✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿

.............AhLAn WaSaHLaN............


..:::::::BERSABARLAH DUHAI HATI DALAM BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU:::::::..

Monday, December 24, 2012

Syukur.

Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah..Allah bagi peluang untuk aku berada dalam majlis untuk memperingati Baginda..Allah..=')

Mungkin ada dalam kalangan kita yang tak berkesempatan nak datang,jadi aku ingin kongsikan sikit gambar sewaktu Malam Kemuncak Lantunan Mahabbah Rasulillah.

Ramai ulama'2 yang datang malam tu..Ya Allah,setiap kata-kata yang dilontarkan oleh mereka membuatkan aku tersentuh..Orang kata..bila ulama' cakap kita akan rasa lain dan tersentuh walaupun mereka memberikan ceramah atau nasihat yang biasa kita dengar.Sesungguhnya memang betul kata-kata tu sebab aku banyak menangis waktu dengar ceramah mereka.Sangat tersentuh.
'Ucapan yang lahir dari hati akan sampai ke hati' =')

Banyak ilmu yang aku peroleh sepanjang dua hari dan kalau boleh aku nak cerita semua yang aku dapat tapi memang takkan mampu aku lakukan. Terlalu banyak tapi insyaAllah aku akan kongsi setakat mana yang aku mamapu.

Antaranya..
Kita kena bersyukur yang kita nie dilahirkan sebagai umat Islam.Alhamdulillah.
'Bersyukurlah jika kamu dilahirkan sebagai orang miskin tetapi kamu dilahirkan sebagai orang Islam'
Dalam jutaan manusia dalam dunia ni, kita Allah pilih sebagai umat Islam.Bayangkan kalau kita dilahirkan sebagai kafir..Nauzubillah.

Kita kena bersyukur yang kita nie dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad seorang Rasul yang sangat sayang pada umatnya.Rasulullah sentiasa risaukan umatnya.Waktu Isra dan Mikraj,Rasulullah naik berjumpa dengan Allah sebanyak 9 kali untuk kurangkan bilangan solat sebab takut umat Baginda tak mampu.Sheikh tu kata Rasulullah pown ada sifat malu,bayangkan Rasulullah seorang yang sangat patuh kepada Allah tetapi sebab sayangkan umat Baginda,Rasulullah sanggup naik banyak kali minta dikurangkan dari 50 hinggalah 5.Dan Rasulullah memohon pahala yang dikerjakan walaupun 5 rakaat tapi sama macam 50 rakaat.=') 
Kalau kita la..pi kedai kasut tak puas hati..kita p balik kat kedai tu mintak tukar,sekali boleh la...sanggup ka kita p sampai 9 kali kat kedai tu??
Terima kasih Ya Rasulullah.Sesungguhnya kami amat rindu padamu..=')

Banyak lagi nasihat yang aku peroleh..insyaAllah lain kali aku try update lain..



Sheihk Zainul Asri.

Ya Allah..terubat rindu nak jumpa Pak Long...Sungguh,aku sangat rindu kat Pak Long.Aku nak sangat jumpa Pak Long.Nak dengar nasihat lagi.Dulu sebelum KBS Pak Long ada bagi tazkirah kat fesi n urusetia.
InsyaAllah lepas ni nak jumpa Pak Long lagi.
Sungguh, Pak Long Zainal Asri merupakan ulama' yang sangat aku kagumi,aku sanjungi kerana akhlak dan peribadi beliau selain ulama'2 lain..

Sekian dulu,banyakkan berselawat.wassalam. =)

Wednesday, December 19, 2012



Bismillah.
Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

Dulu waktu kat Kem Bina Insan(KBS), bila waktu free je kami akan Qasidah jalaliyyah ramai2.adik2,fesi2,urusetia...ada jugak Qasidah lain tapi yang nie paling banyak..

So..selama 21 hari duk ulang yang sama..aku dah betul2 jatuh cinta kat Qasidah ni..qasidah yang sangat dalam makna dia..semua tu adalah doa...dan kalau kita buat betul2 dari hati,kita akan menangis..

Bila balik rumah nie..dalam sehari berpuluh kali jugakla aku mainkan qasidah yang sama..Rindu sangat time KBS..rindu Qasidah ramai2..Allah..

