✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿

.............AhLAn WaSaHLaN............


..:::::::BERSABARLAH DUHAI HATI DALAM BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU:::::::..

Wednesday, December 28, 2011

Jewel in the palace..=)


alhamdulillah...atas nikmat kelapangan masa yang telah Allah berikan..

Ok...topik kali ni bertajuk..




'Jewel in the palace'
and i'm sure that most of us know  about this drama..
one of the most wonderful drama that i ever watched...
seriously..
drama korea nie la yg paling aku minat sejak dr mula ditayangkan...
waktu tu ak bru form 1...
dan sampai sekarang..
walaupun berbillion(hiperbola) drama Korea yang aku tengok..
nie la yang paling best...
nie bagi aku..orang lain..tak taw la kan..

Why? Limaza? Kenapa..?

Kenapa minat sangat cerita nie hah??

There are a few reasons why i said so..

1..Cerita nie bagi semangat kat aku untuk belajar bersungguh-sungguh..


Janggeum




Cerita ni mengisahkan seorang gadis yang bernama Janggeum(nama panggilan) 
yang bersungguh-sungguh dalam bidang 
masakan dan perubatan..
Bayangkan dalam bidang masakan..
dia telah berjaya mengalahkan Puan Choi(watak jahat)
yang lebih tua dan berpengalaman dalam bidang masakan..
waktu tu dia terpaksa menggantikan Puan Han yang kena culik..
nie waktu pertandingan untuk merebut jawatan Wanita Istana..
dan banyak lagi kejayaan dia dalam bidang masakan..

Kira memang superb la dia kan..
tapi macam mana dia boleh jadi sehandal ni..
of course la sebab dia berusaha bersungguh-sungguh..
dia try masak mcm2..nak uji rasa..
kaji tentang sesuatu bahan dalam masakan dan sebagainya..

Then..untuk perubatan..
dia lah wanita pertama yang dilantik untuk menjadi..
Tabib Maharaja..
Hebat..
sebab apa dia dilantik..
antara sebabnya dia berjaya menyembuhkan penyakit yang selama ni..
orang duk cari penawar..
dan dia juga berjaya menyembuhkan penyakit putera mahkota(anak maharaja)
yang kalau diikutkan tak da harapan sembuh..

Kalau diikutkan banyak lagi benda yang menarik dalam drama ni..

memang inspiring kalau tengok..

Jadi..apa yang aku nak simpulkan kat sini..bukannnya kita tengok cerita Korea..
kini nak jadi macam diorang..tak solat dan sebagainya..
kita kena ambil dari aspek yang positif..
yang kita boleh amalkan dalam kehidupan seharian kita..
Tak la sia-sia kita tengok drama tu kan..

Based on cerita Jewel in the Palace ni..

walau apa pun bidang yang kita ceburi..lakukanlah yang terbaik dan bersungguh-sungguh..


Kerana kejayaan tak mungkin datang bergolek..macam bola ..








Tuesday, November 1, 2011

Pesanan Sheikh Ahmad Yassin =')


assalamualaikum...=)

alhamdulillah...subhanallah...allahuakbar....

Post kali ini aku nak cerita tentang program yang diadakan kat maktab aku semalam..Program bersama MAPIM...dan 2 orang muslimah daripada Gaza ..

Program tu dimulakan dengan ucapan pendahuluan oleh pengacara majlis..ustaz dari maktab aku...dan kemudian diteruskan dengan ceramah oleh 2 orang pejuang Palestin..bahasa yang digunakan pulak..bahasa arab dan English...alhamdulillah,aku masih boleh faham sikit2 bila dia cakap arab...nasibla  blaja arab kat sekolah menengah...dan memang aku sangatla jeles bila budak2 arab sembang dengan diorang..lancar je...(aiseh,tak habes2 jeles...hehe..xpe2,jeles benda baik)..Tapi bila cakap arab tu,yang lagi sorang tolong translate ke bi...kalau tak memang tak sampai la message kan...

