Subscribe Us

header ads

Kukuhkan kata-kata mu

                  assalamualaikum....=)

Hari yang memenatkan..aku baru balik dari melaka...sekarang dah tengah malam ..eh,silap..dah pagi dah pown...tapi aku still tak tidur...ish2...mana taknya...duduk dalam kereta tidur je..so,sampai rumah boring dah nak tidur..hehe...aku rasa nak menulis pulak...

Ok...kali ni aku nak cakap tentang satu ceramah yang aku dengar kat radio...ustaz tu kata..seorang muslim tu kalau nak berhujah atau berkata2...biarlah sampai ke tahap mengeluarkan hadith atau ayat Quran yang berkaitan..

Contohnya macam ni...korang nak cakap yang membuka aurat tu berdosa...korang kaitkanla dengan ayat Quran ..


Ok..sebab apa kita kena nasihat,berhujah,berkata2 sampai tahap nie...?supaya kita tak akan dipersoalkan baliK...dan buatkan kata2 kita lebih kukuh..aku bagi contoh situasi...

Siti:Aina,kenapa kau tak pakai tudung?
Aina:Sebab panasla pakai tudung.Lagipun,mak aku pown tak pakai jugak.Kenapa kau tanya..?
Siti:Tak delah,kau kan kawan aku,aku cuma nak nasihatkan kau yang bukak aurat tu dosa.Rambut pown aurat jugak,jadi berdosa kalau tunjuk..
Aina:Ooo..yeke..aku tak tahu pown..tapi apa bukti kau cakap macam ni.Ada ke ayat Quran yang Allah suruh kita tutup aurat..?
Siti:Errrr...ada rasanya...
Aina:La,kau ni...betulke ada?
Siti:Nanti aku bagi taw kau lain kali lah...

Ha..ni la yang mungkin terjadi...contohla korang sebagai Siti...korang nak nasihat Aina pakai tudung,nak tutup aurat..Apa hujah yang korang perlu guna untuk kukuhkan lagi nasihat korang tadi??Kalau korang cakap tanpa dalil atau hadis..nanti korang akan dipersoalkan balik...macam yang terjadi kat atas ni..so..apa yang mungkin terjadi kalau Siti menggunakan ayat Al-Quran sebagai hujahnya..



Siti:Aina,kenapa kau tak pakai tudung?
Aina:Sebab panasla pakai tudung.Lagipun,mak aku pown tak pakai jugak.Kenapa kau tanya..?
Siti:Tak delah,kau kan kawan aku,aku cuma nak nasihatkan kau yang bukak aurat tu dosa.Rambut pown aurat jugak,jadi berdosa kalau tunjuk..
Aina:Ooo..yeke..aku tak tahu pown..tapi apa bukti kau cakap macam ni.Ada ke ayat Quran yang Allah suruh kita tutup aurat..?
Siti:Ada banyak..antaranya dalm surah Al-Ahzab ,ayat 59..
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59).
(kalau korang tak ingat ayat dia,korang bagi taw surah dan ayat ke berapa..)
Aina:Ya Allah...berdosanya aku selama ni..Terima kasih Aina sebab sedarkan aku.Aku sedar yang menutup aurat tu bukan manusia yang suruh,tapi Allah...Siti,lepas ni boleh aku belajar tentang agama dengan kau?
Siti:InsyaAllah,boleh.Sama2lah kita belajar.Kalau kau tanya,aku tak tahu,kita sama2 tanya dengan ustazah ye...=)

Ha,berbeza kan..Ini aku bagi contoh yang sangat mudah..Sebenarnya,bukan senang seseorang tu nak terus dengar nasihat yang kita berikan..Ikut pada orang...Sesetengah orang tu,kalau kita nasihat macam atas ni,terus dia dengar..tapi sesetengah orang pulak..kita kena nasihat banyak kali baru nak dengar.

      Ini baru orang islam dengan islam sendiri.Macam mana pulak kalau dengan orang yang bukan Islam..Lagi banyakla ayat Quran dan hadith yang perlu digunakan untuk memperkukuhkan hujah..Kalau tak,diorang yang akan mengelirukan korang...

Aku sedar yang selama ni pown,kalau aku berkata2,berhujah atau nasihat2 ni...aku tak menggunakan ayat Quran atau hadith sebagai hujah..Jadi,InsyaAllah..aku akan sentiasa memperbaiki diri aku..cara penulisan aku..macam apa yang aku dengar dari ceramah ni...




Kesimpulannya,kita sebagai umat Islam..perlu menggunakan ayat Quran dan hadith sebagai pengukuh hujah,nasihat dan kata2..pada masa yan sesuai...tapi semua ni mesti ada ilmu dahulu...kalau korang tak tahu,macam mana korang nak guna kan...hehe...so,sama2lah kita menambahkan ilmu dan memperbaiki diri kita...



Post a Comment

0 Comments