Jadi jom dengar Qasidah jalaliyah..ada lirik sekali..=)




نَبِيُّنَا رَسُوْلُ الله
Nabi kami Rasulullah

وَشَافِعُنَا حَبِيْبُ الله
Yang mensyafaati kami Habibullah

وَمَوْلَانَا خَلِيْلُ الله
Yang Mencintai Kami Khalilullah

عَلَيْهِ صَلَاتُنَا يَا الله
Atas baginda solawat kami ya Allah

رَسُولُ الله كَلِيْمُ الله
Rasulullah julukannya Kalimullah

وَأَعْلَى أَنْبِيَاءِ الله
Yang tertinggi dari sekalian Nabiyullah

رَسُوْلُ الله صَفِيُّ الله
Rasulullah pilihan Allah

إمَامُ المُتَّقِيْنَ الله
Imam bagi yang bertaqwa kepada Allah

أتَانَا رَحْمَةُ المُهْدَاة
Datangnya bagi kami sebagai Rahmah

فَآمَنَّا بِهِ يَا الله
Kami beriman dengan baginda ya Allah

فَوَفِقْنَا وَأكْرِمْنَا
Taufiqkan dan muliakan kami ya Allah

بِحُسْنَى وَالرِّضَا يَا الله
Dengan Husnul Khatimah dan redhaMu ya Allah

إلَهِي عَافِنَا جَمْعًا
Afiatkanlah sekalian kami

مِنَ الأمْرَاضِ يَا الله
Dari segala penyakit ya Allah

وَطَهِّرْنَا مِنَ الأوْزَار
Sucikan kami dari dosa

بِفَضْلٍ مِنْكَ يَا الله
Dengan kurnia dariMu ya Allah

إلَهِي اغْفِرْ مَعَ الأبَوَيْن
Ampunilah bersama ibu bapa kami

إلَهِي ارْحَمْهُمَا يَا الله
Rahmatilah mereka ya Allah

إلَهِي اسْتُرْ جَمِيْعَ الْحَال
Tutupilah segala kejelekan kami

وَلَا تَكْشِفْ بِنَا يَا الله
Jangan disingkapkan ya Allah

إلَهِي وَاهْدِنَا دَوْمًا
Pimpinlah kami senantiasa

لِما تَرْضى بِهِ يَا الله
dengan yang engkau redha ya Allah

وَكُنْ عَوْنًا لَنَا يَا رَبّ
bantulah kami ya Allah

بِدَارَيْنِ مَعًا يَا الله
Dunia dan akhirat ya Allah

وَأَنْزِلْنَا بِفِرْدَوْسٍ
Tempatkan kami di Syurga

بِقُرْبِ مُحَمَّدٍ يَا الله
disisi nabiMu ya Allah

لِنَنْظُرْ وَجْهَكَ البَاقِي
moga terpandang wajahMu yang kekal

بِحُبِّ المُصْطَفَى يَا الله
Dengan cinta nabiMu ya Allah

عَلَى أَحْمَدْ صَلَاةُ الله
Atas Ahmad selawatMu

عَلَى الهَادِى سَلَامُ الله
Atas al-Hadi salamMu ya Allah

وَآلٍ مَعْ صَحَابَتِهِ
Keluarga serta sahabatNya

دَوَامًا سَرْمَدًا يَا الله
buat selamanya ya Allah

Monday, December 17, 2012

Ku damba redhaMu




        Ku damba redhaMu..=)


Bagaikan hausnya.. bumi gersang 
Yang kering lantaran tidak disirami hujan 
Begitu sepinya dan rindu hatiku 
Bila cintamu tidak bersemi 

Berjalan aku.. bagai kesesatan 
Di tanah tuhan.. diriku ditinggalkan 
Tiada teman untukku mengadukan 
Resah hidupku... ditimpa sesalan 

Aku dambakan.. dambakan cinta 
Cinta sejati yang kekal selamanya 
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya 
Demi redhamu.. kuharungi jua 

Kerana cinta lahir dari sanubari 
Biarpun perit menuju cintamu 
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku 
Biar diracun dunia 
Tidakku gentar tempuhnya... 

Rap: 
Ya Allah tidakku sedari 
Selama ini cintamu tak pernah menyepi 
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi 
Setiap hambamu tetap kau sayangi 
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini 
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri 
Maafkanlah... redhailah.... 

Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya 
Tuhan yang agung pencipta segalanya 
Tempatku bermohon dan berlindung 
Dari kehinaan dan kemusnahan

Pak cik teksi 1


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Ok..for this time, i would like to share my experiences during the weekend.

Pengalaman nie waktu aku dan beberapa sahabat kena naik teksi kat kem...Biasala kan kalau waktu cuti,banyakla kem yang aku akan p setiap tahun macam KBI n KBS.

Sebelum naik teksi tu sempat la jugak nak berkenalan dengan sorang pak cik Dia bawak teksi..asalnya nak naik bas..lepas tu bas habeh,terpaksa naik teksi..then, ape lagi..naik teksi pak cik tu la..nak sambung sembang dengan dia.

Allah..aku rasa nak menangis je dalam teksi tuh.Aku tak sangka yang Allah akan temukan aku dengan seorang pak cik India(pak cik teksi tuh), yang boleh cakap pasal Islam.

