Subscribe Us

header ads

Aku tak layak!


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ,kekasih Allah,yang telah banyak berkorban untuk kita , hingga ke hujung nyawa Baginda.
Dah selawat hari ni? Jom selawat dulu,sepuluh kali.


Actually,pos kali ni aku cuma nak luahkan perasaan ja.Bagi aku,bila aku tulis kat blog,ada orang baca ke tak da ke..dapat mengurangkan apa yang aku rasa,sedih ke,apa2 je la...

PENAT!

Apa makna penat? Penat adalah letih.Aku sekarang ni agak sibuk la jugak.
1.Jadi ajk ihya' Ramadhan,jadi banyakla jugak benda nak diuruskan.
2. Usrah Ansarullah..ada bebarapa dugaan yang Allah berikan kepada kami dari segi kewangan dan tenaga,jadi sekarang ni,agak sibuk untuk atasi dugaan ni.
3.Ada task yang kena buat -subjeck berkaitan dengan kos yang aku ambil-lds,ldv,Pengantar pendidikan n lain2(bukanla banyak sangat,tapi ada)

Jadi memandangkan aku agakla bizi, ke sana ke mari,kadang2 tu,petang ada perjumpaan,malam ada lagi,kat bilik kadang2 ada,kadang2 tak da..macam chipsmore(tapi aku tak paham kenapa orang selalu kaitkan dengan chipsmore-sat ada sat tak da..=.='')

PENAT!

Ya,kadang2 aku rasa penat la jugak..TAPI..aku tak layak kata macam tu:::

SEBAB..

Apalah sangat penat aku nie kalau dibandingkan dengan penat Rasulullah.Rasulullah sebarkan Islam dengan susah payah-tak pernah kata penat.

Sahabat2 Rasulullah yang berjuang dengan Rasulullah,berperang,tak pernah kata penat.

Apalah sangat penat aku ni kalau dibandingkan dengan naqib dan naqibah aku,yang kena fikirkan pasal adik2,ada komitmen lain lagi,tapi sanggup luangkan masa dan mentarbiyah kami adik2.

Apalah sangat penat aku ni,ada ja masa nak makan,rilek2,facebook,
kalau bandingkan dengan Palestin yang sampai sekarang masih berjuang menegakkan Islam.

AKU TAK LAYAK NAK KATA PENAT!!!

Aku baru sibuk sikit ,dah kata penat..aku baru susah sikit..dah kata penat..So,say no too PENAT!

Allah lah sumber kekuatan .Bila kadang2 perasaan penat nie datang..Allah lah sumber kekuatan .Rasulullah lah sumber kekuatan.
=sumber kekuatan bg semua umat Islam=

Antara ayat al-Quran yang menjadi sumber kekuatan aku:
-ayat yang mengetuk dan menyedarkan aku-
=')

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh  menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
(As-Saff 61:10)

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(As-Saff 61:11)

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.
(As-Saff 61:12)


Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
(As-Saff 61:13)

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

Surah Muhammad:

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.


Kesimpulannya,kita especially aku tak layak kata penat..macam mana bizi pown kita,sibuk taqa mana pown..SABARLAH..dugaan dari segi DUIT ka TENAGA ka...SABARLAH..ingatlah yang semua yang berlaku adalah takdir Allah-ketentuan Allah-semua dari Allah..so..
BE STRONG - say no too penat!
AND
I'M GRATEFUL AND HAPPY DOING ALL THIS ~
it is a TARBIYAH...=)


p/s: 
Sahabat,BERSABARLAH dan INGATLAH,Allah kan ada..=)







Post a Comment

1 Comments

Anonymous said…
1 lg ayat yg mungkin blh bg semangat kalu kita rs penat. . ayat dy bbnyi "infiru khifafan wa tsiqalan". . mafhumny. . "berangkatlah kamu dalam keadaan ringan mahupun berat". .
*task : cari surah n ayat apa ek. .