ha,ni boleh masuk bab communication ni under Social Study...barrier of communication which is language..ok...tak mau cakap pasal ni...=.=''



Antara mesej yang disampaikan...tentang berita2 terbaru tentang Gaza...sebelum diorang nak mai Malaysia...rakyat Palestin tengah bergembira menyambut kepulangan tahanan dari Penjara Israel...kan diorang ada buat pertukaran tahanan tu..Israel sekarang nak cuba sedaya upaya keluarkan askar diorang yang ditahan di Palestin.....ceh,menyampah aku kat Israel..dia yang duk tahan ramai rakyat Paletin ..duk hingaq lebih!!!!!!!!!!


Mereka juga memohon kita untuk sentiasa mendoakan mereka dan ucapan terima kasih juga diberikan kepada organisasi dari Malaysia seperti Aman Paletin ,Aqa Syarif dan rakyat Malaysia yang banyak membantu Palestin..=)

Seterusnya,ceramah diberikan oleh seorang pensyarah kami,...dan seperti biasa,video tentang paletin ditunjukkan...(betul bm aku nie..huhu)...sedih video tu,tentang anak yatim...first time aku tengok video tu...='(

Then,sesi soal jawab..memandangkan banyak bahasa yang digunakan waktu program ni..banyak bahasa jugakla yang digunakan untuk bertanya soalan..sorang tanya dalam arab...sorang bi...dan yang last bm...hehe...

Dan akhirnya,warga dewan dibacakan wasiat Sheikh Ahmad Yassin..peringatan yang beliau berikan...tersentuh dengar walaupun itu bukan pertama kali aku dengar...
Jadi..sesuailah dengan tajuk post kali ni...aku sertakan pesanan beliau kat bawah ni..
..
...
.........

SYEIKH AHMAD YASSIN 1938-2004
Assyahid Shikh Ahmad Yassin...Allahuakbar...!!
Wahai anak-anakku, 
telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mu1ia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, 
aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.




Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. 







Wahai anak-anakku, 
aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, 
aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, 
aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.



Monday, October 31, 2011

Budak baik..=)

Assalamualaikum...=)

Memandangkan kawan aku ni baru  menghias blog dia..
dan cute cute...hehe
so aku nak mai promote...
 
klik link bawah nie...

http://tomatoyon.blogspot.com/






btw, baik kot kawan aku nie.. 
tolong buat  header kat kawan aku yang lagi sorang...

klik link bawah nie pulak..

http://miradotdot.blogspot.com/


ada sorang lagi....yang nie baru lagi...(aku baru update post ni..1/11/11)


ohh babyy






P/S...
Yon..mai tolong buat kat aku pulak...=D

Sunday, October 30, 2011

gambar si comel ni..






a
ssalamualaikum..=)

alhamdulillah...atas nikmat iman dan ihsan..

ok..angry bird..sapa tak tahu kan..popular kot skarang..
btw,mula2 aku pandang sebelah mata je kat games nie..
'pe kes main games burung'...'men la masak-masak ke,kelas sikit'..=.=''
haha..tu first impression aku...
but then,sorang budak comel nie...(c i k s u e..hehe)
downloadkan kat laptop aku..kat google chrome la..




next...aku pun konon2 try la...
fuh..sekali try...
'yey..jatuh pown kayu tu,mati si bulat tu!..'

then..next level..
'alamak,awat susah sangat ni..geram3...cuba lagi..cuba lagi'...




tanpa aku sedari..
dah berlevel2 aku main..
dan sampaila sekarang...aku duk main lagi..
hehe..kesimpulannya..
mainla Angry Bird untuk menghilangkan TENSION...=D
tapi kalau tak terel..
Tension korang akan naik melonjak..@@





Then,selamat melihat gambar2 pak cik google bagi kat aku...=)