Dia kata dia bukan beragama Islam.pak cik tu siap tunjuk IC dia lagi.memng komfem bangsa India.Tapi dia hanya percaya kepada Tuhan Allah.Dia kata dia tak pernah sembah berhala kat kuil, dia tak percaya semua tuh,dia hanya percaya kat Tuhan Allah tapi tak masuk Islam.

Dulu pak cik tu pernah kena tahan kat masjid, kat Kelantan, sebab dia cakap Islam dah macam orang Islam.Orang masjid tahan dia sebab nak dakwah dia masuk Islam tapi dia tak masuk jugak.

Antara nasihat pak cik tuh..
'Belajar tuh bagus,.tapi belajar dengan solat, mana penting lagi? Solat tuh penting lagi.kalau tak paham buat apa? solat..mintak doa sebab Allah yang bagi faham..Allah yang bagi ilmu..'
(waktu nie memang terasa betul sebab kadang2 bila dekat nak exam..baca buku sangat , Quran pown kadang2 baca makin kurang...muhasabah)

To be continue..

Wednesday, December 12, 2012

Cuti


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah baru balik dari Kem Bina Sahsiah(KBS) sebagai fesi.Alhamdulillah pengalaman jadi fesilitator selama 21 hari memang amat2 bermakna. Ukhuwah yang terbina antara fesilitator,urusetia dan adik2 memang sangat indah. Xmampu nak diungkapkan dengan kata2.Allah..

Alhamdulillah jugak atas result exam yang baru keluar.Tahniah kepada kawan2  jugak.Sama2 kita teruskan perjuangan tahun depan..=)




Buat sahabat yang mengenali dri ini:

Walaupun kita xcontact,xcall,xsms...tapi percayalah..
sy sentiasa mengingati anda semua..=)


p/s : Humairak...i miss u..hehe

Thursday, November 8, 2012

Kawin awal.

Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
Selawat dulu jom..
Kahwin awal..
Aku nie duk post pasai kawin ja nie..=.= biasala musim cuti sekolah start..maka ramailah yang akan kawin..
Actually..
aku sedih tengok gambar kawan2 aku..
sebab diorang couple dan ambik gambar peluk2..
gambar jarak dekat pulak tu..
pegang tangan..cium pipi..
pastu tulis..sweet couple forever..
aku tak kesahla kalau sorang je kawan aku macam tuh..
tapi nie dah berderet2 dah nie yang post gambar kat fb macam tuh..
sedih ='(
Tu baru yang aku kenal..cana pulak kat dunia luar..
sah2 la kan lagi banyak yang macam nie..
So..
aku rasa daripada duk buat dosa..
peluk,cium dengan pakwa..
bek kawin awal je..
kalau belajar pown..apa masalahnya..
belajar2la..kawin2 la..
memangla cakap senang..
tapi ade je aku tengok orang yang belajar smbil kawin..
berjaya je dalam pelajaran..
yela..daripada terus2 buat dosa..pegang2 segala bagai.. bek kawin..
tu pown bleh elak daripada benda hat lebih buruk.. 
Lagipown aku rasa dah jadi trend orang duk kawin awal sekarang..
23 dah kawin..
ok la tuh..
dan lagi bestnye..
sekarang pown dah ramai yang 'cinta lpas nikah'
hat popular macam irma hasmi,dina bahrin,
..
so..
p/s : cepat2la kawin..

=)
 

Friday, November 2, 2012

Senior pakat2 kawin..

Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

Sajak oleh Aminah Qutb

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu pada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta pada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodohku
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.

amin..

Boleh baca dri buku 'Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul' oleh Fatimah Sharha..

Then,

bru bli buku baru..Cinta High Class... oleh Fatimah Sharha dan suami..


Dah dapat 3 undangan perkahwinan senior maktab..pakat2 nak kawin waktu cuti nie..
err...sebabkan banyak sangat senior2 yang kawin ni..aku pown rasa nk kawin jgak..
krik..krik..
insyaAllah..
suatu hari nanti..

Friday, October 26, 2012

Nak g sana..=)

Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Selamat Hari Raya Aidil Adha..or Hari Raya Korban..=')







Tahun nie ayah dengan ibu raya Haji kat Makkah..kitorang adik beradik kat rumah...
insyaAllah...nanti satu family pulak beraya kat sana..~~ 

so..kena simpan duit..
semoga Allah memudahkan urusan kita untuk smpai kat sana..



Wednesday, October 3, 2012

Alhamdulillah..=')

Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
Kerana Allah tahu,manusia tu lemah,iman naik dan turun,Allah ciptakan usrah,Allah ciptakan usrah di mana ahlinya saling mengingatkan,usrah yang diamalkan oleh Nabi dan sekarang kita dapat merasai manisnya usrah..

Allah..Allah..Allah..

