Subscribe Us

header ads

Senior pakat2 kawin..

Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

Sajak oleh Aminah Qutb

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu pada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta pada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodohku
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.

amin..

Boleh baca dri buku 'Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul' oleh Fatimah Sharha..

Then,

bru bli buku baru..Cinta High Class... oleh Fatimah Sharha dan suami..


Dah dapat 3 undangan perkahwinan senior maktab..pakat2 nak kawin waktu cuti nie..
err...sebabkan banyak sangat senior2 yang kawin ni..aku pown rasa nk kawin jgak..
krik..krik..
insyaAllah..
suatu hari nanti..

Post a Comment

2 Comments

-bntu ahmad- said…
yatun,nk kawen jgk :p
-bntu ahmad- said…
This comment has been removed by the author.