Yang nie..aku amik kat kawan aku..hehe
Comel kek nie..tapi tak boleh makan sebab ada tutttt...=.=''


Pizza pown,ada bentuk angry bird..huhu




ok...untuk nampak macam ilmiah sikit post kali ni...sila baca tekan link bawah nie...  http://ceritasekupang.blogspot.com/2011/10/sejarah-pembangunan-permainan-angry.html

sejarah pembangunan anry bird..kalau tetiba masuk dalam periksa nanti..
bolehla jawab..=p





Thursday, September 29, 2011

Sakit hati: TESL

assalamualaikum...
alhamdulillah....alhamdulilllah....alhamdulillah.....

istiqfar...bersabarlah duhai hati...
buangla perasaan sakit hati dan marah.....

yup....aku memang terasa...dan bukan hanya aku yang terasa tapi kebanyakan ahli kelas aku..aku ulang..kebanyakan..bukan semua.....why? sebab kalau buat salah sikit...mention TESL..kalau tak baik je TESL....why? why?


jahat sangatkah kami...sampai dalam ceramah pon kami jugak kena mention...kenapa tak mention opsyen lain jugak...Sejarah ke,Sains ke,Bahasa Arab ke....ye memang betul aku kena berfikiran positif...tapi sepositif mana pon aku fikir hati aku tetap terasa...bukan sekali ...tapi berkali-kali.. ...kawan aku kena ...'Nanti budak-budak Arab tolonglah tunjur ajar dekat budak Tesl'..(lebih kurang macam nie la ayat ).waktu ni ada perbincangan...mungkin kakak tersebut  tak bermaksud pon nk kata macam tu..tapi kenapa hanya tesl je  di mention,sedangkan ada lagi opsyen lain....aku cuba meletakkan diri aku kat tempat kawan aku,...sudah tentulah aku malu.....macam la aku ni jahat sangat....Mungkin  ayat yang lebih sesuai...'Kalau siapa-siapa yang ada ilmu  tolong-tolonglah jugak nasihat atau ajar kawan-kawan yang tak tahu.'...Tak perlulah nak mention 'Tesl' ....ye,aku nak katakan sekali lagi yang mungkin kakak tu tak bermaksud pown nak kata macam tu...

Banyak lagi insiden yang berlaku..dan hari ni pon terjadi perkara yang sama dan buatkan kebanyakan kelas aku sakit hati...terasa...tapi yang tu tak perlulah aku mention sebab ia menyentuh sensitiviti pelbagai pihak....huhu..biarlah ia disimpan rapi dalam hati aku ....

Walaubagaimanapun,aku tetap nak berfikiran positif..Biarlah apa orang nak kata...tu la.. ini la...Biarlah..asal ada mulut..cakap lah...yang paling penting...aku tetap aku...aku nak buktikan yang bukan semua budak Tesl tu sosial..jahat...nakal....macam yang selalu 'sesetengah' orang pikir..Bagi aku,biarlah apa yang aku belaja ni..aku dapat gunakan untuk Islam..Bila aku terel Bi aku dapat sebarkan dakwah aku kat non-muslim...


P/S:
Hayatun.....sabar2..sabar itu separuh daripada iman....

Tuesday, September 20, 2011

Rezeki tak dijangka buat kali kedua..alhamdulillah..=)


alhamdulillah...=)

Alhamdulillah...hari ni kelas 1PPISMP TESL menang senam aerobik terbaik dalam kalangan pelajar maktab..actually..tak sangka pown...dari sem 1 sampai sem 8 terlibat waktu Program Gaya Hidup Sihat  yang dirasmikan oleh  Y. Bhg. Datuk Dr. Haili bin Dolhan  kat maktab ni tadi...tapi alhamdulillah..itulah dipanggil rezeki...bersyukurlah dan tunjukkanlah rasa syukur kita tu dengan mematuhi segala perintah dan hindari larangan Allah...