Aku bersyukur sebab Kau masih menyayangi aku..Kau masih mengingatkan aku..bila aku agak terleka dengan dunia..mula lalai..Kau ingatkan aku melalui usrah..Kau kurniakan aku kak naqibah yang bercakap dari hati..setiap butir bicaranya menyentuh hati aku.kau kurniakan aku sahabat2 yang meningatkan aku..dan aku tahu semuanya dari Kau..
Allah..manisnya usrah..
Kita terlalu leka dengan dunia..sedarlah wahai jiwa,sedarlah duhai hati!
Kita sanggup berjam2 menghadap facebook..tapi belum tentu kita boleh membaca al-Quran berjam2..
kita sanggup habiskan duit beratus kerana keperluan nafsu..tapi belum tentu kita mampu keluarkan duit untuk Islam..
Duit yang kita beli beg tangan 40 ringgit nampak sikit kita habiskan..
tapi duit yang kita belanjakan 40 ringgit untuk bersedekah nampak banyak...

Sedarlah wahai jiwa..wahai hati..
Kita terlalu ego di dunia..
Kita terlalu ego dengan Allah sehinggakan kita tidak berdoa memohon pertolonganNya..
Kita terlalu ego sehinggakan tak dapat menerima teguran..
lupakah kita yang sesuatu itu datangnya dari Allah..
Teguran itu datangnya dari Allah..manusia cuma perantara..
bersyukurlah jika ada yang menegur kerana..
Allah sayangkan kita..

Sedarlah duhai hati..sedarlah duhai jiwa..
Cinta di mulut tidak bermakna tanpa bukti yang nyata..
Kita kata kita cintakan Rasulullah..
tapi sunnah Rasulullah..kita rasa berat nak buat..
jalan perjuangan Rasulullah..
kita berpaling..kita tak sanggup berjuang..
kita rasa penat..letih..
tapi kita lupa..Rasulullah berjuang lagi letih..
sahabat berjuang lagi letih..
Layakkah kita untuk letih?

Duhai hati..duhai jiwa..
Sedarlah yang dunia ini hanyalah sementara..
Jangan difikirkan keseronokan dunia..sehingga lupa akhirat yang kekal selamanya..
Kita berseronok dengan maksiat yang kita lakukan..
kita rasa selesa dengan maksiat yang kita lakukan..
Tapi kita lupa..
MATI!
Kita akan mati..andai kita mati sebelum bertaubat..
apalah nasib kita..?
Allah masih berikan kita nyawa..sebab Allah sayangkan kita..
Allah masih menunggu kita untuk kembali kepadaNya..

Duhai jiwa..duhai hati..
Sedarkah kita..semua anggota kita..semua yang kita miliki adalah pinjaman dari Allah..
Tangan..kaki..mata..semuanya pinjaman dari Allah..
Maka..gunakanlah sebaiknaya kerana..mereka akan berkata2 di akhirat kelak..
jika tangan ingin melakukan maksiat..ingatlah..
dia akan berbicara kelak..dia akan memberi tahu apa yang kita lakukan !

Duhai hati..duhai jiwa...
Ingatlah tujuan kita dihidupkan di dunia..
'Sesungguhnya diciptakan jin dan manusia,adalah untuk beribadah kepadaKu' surah al-Haj
sesuatu yang kita lakukan kerana Allah dikira ibadah..
maka beribadahlah..

Duhai jiwa ..duhai hati..
Jika jiwa ini masih melakukan maksiat..jika jiwa ini masih melakukan larangan Allah..
Maka,..periksalah solat..
Sempurnakah bacaan..sempurnakah perbuatan dalam solat..
Betulkah cara kita rukuk..sujud..
Betulakah bacaan Al-fatihah kita..
Periksalah solat..kerana..
Sesungguhnya solat itu mencegah daripada melakukan kemungkaran dan kemaksiatan..
Jika kita melakukan maksiat..ini bermakna solat kita masih belum sempurna..


Ya Allah..aku bersyukur kerana aku dapat kesedaran...aku dapat peringatan..
melalui usrah..
setiap kali usrah..maka setiap kali itulah kau mengetuk..menampar hati aku..
yang dalam kelalaian..
Duhai sahabat..aku dapat merasai manisnya usrah..aku dapat merasai manisnya sunnah Nabi ini..
aku dapat merasai indahnya ikatan dalam usrah..
maka wahai sahabatku..
jangalah kau lari dari usrah..
kerana sesungguhnya usrah itu sunnah..
janganlah kau berasa malas untuk ke usrah..
kerana Allah yang menciptakan usrah..
Wahai sahabat..jangan kau menjauhkan diri dengan kak  naqibah..
kerana mungkin mereka merupaka perantara untuk Allah menegur kita..
jangan kau memikirkan segala kekurangan dalam usrah..
tapi fikirkan kebaikan yang kita peroleh dalam usrah..
Duhai sahabat..sedarlah..
Aku ingin kau juga merasai manisnya usrah..
Aku juga ingin kau merasai manisnya sunnah Nabi ini..

