Subscribe Us

header ads

Alhamdulillah..=')

Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
Kerana Allah tahu,manusia tu lemah,iman naik dan turun,Allah ciptakan usrah,Allah ciptakan usrah di mana ahlinya saling mengingatkan,usrah yang diamalkan oleh Nabi dan sekarang kita dapat merasai manisnya usrah..

Allah..Allah..Allah..

Aku bersyukur sebab Kau masih menyayangi aku..Kau masih mengingatkan aku..bila aku agak terleka dengan dunia..mula lalai..Kau ingatkan aku melalui usrah..Kau kurniakan aku kak naqibah yang bercakap dari hati..setiap butir bicaranya menyentuh hati aku.kau kurniakan aku sahabat2 yang meningatkan aku..dan aku tahu semuanya dari Kau..
Allah..manisnya usrah..
Kita terlalu leka dengan dunia..sedarlah wahai jiwa,sedarlah duhai hati!
Kita sanggup berjam2 menghadap facebook..tapi belum tentu kita boleh membaca al-Quran berjam2..
kita sanggup habiskan duit beratus kerana keperluan nafsu..tapi belum tentu kita mampu keluarkan duit untuk Islam..
Duit yang kita beli beg tangan 40 ringgit nampak sikit kita habiskan..
tapi duit yang kita belanjakan 40 ringgit untuk bersedekah nampak banyak...

Sedarlah wahai jiwa..wahai hati..
Kita terlalu ego di dunia..
Kita terlalu ego dengan Allah sehinggakan kita tidak berdoa memohon pertolonganNya..
Kita terlalu ego sehinggakan tak dapat menerima teguran..
lupakah kita yang sesuatu itu datangnya dari Allah..
Teguran itu datangnya dari Allah..manusia cuma perantara..
bersyukurlah jika ada yang menegur kerana..
Allah sayangkan kita..

Sedarlah duhai hati..sedarlah duhai jiwa..
Cinta di mulut tidak bermakna tanpa bukti yang nyata..
Kita kata kita cintakan Rasulullah..
tapi sunnah Rasulullah..kita rasa berat nak buat..
jalan perjuangan Rasulullah..
kita berpaling..kita tak sanggup berjuang..
kita rasa penat..letih..
tapi kita lupa..Rasulullah berjuang lagi letih..
sahabat berjuang lagi letih..
Layakkah kita untuk letih?

Duhai hati..duhai jiwa..
Sedarlah yang dunia ini hanyalah sementara..
Jangan difikirkan keseronokan dunia..sehingga lupa akhirat yang kekal selamanya..
Kita berseronok dengan maksiat yang kita lakukan..
kita rasa selesa dengan maksiat yang kita lakukan..
Tapi kita lupa..
MATI!
Kita akan mati..andai kita mati sebelum bertaubat..
apalah nasib kita..?
Allah masih berikan kita nyawa..sebab Allah sayangkan kita..
Allah masih menunggu kita untuk kembali kepadaNya..

Duhai jiwa..duhai hati..
Sedarkah kita..semua anggota kita..semua yang kita miliki adalah pinjaman dari Allah..
Tangan..kaki..mata..semuanya pinjaman dari Allah..
Maka..gunakanlah sebaiknaya kerana..mereka akan berkata2 di akhirat kelak..
jika tangan ingin melakukan maksiat..ingatlah..
dia akan berbicara kelak..dia akan memberi tahu apa yang kita lakukan !

Duhai hati..duhai jiwa...
Ingatlah tujuan kita dihidupkan di dunia..
'Sesungguhnya diciptakan jin dan manusia,adalah untuk beribadah kepadaKu' surah al-Haj
sesuatu yang kita lakukan kerana Allah dikira ibadah..
maka beribadahlah..

Duhai jiwa ..duhai hati..
Jika jiwa ini masih melakukan maksiat..jika jiwa ini masih melakukan larangan Allah..
Maka,..periksalah solat..
Sempurnakah bacaan..sempurnakah perbuatan dalam solat..
Betulkah cara kita rukuk..sujud..
Betulakah bacaan Al-fatihah kita..
Periksalah solat..kerana..
Sesungguhnya solat itu mencegah daripada melakukan kemungkaran dan kemaksiatan..
Jika kita melakukan maksiat..ini bermakna solat kita masih belum sempurna..


Ya Allah..aku bersyukur kerana aku dapat kesedaran...aku dapat peringatan..
melalui usrah..
setiap kali usrah..maka setiap kali itulah kau mengetuk..menampar hati aku..
yang dalam kelalaian..
Duhai sahabat..aku dapat merasai manisnya usrah..aku dapat merasai manisnya sunnah Nabi ini..
aku dapat merasai indahnya ikatan dalam usrah..
maka wahai sahabatku..
jangalah kau lari dari usrah..
kerana sesungguhnya usrah itu sunnah..
janganlah kau berasa malas untuk ke usrah..
kerana Allah yang menciptakan usrah..
Wahai sahabat..jangan kau menjauhkan diri dengan kak  naqibah..
kerana mungkin mereka merupaka perantara untuk Allah menegur kita..
jangan kau memikirkan segala kekurangan dalam usrah..
tapi fikirkan kebaikan yang kita peroleh dalam usrah..
Duhai sahabat..sedarlah..
Aku ingin kau juga merasai manisnya usrah..
Aku juga ingin kau merasai manisnya sunnah Nabi ini..

Post a Comment

1 Comments

mmg begitu la sifat manusia
utk dunia sggp kita korban segala
utk akhirat tiada kita mahu akannya