Sape tak happy kan dapat hadiah..hehe






Monday, September 5, 2011

You can do it!!!

assalamualaikum...=)

alhamdulillah..=)

Allah takkan uji kalau kita tak mampu!!.so,YOU CAN DO IT HAYATUN...

Never give up!!



Actually..ini berkenaan kem...
Aku sebagai AJK makanan..
sudah tentulah kena urus menu,bajet dan sebagainya...
Memandangkan ini pertama kali ak urus bab makan nie..
So,sedikit kesulitan aku alami...huhu...

TAPI..
inilah pengalaman yang akan beri manfaat pada aku..
sekurang-kurangnya lepas ni..
aku dah tahu cara-cara nak urus..

Biasalah kalau first time urus...
tension sikit...pening sikit...segala yang negatif la...huhu..

BUT..
ALWAYS REMEMBER THIS...
YOU CAN DO IT...
CAUSED ALLAH HAD CHOSEN YOU..
THERE MUST BE A REASON...
BE STRONG..
AND
THINK IN THE POSITIVE WAY..










"Accept the challenges so that you may feel the exhilaration of victory"  ByDavid Salton

(post kali ini sebenarnya bertujuan untuk...bagi semangat kat diri sendiri...hehe)

Saturday, September 3, 2011

Menusuk kehati baca nie..^^


assalamualaikum...=)

Alhamdulillah..atas nikmat iman dan Islam...Alhamdulillah,atas cinta dan kasihnya,aku masih mampu bernafas pada hari ini..


Ok..kali nie,nak kongsi note yang aku ambil kat fb kawan aku..mm..tak nak ulas panjang2..selamat membaca.. =)


Kalau kita sukakan seseorang,
 jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu


Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,

gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
 nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam
dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)



 for men,
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way..

Thursday, September 1, 2011

My hometown...

Assalamualaikum...=)

Alhamdulillah..masih dapat merasai nikmat berhari raya bersama keluarga dan sanak-saudara....

Ok..kali ni aku nak post mengenai kampung halaman aku...kat Melaka....tunjuk gambar je la ye...hehe



Kereta mainan pon nak popular jugak...hehe


gambar profile Fb ..

such a wonderful moment in my life...^^

Tuesday, August 23, 2011

Lets hear this great song..=)



assalamualaikum...=)

Alhamdulillah...aku masih bernyawa hari ini...





Ok..Jom dengar lagu ni..lagu Bruno Mars yang bertajuk Count On Me...
And...by hearing to the  English songs,its can help you to improve u'r English..(Banyak lagi lagu English yang boleh pilih macam Maher Zain ke Sami Yusof ke)..tapi kali ni aku pilih ni..hehe









Count On Me Lyrics

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends

Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you



Monday, August 22, 2011

Hampir berakhirnya Bulan RAHMAT...


Assalamualaikum...=)

Alhamdulillah,Allah masih memberi peluang untuk aku meneruskan hidup di bulan penuh rahmat ini.



Hari ni,22 Ramadhan,bermakna  tinggal lapan hari lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita.Bulan Ramadhan yang awalnya 'Rahmat',Pertengahannya 'Keampunan' dan akhirnya 'Dihindari dari api neraka',bakal pergi....Tetamu yang kita tunggu..yang kita nanti-nantikan ... selama 11 bulan,akan pulang ke tempat asalnya..Mungkinkah tetamu ini akan datang  menemui kita lagi di masa hadapan kelak...?

Disatu ketika,aku terfikir sejenak...Apa amalan yang telah aku lakukan pada Bulan Ramadhan ini?Adakah aku telah merebut sebaiknya peluang keemasan yang Allah berikan ini?Adakah aku benar2 menghayati peristiwa-peristiwa yang berlaku di bulan Mulia ini?...


