Subscribe Us

header ads

Ramadhan... ='(


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Dah selawat hari ni? Jom selawat dulu..

Dah pukul 2 dan aku tak tidur lagi..sebab baru habis kemas..esok lepas subuh nak balik Melaka..yey!!
Dan hati aku terdetik nak tulis blog malam ni..lama tak menulis...so..malam ni aku nak tulis tentang Ramadhan..

Sumber : facebook

Tentang Ramadhan yang bakal pergi..
Sedihkan?
Aku rasa sedih sangat Ramadhan dah nak pergi..
Lepas ni pahala dah tak digandakan..
Solat teraweh dah tak da..
Syaitan pulak yang nak datang balik...sambung kacau hidup kita..


Sumber: facebook

Jadi..
memandangkan tinggal sehari je lagi..
Jom kita akhiri Ramadhan kali ni dengan penuh amal ibadat..
Perabeh baca Quran yang tak khatam lagi..
Banyak2kan berdoa..
Bersedekah..
dan..
Berdoalah semoga segala amalan yang kita lakukan 
pada bulan Ramadhan nie akan diterima Allah..
InsyaAllah..

Sumber: facebook


Ya Allah..ampunilah dosa kami..dosa kedua ibu bapa kami..
Kasihanilah mereka sebagai mana mereka mengasihani kami semasa
kami kecil dahulu..
Ya Allah..berilah kami pengampunan di bulan Ramadhan yang barakah ini..
Sesungguhnya kami adalah hamba yang lemah..
Hamba yang sentiasa melakukan dosa dan kesalahan..
Ampunkan kami Ya Allah..
Kadangkala kami lalai dengan keindahan dunia..
Kadangkala kami terbuai dengan keseronokan dunia..
Kadangkala kami melanggar perintahMu kerana dunia..

Ampunkan kami Ya Allah..
Panjangkanlah umur kami Ya Allah..
supaya kami dapat bertemu lagi Ramadhan di masa hadapan..
Jika tidak Ya Allah..
Berkatilah Ramadhan kami yang terakhir ini..
Semoga ia menjadi yang terbaik dalam usia kami..

Allah..Allah..Allah..



Post a Comment

0 Comments