa kita tak buat?
Cakap pandai,guna ayat Quran dan hadis,tapi amalkan tak?
Kita redha dengan maksiat,boleh pulak seronok maksiat berlaku depan mata!
Tinggalkan dunia,ambillah sekadarnya.
Berapa ramai yang yakin kalau dia meninggal dunia malam nie, dia akan masuk syurga?
Muhasabahlah diri.
Kenapa pentingkan tidur daripada akhirat!
Kita doa macam2..tapi kita tak amalkan..tak buat apa yang patut.
Lembutkan hati,banyakkan istighfar.
Ansarullah,bukan tempat nak manja dengan dunia,nie untuk perjuangan Islam,untuk dakwah.

Shukran ustaz atas nasihat yang telah diberikan.Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik ini.

#Ya Allah,janganlah kau pesongkan hati kami setelah engkau memberi hidayah kepada kami#

Post a Comment

0 Comments