Duhai hati yang ingin mendapat keredhaan Allah...
Duhai hati yang mengharapkan rahmat Allah...
Duhai hati yang rindu akan kasih sayang Allah...
Ayuhlah....Ayuhlah....
Ayuhlah kita rebut saat2 akhir RAMADHAN ini...



Tuesday, August 16, 2011

Nak belajar jugak bahasa arab...!!


alhamdulillah...

Atas nikmat iman dan islam yang Allah kurniakan...=)

Ya Allah..hanya Allah yang tahu betapa hati aku betul2 nak belajar bahasa Arab..jeles betul tengok kawan2 cakap arab kat facebook..dan yang sedihnya aku tak berapa faham..sedih...sedih..sedih...=(

Tapi kenyataannya ialah aku bakal menjadi seorang cikgu Bi sebab aku merupakan seorang student opsyen Tesl...itulah kenyataan..Aku menyesal sambung Bi???



Mestilah tak!!!Aku hanya mampu merancang..tapi Allah yang menentukan..mungkin sudah ditakdirkan aku bakal menjadi seorang guru Bi..Ada hikmahnya yang mungkin sekarang aku tak nampak...

Apa-apa pun,aku nak sangat belajar Bahasa Arab....i will try my best...JOM sama2 belajar bahasa Arab...Bahasa Al-Quran...=)



Mahukan Ramadhan yang sukses?? Jom, kita NIKAH dengan Ramadhan !


N
- Niat. Pastikan niat tepat dan betul.
I - Ihya'ullail wannahar (Hidupkan malam dan siang dengan amalan)
K - Koreksi syahadah (Sunnah Rasul s.a.w. supaya memperbaharui syahadah - 
di lisan dan amal)
A - As'alukal jannah wa a'uzubika minnan nar (Mohon syurga, lindung daripada
neraka)
H
- Hitung amalan (apakah hari ini telah cukup untuk mencapai TAQWA?)


Ayuh, tunggu apa lagi ! PerNIKAHan terbaik dalam hidup !!! (^_^)

Sunday, August 14, 2011

A happy day..=)


assalamualaikum...=)
Alhamdulillah...dengan segala rezeki yang Allah berikan di bulan Ramadhan nie..=)


Hari nie merupakan hari yang paling happy sebab jalan2 dengan mdm Shakirah dan kengkawan..teringat kenangan lama kat matrik dulu sebab mdm bawak jalan2 pergi Kailan..=')






happy together...=) Semalam kitorang satu kelas berbuka puasa kat rumah mdm Shakirah..masak sama2..jalan sama2...tidur sama2...kemas rumah mdm sama2..kesimpulannya...semua sama2...hehehe...

Alhamdulillah...dapat mentor yang pemurah macam Mdm Syakirah...tinggal kat homestay Mdm  free...lepas tu nasi pown free..jalan2 naik kereta Mdm pown free(tak kena bayar duit minyak)....semoga Mdm dn keluarga dimurahkan rezeki...amin...=)

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA

BANYAKKAN BERSEDEKAH DI BULAN RAMADHAN


Saturday, July 23, 2011

Ah!!Bisinglah ayah dengan ibu nie!!


assalamualaikum...=)

'Ah! Bisinglah ayah dengan ibu nie...saya dah besar..saya tahu la apa yang saya buat...yang sibuk sangat ni kenapa??!!!!...'

Astaqfirullahalazim....ha,korang mesti pernah dengar kan orang cakap macam  ni kat filem2 melayu....bukan main derhaka lagi..ish2...nie baru sikit nie..kalau kat dalam tv tu lagi la panjang lebar dia maki mak dia..ops...nie ciri2 anak derhaka..jadi aku ingatkan diri aku dan korang..jangan buat ok...=)


Ok..apa tujuan aku sebenarnya untuk post kali ni...tujuan aku ialah untuk mengingatkan diri aku dan korang supaya menghargai ibu dan ayah kita sementara mereka masih ada..

