KAHERAH - Ikhwan Muslimin Mesir, pertubuhan politik paling tersusun di negara itu, memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum bebas pertama, sekali gus memberikannya peranan besar dan kedudukan kukuh untuk merangk perlembagaan baru.
Parti Salafist Nour berada di tempat kedua.
Ikhwan Muslimin yang diharamkan ketika kepimpinan bekas Presiden Hosni Mubarak muncul pemenang dalam pilihan raya umum Parlimen. Ia memperoleh dua pertiga kerusi sebagaimana diramalkan sebelum ini.
Parti Kebebasan dan Keadilan diterajui Ikhwan Muslimin memberi jaminan kepada kesemua rakyat Mesir bahawa setiap orang akan ada suara di Parlimen.
Di bawah sistem pilihan raya yang kompleks, dua pertiga atau 332 kerusi di dewan rendah ditentukan menerusi perwakilan berkadar, berdasarkan parti-parti bertanding. Baki satu pertiga ditandingi orang perseorangan.
Berdasarkan keputusan akhir diumumkan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya semalam.
Rakyat Mesir telah membuang undi dalam tiga peringkat sepanjang enam minggu lalu untuk memilih 498 wakil rakyat.
Seramai 10 lagi akan dilantik oleh pihak tentera yang memerintah.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/global/parti-diketuai-ikhwan-muslimin-menang-besar-pru-mesir-1.19551
Pengasas Ikhwanul Muslimin: Imam As-Syahid Hassan Al-Banna |
Sumber : facebook |
ISTERI MURSI ULANGI TOLAK GELARAN 'WANITA PERTAMA' TETAPI 'KHADAM PERTAMA'
Isteri Presiden Mesir, Puan Najla' Mahmud mengulangi pendirian beliau sebelum ini menolak gelaran 'Wanita Pertama' untuk dirinya. Beliau turut mengulangi ucapan suaminya semalam bahawa Presiden tidak memiliki apa-apa hak melainkan kewajipan yang mesti ditunaikan yang berbeza dengan rakyat yang mempunyai hak sambil menggelarkan dirinya sebagai 'Khadam Pertama' bagi menggantikan gelaran 'Wanita Pertama'.
Kata Najla' lagi, sesiapa boleh memanggilnya dengan "Ummu Ahmad" atau "Saudari Najla" atau juga "Hajah Najla" sambil mengingatkan bahawa Islam tidak pernah membezakan antara satu sama lain.
Selepas suaminya diumumkan sebagai Presiden, aktiviti pertama beliau ialah menziarahi ibu As-Syahid Mahmud Sulaiman, seorang pemuda yang terkorban dalam revolusi yang berasal dari wilayahnya, Syarqiyah
Kata Najla' lagi, sesiapa boleh memanggilnya dengan "Ummu Ahmad" atau "Saudari Najla" atau juga "Hajah Najla" sambil mengingatkan bahawa Islam tidak pernah membezakan antara satu sama lain.
Selepas suaminya diumumkan sebagai Presiden, aktiviti pertama beliau ialah menziarahi ibu As-Syahid Mahmud Sulaiman, seorang pemuda yang terkorban dalam revolusi yang berasal dari wilayahnya, Syarqiyah.
Sumber : Facebook.
ALLAHUAKBAR! Ikhwanul muslimin menang! Alhamdulillah. Sesungguhnya janji Allah itu pasti.
1 Comments