Bawak keta


Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Apa khabaq? Sihat ka?
Kalau tak sihat..syafakillah..semoga cepat sembuh..dan
jangan sedih2..sakit tu kan penghapus dosa..=)

Tajuk post kali ni ialah 'Bawak kereta'

Ok..kenapa aku pilih tajuk ni..
sebab..aku dah reti bawak keta..alhamdulillah..(perlu ka heboh2)
dak2..bukan nak heboh2..aku nak kongsi pengalaman dan nak bagi dorongan kepada mereka yang masih takut nak bawak keta..especially wanita dan kereta tu adalah manual..

Kisahnya bermula begini..dulu lepas Spm aku amik lesen keta..smpai la ke zaman maktab..aku duk simpan buat hiasan ja lesen tuh..then..bila mak ayah aku baru pegi haji ni la aku start bawak balik..
dan alhamdulillah berkat dorongan sahabat2 aku..aku berjaya gak bawak rata dari peneng ke ke alor star-hat paling jauh setakat nie..

Perasaan mula2..-cuak =.=''
yela..lama tak bawak keta..takut la kan nak pegang stering tuh..
pastu ada la jugak bebrapa insident mati enjin tengah jalan(sbab tggu keretapi) yang agak memalukan bagi aku..haha
tapi biasa la tu kan..adat mula belajaq..and thank to my friends yg bagi semnagt waktu tuh..
mula tuh rasa nak putus asa dah..
Tapi..

aku duk teringat apa yang ayah aku kata...
'Ayah harap nanti bila ayah balik Mekah nie akak dah reti bawak keta'
'Kita tak boleh nak berharap kat orang lain ja'

Nie la yang buatkan aku paling bersemnagt nak bawak keta..
aku rasa sedih dan sebersalah kalau aku tak reti bawak..
bila incident mati enjen tuh..aku sedih..bukan sebab orang gelakkan..
tapi sebab aku rasa macam dah hancurkan harapan ayah aku..
sedih..

Tapi alhamdulillah..Allah mudahkan urusan..
sekarang dah boleh bawak..kat bukit pown dah ada peningkatan..

Kawan2 terutamanya wanita...
Jangan takut nak bwak keta (macam aku mula2)  sebab sebenarnya senang ja bwak keta ni..kalau berlatih lama2 ok..yang penting kena try dulu..
Kalau keta tu manual..tak payah takut sebab manual bukan susah pown..senang ja..best..
Aku dulu mentality duk kata manual susah.. tu yang lama simpan lesen..
padahai..senang ja..bayangkan ea..aku dah 2 tahun tak bwak keta..pastu baru 2 miggu dah boleh bwak sampai Peneng..maknanya tak susah..ubah mentality tu..jangan ikut apa yang aku fikir dulu..
Then..klau dah ada lesen..praktis2 ..try bawak dekat2..kalau enjin mati ka..apa ka..cuba lagi..
kalau ada orang duk gelak tu..biaq p ja la..besa la tuh..manusia kalau tak gelak,nangis..hehe

Apa2 pown..ingat kita belajar niat kerana Allah..
kalau reti bawak keta..
boleh tolong ayh ibu..
hantar adik2 p menuntut ilmu..
tlong kawan2..
So..

selamat belajar memandu..

Sunday, September 16, 2012

Tetamu Allah


Bismillahirrahmanirrahim..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam..Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah..Allah memberikan kesempatan buat ayah dan ibu aku untuk mengerjakan haji tahun ni..
Aku rasa happy sangat sebab ibu dan ayah aku akan pergi tempat yang memang semua umat Islam impikan ..Makkah..tempat lahirnya Rasulullah..tempat di mana bemulanya kehidupan Baginda..tempat di mana letaknya Kiblat umat Islam...


Tapi dalam masa yang sama...aku rasa sedih..
sebab kena berpisah dengan ibu dan ayah aku selama 40 hari..
adik2 aku yang kecik jiran tolong jaga..
yang lain tinggal kat asrama..

mm..aku dah besar..tak kesah sangat..tapi adik2 kecik tu..
risau la jugak..kang malam2 nangis..ibu n ayah duk jauh..
Walaupun 40 hari..tapi aku rasa tanggungjawab aku sebgai anak yang pertama lgi bertmbh berat n penting dri yang sebelum2 nie..
Aku kena gantikan sat tempat ayah n ibu ..
kena call selalu adik2..ok ke dak..
ade masalah ke dak..
ayah pown duk pesan..kalau call adik2 tolong nasihatkan n len2..

Aku doakan..
Allah memberikan haji mabrur kepada ayah n ibu aku..
Allah memudahkan urusan dan..
selamat pergi dan pulang..InsyaAllah..
Akak sayang ayah n ibu.....=')

Wednesday, September 5, 2012

Lawan nafsu


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w penghulu sekalian Nabi.Nabi yang telah banyak berjuang untuk Islam.