Kenapa aku tetiba nak cerita tentang nie...??sebabnya aku ada mendengar beberapa cerita yang buatkan aku tersentuh dan bersyukur sebab mak ayah aku masih ada..


Kisah 1...sahabat aku ni aku kenal kat IPG..nama 'R'..(bukan nama sebenar)..ayah dia merupakan seorang penjual roti..mak dia merupakan seorang suri rumah sepenuh masa...ayah dia sekarang berada di India...sebab ada buat rawatan kat situ...sebelum nie..ayah dia hampir2 strok..penyakit ayah dia serius la jugak..tapi kan kawan aku ni  bila cerita tu biasa ja..tak la menangis2..tapi boleh nampak yang dia cuba sembunyikan perasaan sedih dia tu...Ya Allah..tabahnya kawan aku nie..India bukannya dekat..bukan boleh balik selalu...kalau nak jumpa ayah dia mesti kadang2 je boleh.....Bila aku dengar kisah dia ni...aku rasa bersyukur sangat2 sebab ayah aku sihat walafiat...aku tak tahu macam mana keadaan aku kalau aku yang alami...Ya Allah..kau berilah kekuatan dan ketabahan kepada sahabat aku nie...dan sama2lah kita sedekahkan al-fatihah agar ayah dia cepat sembuh...


Kisah 2...kisah sahabat2 aku yang kematian mak atau ayah..aku rasa ramai dalam kalangan kawan2 aku yang merupakan seorang yatim piatu...ada yang kematian mak dia lima belas minit lepas lahirkan dia..tak sempat pown dia nak merasai kasih sayang seorang ibu yang membesarkan dia...ada yang kematian ayah setahun lepas...ada yang tahun nie...Ya Allah..aku sangat bersyukur yang ayah dan ibu aku masih hidup....

gambar hiasan


Ayah dan ibu...orang yang banyak berjasa kepada kita..kalau kita mintak sesuatu,diorang akan cuba sedaya upaya untuk bagi apa yang kita nak..kalau belajar,nak pakai duit..diorang jugak yang support....dan nak dapat duit bukannya senang..diorang terpaksa berhempas pulas ,korbankan tenaga,masa..lepas tu nak kena bayar duit ni,duit tu..dan tanggungan bukan sorang je...pernah tak korang tengok mak ayah korang merungut macam nie.'.ish,penat betulla kerja nie..nie semua sebab koranglah,menyusahkan aku je'.....pernah ke?? Kalau mak ayah aku tak pernah..dan terutamanya ayah aku..kalau balik..macam biasa ja..ayah aku tak pernah pown tunjuk kepenatan yang dia rasa...tak pernah  aku dengar ayah aku merungut sebab penat kalau balik kerja...walaupun aku tahu yang sebenarnya..penat sangat..pergi pagi..balik hampir2 senja..

Sebab apa mak ayah kita buat semua nie??kerja ..cari duit???sebab apa.???sebab KITA!!!

Nie baru dari segi duit..banyak lagi pengorbanan yang diorang buat...kalau cerita tak kan habis...TAPI..kita nie??apa yang kita buat nak balas jasa mereka...nak suruh study,ada yang buat main2 je..ponteng kelas la  apa la..aku bukan apa...korang nak ponteng kelas tu tak fikir ke mak ayah korang yang susah payah cari duit..semata2 nak tengok korang berjaya..(nie untuk orang yang ponteng je la ye..emo nye aku)..tolonglah sedar..akan pengorbanan yang mak ayah buat..


Mmm...jadi kesimpulannya...aku sayang mak ayah aku..dan aku tahu korang sayang mak ayah korang..hargailah mereka sementara mereka masih hidup...Jadilah anak yang soleh dan solehah agar mereka tak berasa sia2 membesarkan kita..kita merupakan saham amanah  kepada mak ayah kita..so,jadikan diri kita sebagai saham yang menguntungkan....Jom sama2 jadi anak yang soleh dan solehah...

