Subscribe Us

header ads

Syukur.

Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah..Allah bagi peluang untuk aku berada dalam majlis untuk memperingati Baginda..Allah..=')

Mungkin ada dalam kalangan kita yang tak berkesempatan nak datang,jadi aku ingin kongsikan sikit gambar sewaktu Malam Kemuncak Lantunan Mahabbah Rasulillah.

Ramai ulama'2 yang datang malam tu..Ya Allah,setiap kata-kata yang dilontarkan oleh mereka membuatkan aku tersentuh..Orang kata..bila ulama' cakap kita akan rasa lain dan tersentuh walaupun mereka memberikan ceramah atau nasihat yang biasa kita dengar.Sesungguhnya memang betul kata-kata tu sebab aku banyak menangis waktu dengar ceramah mereka.Sangat tersentuh.
'Ucapan yang lahir dari hati akan sampai ke hati' =')

Banyak ilmu yang aku peroleh sepanjang dua hari dan kalau boleh aku nak cerita semua yang aku dapat tapi memang takkan mampu aku lakukan. Terlalu banyak tapi insyaAllah aku akan kongsi setakat mana yang aku mamapu.

Antaranya..
Kita kena bersyukur yang kita nie dilahirkan sebagai umat Islam.Alhamdulillah.
'Bersyukurlah jika kamu dilahirkan sebagai orang miskin tetapi kamu dilahirkan sebagai orang Islam'
Dalam jutaan manusia dalam dunia ni, kita Allah pilih sebagai umat Islam.Bayangkan kalau kita dilahirkan sebagai kafir..Nauzubillah.

Kita kena bersyukur yang kita nie dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad seorang Rasul yang sangat sayang pada umatnya.Rasulullah sentiasa risaukan umatnya.Waktu Isra dan Mikraj,Rasulullah naik berjumpa dengan Allah sebanyak 9 kali untuk kurangkan bilangan solat sebab takut umat Baginda tak mampu.Sheikh tu kata Rasulullah pown ada sifat malu,bayangkan Rasulullah seorang yang sangat patuh kepada Allah tetapi sebab sayangkan umat Baginda,Rasulullah sanggup naik banyak kali minta dikurangkan dari 50 hinggalah 5.Dan Rasulullah memohon pahala yang dikerjakan walaupun 5 rakaat tapi sama macam 50 rakaat.=') 
Kalau kita la..pi kedai kasut tak puas hati..kita p balik kat kedai tu mintak tukar,sekali boleh la...sanggup ka kita p sampai 9 kali kat kedai tu??
Terima kasih Ya Rasulullah.Sesungguhnya kami amat rindu padamu..=')

Banyak lagi nasihat yang aku peroleh..insyaAllah lain kali aku try update lain..



Sheihk Zainul Asri.

Ya Allah..terubat rindu nak jumpa Pak Long...Sungguh,aku sangat rindu kat Pak Long.Aku nak sangat jumpa Pak Long.Nak dengar nasihat lagi.Dulu sebelum KBS Pak Long ada bagi tazkirah kat fesi n urusetia.
InsyaAllah lepas ni nak jumpa Pak Long lagi.
Sungguh, Pak Long Zainal Asri merupakan ulama' yang sangat aku kagumi,aku sanjungi kerana akhlak dan peribadi beliau selain ulama'2 lain..

Sekian dulu,banyakkan berselawat.wassalam. =)

Post a Comment

4 Comments

ida said…
kt stadium sultan abdul halim ka?
Abu Muhammad said…
wahh dah join KBS... dah nampak keperibadian muslimah solehan pejuang agama sejak di skolah lagi. tahniah!
ida > x..kat stadium suka menanti
Pak cik Abu Muhammad > Terima ksih!..Alhamdulillah..Allah bg pluang dlam jalan nie..