USRAH..
Usrah tak perlukan kita..tapi kita yang perlukan Usrah..

Kali ni aku nak muhasabah tentang Usrah..
Dalam sehari ..Allah bagi 24 jam..
Kita pergi kelas start pukul 8 pagi..habeh paling lewat pukul 4.30..kalau korang blajar kat universiti..
masa tak tentu..tak tetap macam maktab..mungkin sehari korang belajar 4 jam je..
Tapi aku nak fokuskan kat maktab sebab aku nk ingatkan diri aku..

Ok..p kelas 8 jam..balik tidur petang..lebih kurang 1 @ 2 jam..campur tidur malam 4 @ 5 jam..
makan tambah sembang2..2 jam..assignment..lebih kurang 2 @ 3 jam..
facebook...2 @ 3 jam or lebih..
So..solat setiap waktu paling lama 10 minit..kalau tambah baca Quran..5 waktu sehari maknanya lebih kurang 1 jam..
Dalam 24 jam nie..
Apa yang kita buat untuk tambah ilmu lbih2 lagi ilmu agama ?

Sebagai student TESL..
Aku akui..aku belajar Bahasa Inggeris..ilmu aku tak sehabat orang yang mengaji Pendidikan Islam..
Aku belajar Bahasa Inggeris..2 jam je dalam seminggu belajar Pendididan Islam..
Aku sedari semua tu..
sebab tu lah..aku paksa dir aku pergi usrah..

'Sesungguhnya jihad yang paling besar adalah jihad melwan hawa nafsu'
Memang betul pown...ingat  senang nak lwan nafsu malas p usrah ,tambah setan kiri kanan..
Susah..tapi kena lawan..

Aku terkesan dengan kata2 naqib aku..
'ISLAM TAK PERLUKAN KITA, KITA YANG PERLUKAN ISLAM'

Usrah tak perlukan kita,tapi kita yang perlukan Usrah..

Jadi aku ingin menyeru diri aku dan kawan2 yang menuntut di universiti or di mana2 pown..
Kalau ada usrah ..kita kena paksa diri kita pergi..
Apalah sangat usrah yang 2@3 jam tu dibandingkan dengan berpuluh jam kita duk huha huha..
Apalah sangat usrah yang kadang2 1 jam je...kalau nak dibandingkan dengan ilmu yang kita dapat..
Apalah sangat usrah yang kita anggap lama tu..kalau dibndgkan dengan nasihat yang kak @ abg naqib  bagi..

'Demi masa..Sesungguhnya manusia itu berada dlam kerugian..kecuali orang yang beringat dan berpesan-pesan dalam kebaikan' Surah Al-Asr.


Dan korbankanlah masa 1 jam je pown paling kurang untuk pergi dengar ceramah kat surau..
Kita dah banyak sangat terhibur dan terleka dengan dunia...
sekurg2nya dgn ceramah kita dpt tgkatkan ilmu kita..kan3..

'Ubat itu pahit untuk menyembuhkan'
-petikan kata2 orang-


Friday, August 24, 2012

SELAMAT HARI RAYA!


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

SELAMAT HARI RAYA!!



Saya Nur Hayatun Syamila binti Abdul latif ingin memohon kemaafan andai ada salah  dan silap sepanjang perkenalan..

andai ada mesej tak balas ke..
call tak angkat ke..
 besday tak wish ke..
cakap ade terase ke..
 pukul tersakit ke..
 makan tak ajak ke..
 kenduri tak dapat p ke..
 cakap tertinggi suara ke..
 cakap terbanyak merapu ke..
or
kalau termengata ke..

Mintak maaf la na..saya hanya manusia biasa yang banyak melakukan kesalahan(ayat cover..huu)

Selamat Hari Raya.semoga amalan kita diterima Allah S.W.T.

pic taken with my atuk, i call him 'Bak' ..

Sedih jumpa Bak,Bak dah kurus,tak seceria dulu,dah sakit2,setahun boleh jumpa brapa kali je..dah duk kedah,jauh...but whatever happens, i will always remember n love u BAK!!



smile although u tak de gigi..=)
Coz dengan senyuman, kita bukan dapat menenangkan diri kita ja..tapi dapat menenangkan hati orang yang tengok kita..tak caya..cubalah..=D






as usual,of coz aku tak kan lupa my bunga ros kesayangan nie..~




a delicious cake given by my friends b4 raya holidays..pink is for zuhria(12/8) ..spoiler is for me(20/8)..
spoiler...gerrr..selalu mengkantoikan keadaan..=D(kadang2 je ok)

and

Terima kasih kepada mereka2 yang wish for  my besday hari tu..kalau kat fb tu..mintak maaf na kalau terlupa or tak perasan nak comment balik..Terima kasih..

dan 

kepada rakan2 lain yang menyambut hari lahir bulan 8 jugak..