'''Keredhaan Allah terletak pada keredhaan Ibu bapa''





Seorang ayah mampu menjaga sepuluh orang anak..tapi sepuluh orang anak,belum tentu dpat menjaga seorang ayah..


Wednesday, July 20, 2011

Antara DUA??


assalamualaikum...=)

Alhamdulillah...Allah masih campakkan rasa kasih dan sayang  kepada Rasulullah dalam hati dalam jiwa yang kerdil ini...

Antara DUA...?? Agak-agak apa yang aku nak sampaikan kali ni??...

Sebenarnya kisah dia bermula begini apabila aku terpaksa membuat keputusan samada nak pergi ke ceramah atau coral speaking...Cermah tu pulak bukan ceramah yang biasa2,..kali ni pengajian kitab hadis oleh Ustaz Afif..dua malam akan berlangsung dan akan diijazahkan kitab hadis tu...coral speaking pulak untuk persembahan hari guru nanti..dan aku memang teringin nak sertai...




Pada mulanya aku tak mendaftar pun untuk ke coral speaking..so,pada malam isnin...waktu pelajar2 yang beri nama untuk masuk,buat latihan..jadi malam tu..aku dapat dengar qasidah dan ceramah...tapi masalah mula timbul bila aku rasa nak masuk sangat2 untuk coral speaking tu...memandangkan hampir semua ahli kelas aku masuk....jadi untuk malam selasa...iaitu malam ni...aku terpaksa membuat pilihan samada nak pergi ceramah atau coral speaking..

Nie gambar waktu orientasi,coral speaking....kumpulan kami TESL dapat first place...hehe..alhamdulillah...

Petang tadi..aku ada menelefon ibu..dan ibu kata..pergilah masuk coral speaking..ceramah tu..hari2 ada..(aku terlupa nak bagi tahu yang ceramah ni ceramah khas..ada dua malam je..kalau hari lain memang ada ceramah)..jadi aku memang tekad waktu tu nak ikut kata mak aku..nak pergi coral speaking...walau macammanapun..aku tetap nak dengar qasidah sebelum aku pergi coral speaking...kan aku dah jatuh cinta kat Qasidah

Lepas maghrib..aku bersiap2 nak pergi ke surau dan perancangannya..aku akan pergi latihan coral speaking lepas dengar Qasidah..hati aku mula berbelah bagi bila aku jumpa seorang kak..kak tu kata..kalau dia,dia akan pilih ceramah nie...aku rasa sebersalah sangat..sebab malam ni malam last ceramah..aku sayang nak tinggal tapi...aku nak masuk coral speaking...







Akhirnya aku buat keputusan yang aku akan dengar ceramah ni....dan aku yakin dengan Allah....dan sepatutnya dari awal lagi aku kena yakinkan diri aku...aku kata dalam hati aku..kalau Allah izinkan aku masuk coral speaking,esok mesti boleh masuk lagi...maknanya,tak pe kalau aku tak pergi malam ni....Sepanjang aku berada dalam ceramah tu..aku begitu asyik sampai tak perpikir langsung tentang ni..banyak sangat ilmu yang aku dapat dan yang paling bahagia ialah aku dapat dengar Qasidah...=)








Taw apa jadi lepas tu..bila aku balik ke asrama...ada sahabat bagi tau yang coral speaking ni wajib masuk..esok semua wajib pergi..alhamdulillah..aku dapat masuk...maknanya esok aku kena pergi la..dan malam ni..aku dpat dengar ceramah...dua2 aku dapat.alhamdulillah...=)

Apa yang aku nak sampaikan di sini ialah...bila kita terpaksa buat keputusan yang tak pasti macam ni...dahulukan Allah..insyaAllah..Allah akan bantu kita..aku ingin ingatkan diri aku dan juga korang...semoga kita sentiasa berada dalam keredhaan Allah..amin..=)

Blaja tentang blog kat sini..=)