SELAMAT HARI LAHIR..

sorry la na kalau terlupa nak wish..
bukan tak ingat..
cuma..
TERlambat ingat..=)

Lastly, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN..semoga amalan kita diterima Allah S.W.T.




Saturday, August 18, 2012

Ramadhan... ='(


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Dah selawat hari ni? Jom selawat dulu..

Dah pukul 2 dan aku tak tidur lagi..sebab baru habis kemas..esok lepas subuh nak balik Melaka..yey!!
Dan hati aku terdetik nak tulis blog malam ni..lama tak menulis...so..malam ni aku nak tulis tentang Ramadhan..

Sumber : facebook

Tentang Ramadhan yang bakal pergi..
Sedihkan?
Aku rasa sedih sangat Ramadhan dah nak pergi..
Lepas ni pahala dah tak digandakan..
Solat teraweh dah tak da..
Syaitan pulak yang nak datang balik...sambung kacau hidup kita..


Sumber: facebook

Jadi..
memandangkan tinggal sehari je lagi..
Jom kita akhiri Ramadhan kali ni dengan penuh amal ibadat..
Perabeh baca Quran yang tak khatam lagi..
Banyak2kan berdoa..
Bersedekah..
dan..
Berdoalah semoga segala amalan yang kita lakukan 
pada bulan Ramadhan nie akan diterima Allah..
InsyaAllah..

Sumber: facebook


Ya Allah..ampunilah dosa kami..dosa kedua ibu bapa kami..
Kasihanilah mereka sebagai mana mereka mengasihani kami semasa
kami kecil dahulu..
Ya Allah..berilah kami pengampunan di bulan Ramadhan yang barakah ini..
Sesungguhnya kami adalah hamba yang lemah..
Hamba yang sentiasa melakukan dosa dan kesalahan..
Ampunkan kami Ya Allah..
Kadangkala kami lalai dengan keindahan dunia..
Kadangkala kami terbuai dengan keseronokan dunia..
Kadangkala kami melanggar perintahMu kerana dunia..

Ampunkan kami Ya Allah..
Panjangkanlah umur kami Ya Allah..
supaya kami dapat bertemu lagi Ramadhan di masa hadapan..
Jika tidak Ya Allah..
Berkatilah Ramadhan kami yang terakhir ini..
Semoga ia menjadi yang terbaik dalam usia kami..

Allah..Allah..Allah..



Tuesday, July 31, 2012

Delay masuk syurga?


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Nabi yang telah banyak berkorban dan berjuang untuk Islam dan ummat Baginda,kita.
Sebelum nak mula nak cerita sikit tentang Rasulullah dan sahabat menahan lapar.Sorang sahabat lapa,tak da makanan waktu tu,dia pown ikat seketul batu kat perut.sebab nak tahan lapar.lepas solat,para sahabt pakat tunjuk perut masing2...last sekali Rasulullah..dan Rasulullah ikat 2 batu kat perut..maknanya dah 2 hari Rasulullah tahn lapar..=') Semua nie untuk Islam, untuk ummat Baginda,kita.Bersyukurlah.

Ok..tajuk post kali ni..Kena tahan masuk syurga?

Actually,ni berkaitan dengan ceramah yang aku  dengar baru2 nie..aku lupa bila..alkisahnya begini..

Pernah marah kat orang?
Pernah buat salah kat orang?
Pernah mintak maaf kat orang?
Pernah tak nak maafkan orang?
Pernah?

Jawapannya..mestila pernah.tipu kalau tak pernah..kita nie kan manusia..ada sifat marah..sifat pemaaf..sifat geram..dan sifat lain2..


Pernah tak orang buat salah kat kita..pastu dia tak mintak maaf pown..or dia mintak maaf..tapi kita tak nak maafkan..??

Ustaz tu kata..kalau kita cakap macam nie:
'Aku maafkan dia,tapi aku doa Allah balas balik apa yang dia buat'

Opss.opss...nie maksudnya tak maafkan lagi.Kalau kita maafkan maknanya kita maafkan betul,dan tak harap Allah balas..tu baru dikira maaf..

Apa kaitan dengan tajuk post nie..

Ustaz tu cita..nanti kat akhirat..orang lain dah masuk syurga..kita tak dapat masuk lagi..
Pasaipa?
Pasaipa?

Pasai kes kita tak selesai lagi..kita tak maafkan kawan kita tuh..kita nak tunggu Allah adili..
Orang ajak p masuk syurga..
Kita kata..'xpa2..hang p dulu,kes aku tak selesai lagi nie'..

Tunggu..punya tunggu..
sampai la masa nak adili tuh..

Allah tanya..'hg nak tak maafkan dia'
'Tak mau,aku tak mau maafkan dia'

Allah tunjukkan kat kita..nikmat dan indahnya syurga..
'Hg nak masuk syurga tak?'
Kalau nak,ada syarat dia.Syarat dia,hang maafkan dia.

Sebabkan kita tak sabar nak rasai nikmat syurga tu..
kita pown akan kata..
'Aku maafkan dia'

Well..last sekali kita akn kata maafkan dia..
So..bek kita maafkan je orang yang sengaja buat salah or tak sengaja buat salah kat kita..
sebab nanti sebab kan tak nak maaf tu..
kita punya time nak masuk syurga kena delay..
sebab kes tak selesai lagi..


Kesimpulannya..maafkan orang .Manusia nie tak terlepas dari melakukan kesalahan .Tetapi orang yang paling baik ialah orang yang melakukan kesalahan tapi dia menginsafi dan tak mengulanginya lagi..

P/S: Cerita kat atas tu..aku cerita ikut apa yang aku ingat..tapi aku lupa yang detail punya..so..nanti aku try baca len note2 aku na..selamat berbuka=)



Friday, July 20, 2012

Sekali.


Salam Ramadhan.
Setahun hanya sekali.
Bulan digandakan pahala.
Bulan diturunkan Al-Quran.
Bulan adanya Malam Lailatul Qadar.
Malam adanya solat terawih.


Jom sama2 kita perbanyakkan amalan.
Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya.
InsyaAllah. 
=)

Monday, July 16, 2012

Saya suka awak.


Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

Saya suka awak.
Saya suka awak sekarang.
Saya suka awak sebab awak cuba berubah.
Saya suka awak bila saya nampak awak pakai handsock.
Saya suka awak bila awak pergi jalan-jalan pown dah pakai handsock.
Biarlah orang nak kata apa,yang penting awak teruskan berubah..
sikit-sikit..lepas ni stokin pulak ea. ;)
Awak,saya tak berani nak tegur depan-depan.
sebab awak kawan saya.saya takut awak terasa.
eh..tak,saya anggap awak lebih macam adik saya-walaupun kawan saya.
saya tak da kekuatan nak tegur depan-depan.
apa yang telah terjadi pada saya membuatkan saya tak berani nak tegur face-to-face.
saya takut dah.
saya tak berani.
so..kalau awak baca blog ni.
saya nak awak tahu yang saya suka perubahan yang awak buat.
biarlah perubahan tu sikit tapi berkekalan.
teruskan perubahan tu.
saya suka awak.
saya sayang awak kerana Allah.
maaf,saya bukan kawan yang baik,
yang mampu menegur awak waktu awak salah.
saya tak mampu.melainkan doa.-lemahnya iman saya.
semoga Allah sentiasa berikan awak kekuatan.

awak.semua anggota badan kita kecuali tapak tangan dan muka adalah aurat.
kadang2 saya nampak awak tak pakai stokin.
bila lelaki nampak,awak tahu tak azab neraka bagi yang tak tutup aurat amatlah pedih.
saya bukan nak takutkan,tapi saya sayang awak.
macam mana saya nak bagi tahu yang saya sayang awak.
sebab tu saya tegur.
saya tak mampu dah..-takut- nak tegur depan-depan macam orang lain.
saya sedih sebab tak dapat nak tegur. ='

biar siapa pown awak.
saya nak awak tahu yang saya sayang awak.
dan saya akan sentiasa doakan awak dan awak.
semoga awak dan saya akan menjadi wanita solehah.ameen.

p/s : awak,saya mintak maaf sebab tak mampu nak tegur awak.maafkan saya.
saya sayang awak.='

Kucing comey (^.^)




Comeynya (^.^)



Actually,duk blogwalking jumpa tentang kucing.Memandangkan tak pernah update pasal kucing..so..jom baca tentang kucing..~


Rasulullah dan kucing.


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza..

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada tuannya.
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.



Dalam peristiwa lain,Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumah, nabi selalu menggendong mueeza (nama kucingnya) dan diletak  dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling nabi suka: 'Mueeza selalu mengeong ketika mendengar azan, seolah-olah ngeongnya seperti mengikuti alunan suara azan.

Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.

 Nabi menekankan di beberapa hadis bahwa kucing itu tidak najis. Bahkan diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

Kisah yang lain mengatakan Nabi Muhammad kadangkala menggunakan air mutlak yang pernah menjadi minuman Muezza digunakan untuk tujuan berwuduk bagi menggambarkan sifat penyayang dan kemurahan hati Nabi Muhammad SAW keatas kucingKebanyakan Muslim pada hari ini telah banyak memelihara kucing dan menyayanginya. 



Kajian tentang kucing.

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.


Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji :
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacterstreptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.



5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.


Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.



(rupa-rupanya kucing tak suka air-patut la kalau renjis air pown lari.. O.o -sorry kucing-)
Lihatlah kebesaran Allah melalui ciptaanNya =) Allahuakbar.


Blaja tentang blog kat sini..=)